Roslan SMS

Arahan pakian bersopan MPKB-BI tak masuk akal?

Akhbar THE STAR hari ini dengan ghairahnya meletakkan di muka 
depannya tajuk:

No sexy dressing: Women workers in Kelantan warned of stiff fines

75% daripada muka tiga akhbar yang sama melaporkan pula suara tidak 
puas hati dari sebilangan besar NGO wanita termasuklah Ketua Wanita 
MCA Dr Ng Yen Yen. terhadap arahan pihak Majlis Perbandaran Kelantan 
Bandaraya Islam berhubung isu pakaian sopan untuk para pekerja wanita 
di kawasan PBT tersebut.

Apa yang berlaku menurut akhbar tersebut adalah pihak MPKB-BI 
mengumumkan bahawa ia akana menguatkuasakan suatu peraturan yang 
telah sedia ada dalam undang-undang kecilnya iaitu berhubung pakaian 
sopan untuk wanita Islam dan wanita bukan Islam khasnya yang 
melibatkan jurujual, pelayan dan para peniaga di premis perniagaan 
masing-masing.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam PBT itu di bawah undang-undang 
kecilnya mana-mana wanita yang didapati berpakaian secara itdak sopan 
atau tidak senonoh boleh didenda sehingga RM500.00.

Menurut pegawai itu lagi sebelum ini peraturan itu tidak pun 
dikuatkuasakan lagi tetapi setelah pihaknya banyak menerima aduan 
orang-ramai maka kini mereka akan melaksanakannya.

Mengulas isu ini Ketua Wanita MCA menyerus agar kerajaan PAS Kelantan 
tidak:

Introduce ridiculous policies (polisi yang tidak masuk akal)

Apakah menguatkuasakan pencegahan kemungkaran yang dituntut oleh 
Allah swt itu satu kerja sia-sia dan tidak masuk akal?!

Nampaknya Ketua Wanita MCA ini sudah melampaui batas dalam 
mengeluarkan kenyataan, jika sekadar mahu mengkritik kerajaan PAS itu 
hak beliau, tetapi jangan sampai merendah dan menghina Islam.

Ivy Josiah dari Womens Aid Organaistaion, Maria Chin Abdullah dari 
Womens Development Collective dan Honey Tan dari All Womens Action 
Society (AWAM) masing-masing mengeluarkan kenyataan mengkritik 
langkah pihak MPKB-BI itu.

Mereka ini mungkin terlupa bahawa kerajaan negeri yang diberi mandat 
oleh rakyat Kelantan adalah kerajaan negeri yang membawa dasar 
Membangun Bersama Islam. Mereka memiliki tanggungjawab terhadap 
rakyat yang telah memberi mandate kepada mereka untuk melaksanakan 
dasar dan polisi Islam. Jika ada apa-apa yang mereka lakukan itu 
bertentangan dengan Islam mungkin kita boleh katakana yang mereka 
telah menyimpang dari dasar mereka, tetapi melaksanakan apa yang 
mereka perjuangkan, itu hak mereka.

Kenapa pemimpin-pemimpin yang kononnya mewakili wanita ini tidak 
bertemu dengan masyarakat wanita di Kelantan sendiri? Kenapa tak 
ditanya kepada mereka apakah mereka menerima aatau menolak arahan 
ini? Kenapa mengeluarkan kenyataan dari Kuala Lumpur yang hanya mahu 
melaksanakan Islam Hadhari iu.

Hairan ketika tubuh-tubuh wanita diperagakan bagai barangan semasa 
majlis-majlis pameran dan ekspo yang besar-besar di KL pemimpin-
pemimpin wanita ini membisu seribu bahasa. Wanita yang bekerja 
sebagai GRO, yang tubuhnya digomol setiap malam oleh jantan-jantan 
binatang tidak pula diperjuangkan nasib mereka, begitu juga yang 
bekerja sebagai tukang-tukang urut yang memuaskan nafsu para lelaki 
di KL dan Bandar-bandar besar.

Tetai apabila sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan yang mahu 
melaksanakan sesuatu yang sopan dan baik untuk masyarakatnya, terus 
diserang dan dikeji.

MPKB-BI tidak memaksa wanita bukan Islam memakai pakaian tutup aurat. 
Cuma sebagimana THE STAR laporkan:

No body hugging outfits, no blouse which show the navel, no see 
through blouses, no mini skirts, no tight pants

Salahkah mereka melarang para peniaga dan jurujual yang berinteraksi 
dengan masyarakat ramai dari berpakaian sedemikian sedangkans sebagai 
PBT mereka diberikan kebenaran oleh undang-undang?

