Ke Arah Penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM)

Baca di Internet

http://cikgucyber.blogspot.com/2011/05/ke-arah-penubuhan-koperasi-sumber.html

Komuniti Sumber Terbuka Malaysia telah merancang dan sedang usahakan
penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia. Kami memerlukan anda dalam
usaha ini.

Kita sedia maklum, koperasi adalah satu usaha bersama ahli-ahlinya
dengan mengumpul dan menyumbangk modal dalam bentuk yuran keahlian dan
saham, bagi tujuan mengadakan kemudahan bersama, perniagaan yang
menguntungkan dan mendapatkan hasil keuntungan daripada pelaburan
saham dalam koperasi mereka.

Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS) pula adalah
usaha komuniti OSS seluruh dunia dalam menghasilkan pelbagai perisian
yang setanding dengan perisian yang dihasilkan dengan cara tertutup.
Sumbangan komuniti OSS adalah dari segi masa dan ilmu dalam sesuatu
projek telah menghasilkan perisian OSS.

Apa yang penting kerja sama. Sama ada koperasi atau perisian sumber
terbuka, kerja sama kumpulan boleh menghasilkan keputusan dan hasil
yang cemerlang dan manfaat kepada semua. Kami mahu gotong-royong dan
kerja sama ini dalam meningkat taraf ekonomi komuniti OSS di Malaysia.

Perisian Sumber Terbuka?

http://en.wikipedia.org/wiki/Open-source_software

Jika anda pengguna Mozilla Firefox, Google Chrome yang berasaskan
daripada Chromium, Perisian pejabat OpenOffice.org, bahasa aturcara
PHP, Python dan Ruby, memiliki telepon bimbit berasaskan Android dan
anda pengguna Google.com. Apa yang saya nyatakan ini semua adalah
hasil daripada perisian sumber terbuka. Perisian dan komuniti Sumber
Terbuka kian berkembang dalam dunia ICT negara dan dunia dan menjadi
pengaruh yang kuat dalam teknologi ICT.

Kami memerlukan anda yang terlibat dalam bidang ICT untuk turut sama
menjayakan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (KOSTEM). Jawatan kuasa
penaja KOSTEM telah mewujudkan kumpulan perbincangan melalui email dan
laman web yang boleh disertai melalui laman ini :-

http://groups.google.com/group/koperasi-oss/about

Perbincangan diatas boleh melalui email dan juga web. Bagi anda yang
aktif menggunakan Facebook. Perbincangan adalah melalui kumpulan
perbincangan OSDC.my Discussion Group In Facebook yang boleh disertai
melalui laman ini :-

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_125842900827482

Anda juga boleh sertai Facebook Page KOSTEM di

http://www.facebook.com/pages/Koperasi-Sumber-Terbuka-Malaysia-Berhad-KOSTEM/204748249536831

dan laman rasmi KOSTEM

http://www.kostem.my/

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli koperasi KOSTEM sila daftar disini

http://bit.ly/ewSQp5

*** Email pengenalan KOSTEM daripada Jawatan kuasa penaja KOSTEM :-

2 May 2011

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSTEM
merupakan satu idea dan visi untuk membantu menjana ekonomi
penggiat/pengguna/peminat Perisian Bebas dan Sumber Terbuka (FLOSS) di
Malaysia melalui model koperasi (cooperative).

Model koperasi merupakan satu bentuk perniagaan yang mengutamakan
kebajikan anggotanya. Petikan daripada Wikipedia:

Koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya
bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama di bidang
ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama
dan yang terkawal secara demokrasi ... Koperasi adalah berasaskan
nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi,
kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras
dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota koperasi menerima
nilai-nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawab
sosial serta prihatin terhadap orang lain.

Dalam kata lain, model koperasi sangat bersesuaian dengan falsafah
FLOSS iaitu kesukarelaan dan saling-bantu-membantu sesama anggota.

