Hari Hackathon MSC Malaysia OSCONF 2009

Tarikh : 31st Mei 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg

Masuk adalah percuma pada 31 Mei 2009, sempena MSC Malaysia OSCONF 2009.

Berjaya Times Square Hotel & Convention Center

Tkt 14 Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi
Kuala Lumpur, Malaysia

Maklumat lanjut
http://www.mscmalaysia.my/osconf

Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan
menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat
di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt
14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

Masuk adalah percuma pada hari Ahad 31 Mei 2009. Jemputlah datang
beramai-ramai.

Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti
OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.

Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi
pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan.

Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang
membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh
dirujuk disini.

http://www.lamp2win.com/

Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse,
Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem
operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat
dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan dipasang
dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam
komuniti-komuniti.

Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS
seperti Ubuntu, Fedora, PCBSD dan OpenSuse boleh datang dan mendapatkan
nasihat dan tunjuk ajar.

Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856

Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi
pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang
kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web
dicerobohi dan cara melindunginya.

RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma
http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507

Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT.
Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara
menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.

Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma kepada umum, maka jemputlah
datang beramai-ramai.

Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Sertai MSC Malaysia Open Source Group di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

dan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Facebook page
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651

*** Mengenai MSC Malaysia OSCONF 2009 ***

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009)
adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software
(OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

MSC Malaysia OSCONF 2009 akan berlangsung di Berjaya Times Square Hotel
And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala
Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan diadakan selama 4 hari bermula
dari 31 Mei hingga 3 Jun 2009.

MSC Malaysia OSCONF 2009 dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh
MAMPU dan MOSTI.

Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT
yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN,
TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.

MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia.

Laman Web Sokongan oleh komuniti OSS

http://www.mscoscon.my/

MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan lebih kurang 80 penceramah dalam
dan luar negeri meliputi pelbagai tajuk dan  bidang dalam ICT.
Antaranya, Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud
Computing" Google, Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen
Kanai dari Mozilla Corporation,  komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open
Solaris, OpenSuse dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali
sistem-sistem operasi matang dalam dunia OSS.

Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian,
penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Onn ketua projek
Adempire ERP, Azrinsyah Mirza Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi
ilmu dan pengalaman mereka. Ambil kesempatan ini untuk mempelajari
banyak perkara daripada mereka.

OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan
yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah
seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari
Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.

Pendaftaran dan untuk mendapatkan surat jemputan boleh dibuat melalui
laman web, email atau telepon

MSC Malaysia Client Contact Centre c...@mdec.com.my (1-800-88-8338)

Laman Web Rasmi
http://www.mscmalaysia.my/osconf


--- 

OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce

OSCC MAMPU Facebook.

http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916

Kirim email ke