Sebagai PBT yang mendukung kerajaan yang mahu melaksanakan Islam, 
salahkah mereka apabila mengarahkan wanita-wanita Islam agar 
berpakaian menutup aurat sedangkan pakaian itu adalah pakaian yang 
dituntut oleh Islam?

Saya rasa pemimpin-pemimpin wanita ini sebenarnya terasing dari 
realiti hidup di Kelantan kerana mereka asyik dengan kenikmatan hidup 
di Darul Hadhari yang tidak nampak serong wanita tak kira usia 
mengenakan pakain mendedahkan pusat contohnya.

Cuba kita lihat di penghujung laporan akhbar tersebut. Apabila 
ditanya seorang peniaga di Kota Bharu, Che Suraya 32 tentang langkah 
MPKB-BI itu beliau menyatakan sokongannya. Tambah beliau:

Hampir dimerata tempat pembantu-pembantu peniaga dan pelayan 
mengenakan pakian yang seksi. Ini suatu penghinaan terhadap Islam. 




--- In perakan@yahoogroups.com, "Perakan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> dalam keadaan pihak kerajaan negeri cuba mendidik dan mengawal 
> rakyatnya dalam hal seperti ini, masih ada lagi rakyat yg 'tidak 
> memahami' perihal ini.
> 
> pernah kerajaan negeri kalah dalam usaha ini dimana pihak yg masih 
> ingin mendedahkan auratnya menang dalam saman kepada kerajaan 
negeri 
> 
> na'uzubillah
> 
> --- In perakan@yahoogroups.com, "abuhafizd" <abuhafizd@> wrote:
> 
> >Re: MPKB-BRI : Cover up or else
> 
> > KOTA BARU: Women working in retail outlets and restaurants in 
> > Kelantan have been warned to mind their dressing or be prepared 
to 
> > face a fine. 
> > 
> > The Kota Baru Municipal Council (MPKB) has announced that it 
> > would "no longer tolerate indecent dressing" by women, both 
Muslim 
> > and non-Muslim.  
> > 
> > Public relations officer Mohd Azman Daham said that under local 
> > council by-laws women who "dressed sexily or indecently" could be 
> > fined up to RM500. 
> > 
> >   
> > "Such outfits are prohibited here as it smears the reputation of 
> Kota 
> > Baru and affects its status as an Islamic City," he said in an 
> > interview. 
> > 
> > He added that although punishment for indecent dressing was in 
> place 
> > under the by-laws, it had not been totally enforced. 
> > 
> > "But now, MPKB will no longer tolerate skimpy outfits, following 
> > mounting complaints from the public," Mohd Azman said, adding 
that 
> > under the by-laws, women working in retail outlets should wear 
> decent 
> > clothes.  
> > 
> > Council enforcement officers, he added, would step up checks in 
> > various localities.  
> > 
> > Mohd Azman said MPKB would focus on "suspicious areas", 
especially 
> > the shopping malls in Taman Hijau, Taman Uda and Taman Tengku 
Anis 
> > here.  
> > 
> > The council had received complaints from ratepayers that certain 
> shop 
> > assistants and waitresses here donned sexy outfits, supposedly to 
> woo 
> > more male customers. 
> > 
> > Under the standard dress code here, a Muslim women has to be 
> covered 
> > until the ankles and wear a tudung. Non-Muslim women are required 
> to 
> > wear decent clothes. 
> > 
> > Tight-fitting tops and pants were not allowed, even for non-
> Muslims, 
> > Mohd Azman said. 
> > 
> > Mohd Azman said under the council by-laws, the owners of retail 
> > outlets who employed indecently dressed workers could also be 
> fined.  
> > 
> > If the offence was repeated, the council could suspend the 
business 
> > permit of the outlet, he added. 
> > 
> > State Local Government Committee chairman Takiyuddin Hassan said 
> the 
> > state had not taken any tough action yet as, the MPKB had been 
more 
> > involved in generating awareness about proper attire.  
> > 
> > "We define proper attire as wearing respectful clothing," he 
said.  
> > 
> > "We apologise to non-Muslims if this comes across as harsh but we 
> > must respect our Asian culture and religion in public." 
> > 
> > He noted that "eye-popping" outfits invited undesirable 
attention.  
> > 
> > He urged the people to co-operate, especially those in the retail 
> and 
> > restaurant businesses. 
> > 
> > Trader Che Suraya Hulaimi Sulaiman, 32, supported the council's 