Oleh kerana setakat yang diketahui tiada satu komuniti FLOSS di
mana-mana bahagian di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai
salah satu aktiviti menjana ekonomi berkaitan FLOSS, maka penubuhan
KOSTEM bakal menjadi satu entiti baru dalam dunia FLOSS/OSS di
Malaysia, mungkin di seluruh dunia, sekiranya ianya berjaya
direalisasikan.

Tercetusnya idea mewujudkan koperasi di kalangan komuniti di Malaysia
kerana ramai di kalangan ahli komuniti yang bergerak secara freelance
serta sukarela, menyebabkan mereka sering menghadapi kekangan-kekangan
tertentu yang membatasi niat untuk bergerak dengan lebih jauh,
terutama soal kewangan. Dengan berkoperasi, nasib mereka ini akan
lebih terpelihara dan dapat mengambil peluang-peluang yang datang,
seperti contoh menguruskan sesuatu projek yang diperolehi oleh KOSTEM
(project management) dan/atau menjadi seorang entreprenur dan bergiat
dalam bidang perniagaan.

Dalam soal lain, KOSTEM juga boleh menjadi batu loncatan kepada
komuniti untuk 'memasarkan diri', dimana mereka yang mempunyai
kelebihan dan ilmu dalam FLOSS dapat menawarkan
perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka miliki, sebagai contoh dalam
bidang teknikal; penganalisis sistem, pembangunan teknologi WWW,
pembangun perisian, atau sistem sokongan, dokumentasi, lokalisasi,
hinggalah peringkat pengurusan; pengurus projek, pemasaran, dan
lain-lain yang berkaitan.

Juga dengan penubuhan KOSTEM dapat membawa FLOSS dikenali di kalangan
pengguna/pemain industri/sektor Awam & Swasta/badan korporat dan yang
berkaitan. Ini kerana koperasi sendiri sektor ketiga menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara selepas Awam dan Swasta. Secara tidak
langsung koperasi merupakan satu jenama yang kukuh dan diterima dalam
ruang lingkup ekonomi di Malaysia, dan ini memberi peluang untuk
KOSTEM bergerak dengan lebih jauh.

Sehingga kini, kami telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dimana
bertanggungjawab dalam proses permohonan, merangka perniagaan yang
akan dijalankan, hinggalah pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan
menguruskan Mesyuarat Agung Pertama. Mereka yang menjadi Ahli
Jawatankuasa Penaja telah dilantik semasa mesyuarat KOSTEM yang
diadakan bersama-sama dengan Bengkel Antara Distro #2 di HackerspaceKL
pada 26 Mac lepas. Mereka yang dipilih merupakan peminat, penggiat
serta sukarelawan FLOSS di Malaysia.

Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, ianya memerlukan
sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota. Namun, adalah lebih baik
sekiranya bakal anggota *perintis* lebih dari itu.
(catatan: Sebelum ini pada peringkat awal perbincangan, telah
dikumpulkan nama-nama mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM,
tetapi untuk memudahkan urusan, mereka akan menerima emel berasingan)

Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai KOSTEM. Dan
kami juga menyeru kepada penggiat FLOSS di Malaysia supaya menjadikan
KOSTEM sebagai platform untuk memajukan industri/komuniti/budaya ini.

Sila isikan butir-butir peribadi yang diperlukan di dalam borang dibawah:

http://bit.ly/ewSQp5

Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM
(http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis
(http://bit.ly/KOSTEM). Terima kasih.


Salam hormat,
Mohamad Imran Ishak (MakLaN)
Setiausaha AJP KOSTEM
--
----------------

*** Lain-lain ***

Malaysia Open Source Conference 2011 (MOSC2011)

http://www.mosc.my/


-- 
Malaysia Open Source Software Conference 2011
MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

http://www.mosc.my/

LinuxMalaysia Network
http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Harisfazillah Jamel

-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke