Ediramle Ismail
Thu, 10 Dec 2009 03:41:42 -0800
Kedua karangan itu bagus. Budak yang bercerita tentang Ultraman tu nampak seperti budak bandar dan karangannya sangat kreatif mungkin kurang lebih Mat Jenin. Manakala budak yang bercerita pasal sawah dan ular tu nampak seperti budak kampung yang penuh dengan nilai-nilai keharmonian, suasana kasih sayang dan penghargaan jelas dirasakan.
Ediramle Ismail,
ym id ediramleismail
----- Original Message -----
From: Muhammad Saiful Haq Hussin
To: pesisir ediramle
Sent: Thursday, December 10, 2009 6:28 PM
Subject: RE: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
Salam Min...
Cuba huraikan tentang karangan ini pula (bukan banding). Buka lampiran.
------------------------------------------------------------------------------
To: Pesisir@yahoogroups.com
From: nassuryibra...@gmail.com
Date: Thu, 10 Dec 2009 10:37:12 +0800
Subject: Re: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
Saya suka karangan ini. siapa nama budak ini
2009/11/8 che manisah che mohd yusof <randai2...@yahoo.com>
--- On Wed, 11/4/09, mohd amirul rafiq <qifar_s...@yahoo.com> wrote:
From: mohd amirul rafiq <qifar_s...@yahoo.com>
Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
To: "Che Manisah Mohd yusof" <randai2...@yahoo.com>,
bezict...@yahoo.com, "fadila kecik" <iela_adea...@yahoo.com>, "fuad pie_lah"
<fdbest...@yahoo.com>, "uitm kb fatimah" <sitifoth...@yahoo.com>, "fatin fasi"
<fhathin_...@yahoo.com>, "suriaty yusoff" <surie...@yahoo.com>, "yusrafee uitm
kk" <asriesincl...@yahoo.com>, "azrin GIANT" <jayeng...@yahoo.com>, "farasafra
abdul rahman" <as_zofpa...@yahoo.com>, "izyan adnan"
<ezy_chocvel...@yahoo.com>, "hassan azme" <batthosai...@yahoo.com>, "han"
<airbone_5...@yahoo.com>, "hafizulddin ccr" <apih_smka...@yahoo.com.my>, "kak
aien uitmj" <noora...@johor.uitm.edu.my>, "iffah ccr" <iffah_pink...@yahoo.com>
Date: Wednesday, November 4, 2009, 1:54 AM
----- Forwarded Message ----
From: EFB - MS JALINA <jal...@efb.com.my>
To: j.oth...@sdvmalaysia.com; anakku <qifar_s...@yahoo.com>;
Suriyani <s...@tkr.com.my>; makal...@ikip.edu.my; Cute Cute Miut
<cutetele...@yahoo.com>
Sent: Wednesday, November 4, 2009 11:43:56
Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
Thanks & Best Regards
Jalina
----- Original Message -----
From: EFB - Linda
To: jalina
Sent: Wednesday, November 04, 2009 9:47 AM
Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, November 04, 2009 8:32 AM
Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
Anak sape la yang buat karangan nih !!!
Subject: FW: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
--------------------------------------------------------------------
Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu
dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak
mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai
pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.
Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun
memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa
mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah
dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu
bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu
feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu
feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say
menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat
kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil
memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak
lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.
--------------------------------------------------------------------
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
------------------------------------------------------------------------------
.