> move, 
> > saying: "Almost everywhere there are retail assistants or 
> waitresses 
> > wearing sexy clothes. 
> > 
> > "This is an insult to Islam."  //Thestar
> > 
> > 
> > 
> > Re: 85 didenda tidak pakai tudung
> > 
> > 
> > --- In perakan@yahoogroups.com, perakan <lesco6562@> wrote:
> > >
> > > 
> > > KOTA BHARU: Seramai 85 pekerja wanita Islam di premis 
perniagaan 
> > sekitar bandar ini didenda antara RM30 hingga RM100 seorang 
kerana 
> > melakukan kesalahan tidak memakai tudung ketika bekerja sejak 
awal 
> > tahun ini. 
> > > 
> > > Mereka dikesan sering gagal mematuhi peraturan yang mewajibkan 
> > pekerja wanita Islam memakai tudung seperti disyaratkan dalam 
lesen 
> > perniagaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
> > > 
> > > Yang Dipertua MPKB, Ab Aziz Ab Rahman, berkata saman denda itu 
> > dikeluarkan sejak Januari hingga Mei lalu menerusi operasi 
Jabatan 
> > Pembangunan Islam dan Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan MPKB.
> > > 
> > > Beliau berkata, tindakan itu bagi memberi kesedaran kepada 
> pekerja 
> > wanita Islam mengenai wajibnya memakai tudung mengikut Undang-
> Undang 
> > Kecil 27(A) Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 
(Pindaan) 
> > 2002.
> > > 
> > > "Mereka yang didenda kebanyakannya berusia antara 20 hingga 30-
an 
> > yang dikenal pasti sering mempermainkan undang-undang dengan 
> memakai 
> > tudung secara ala kadar atau hanya dipakai ketika MPKB 
menjalankan 
> > operasi.
> > > 
> > > "Sebaik operasi berakhir mereka, membuka semula tudung dan 
> > perbuatan itu jelas mempersendakan undang-undang serta hukum 
syarak 
> > yang mewajibkan setiap wanita Muslim menutup aurat," katanya di 
> sini, 
> > semalam.//BH 28 Jun.
> > > 
> > > http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1503
> > > 
> > > 
> > 
> > Re: Denda RM50 jika peniaga wanita tak bertudung   
> > 
> > KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menaikkan nilai 
> > denda daripada RM10 kepada RM50 bagi kesalahan peniaga wanita 
tidak 
> > memakai tudung ketika berniaga di pasar malam.
> > 
> > Pegawai Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata kenaikan 
> denda 
> > itu sebagai tindakan tegas MPKB dalam memastikan peniaga wanita 
> > terutama yang menjual makanan menjaga imej agama yang melarang 
> wanita 
> > mendedahkan aurat.
> > 
> > Menurutnya, sebagai langkah menyedarkan peniaga terbabit supaya 
> > sentiasa bertudung, MPKB menempatkan beberapa anggota penguat 
kuasa 
> > di dua lokasi pasar malam sekitar bandar ini bagi memantau 
keadaan 
> > itu.
> > 
> > "Pegawai penguat kuasa ini akan memantau dari semasa ke semasa di 
> > lokasi pasar malam di Wakaf Che Yeh dan Jalan Parit Dalam untuk 
> > memastikan peniaga wanita mematuhi arahan.
> > 
> > "Bagi peniaga wanita yang tidak memakai tudung, kita akan 
mengambil 
> > tindakan tegas seperti mengenakan denda RM50 bagi setiap 
> kesalahan," 
> > katanya.
> > 
> > Beliau berkata demikian selepas ramai orang mengadu dan mendakwa 
> > masih ada peniaga wanita di pasar malam Wakaf Che Yeh dan Parit 
> Dalam 
> > tidak memakai tudung.
> > 
> > Azman berkata, hasil pemantauan dilakukan, masih ada segelintir 
> > peniaga wanita yang menjalankan perniagaan di pasar malam itu 
tidak 
> > memakai tudung, tetapi sudah diberi amaran dan dikenakan denda.
> > 
> > Katanya, pihaknya memandang berat masalah itu dan tidak akan 
> > berkompromi jika disabitkan kesalahan kerana MPKB menerusi 
Jabatan 
> > Pembangunan Islam sudah mengeluarkan arahan berhubung etika 
pakaian 
> > bagi peniaga wanita.
> > 
> > Beliau juga menyifatkan kes itu sebagai terpencil kerana majoriti 
> > daripada peniaga wanita di dua lokasi pasar malam berkenaan 
menjaga 
> > etika masing-masing.
> > 
> > "Jika ada lagi pun, ia adalah kes terpencil dan tidak 
mencerminkan 
> > kegagalan kita dalam menangani masalah berkenaan.
> > 
> > "Mungkin mereka peniaga baru tidak tahu syarat ditetapkan ketika 
> > menjalankan perniagaan di situ," katanya.
> >
>


Kirim email ke