Manzaidi MohdAmin
Tue, 24 Nov 2009 20:33:25 -0800
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan. Kali ini tak sama mace kali dulu. Kali ini saya tak dapat cuti dan terpaksa menyambut raya di pejabat. Kali dulu boleh cuti dan boleh jumpa kawan2. Apapun melalui ruang ini saya nak ucapkan SELAMA HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
--- On Sun, 22/11/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com> wrote:
From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com>
Subject: { PESISIR } Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat
Kebangsaan 2009
To: kokpa...@yahoogroups.com, tum...@yahoogroups.com,
kelantan-k...@yahoogroups.com, pesisir@yahoogroups.com
Date: Sunday, 22 November, 2009, 11:30 PM
Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009
Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah
wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan
Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh
kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara
terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan
hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh
Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000.
Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang
terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat
kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau
bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari
Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat
Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya
di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.
Dipetik daripada http://dikirbarat. net/kumpulan- sri-arena- tumpat-johan-
pertandingan- dikir-barat- kebangsaan- 2009/
_______________________________________________________________________________
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/