pesisir  

{ PESISIR } Re: [PESISIR] Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)

Ediramle Ismail
Thu, 10 Dec 2009 21:09:03 -0800

Tulisan yang bertajuk "terima kasih datuk"  tu boleh dilihat pada arkib e-mel 
di bawah. Untuk lihat gambar bersaiz besar sila klik pada gambar yang 
dipaparkan.

http://ediramle.blogspot.com/2009/12/re-pesisir-fw-karangan-terbaik-upsr_10.html



  Ediramle Ismail, 
ym id  ediramleismail


  ----- Original Message ----- 
  From: Pesisir 
  To: edira...@kokpasir.com 
  Sent: Friday, December 11, 2009 7:48 AM
  Subject: [PESISIR] RE: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti 
baca)






    
  Assalamualikum w.b.t
   
  Sila scarlet buka file ke22 yang dilampirkan.
   
  Terima kasih.
   
  p/s : Atau kalau boleh saudara Edi paparkan pada paparan umum untuk dilihat 
oleh sahabat2 kita.
   



------------------------------------------------------------------------------
  To: Pesisir@yahoogroups.com
  From: ctl...@yahoo.com
  Date: Thu, 10 Dec 2009 05:01:09 -0800
  Subject: Re: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)

    
  yang dapat saya baca hanya karangan imaginasi tentang ultraman sahaja.. mana 
karangan yang satu lagi?
  Rasanya murid yang menulis tentang ultraman tu banyak menonton tv, (mungkin 
terlalu banyak!) dan juga rajin membaca. Tapi rasanya perwatakannya macam loyar 
buruk sikit dan mungkin kelakar orangnya.

  saya harap dapat membaca karangan bandingannya.




------------------------------------------------------------------------------
  From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com>
  To: Pesisir@yahoogroups.com
  Sent: Thu, December 10, 2009 7:41:17 PM
  Subject: Re: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)

    

  Kedua karangan itu bagus. Budak yang bercerita tentang Ultraman tu nampak 
seperti budak bandar  dan karangannya sangat kreatif mungkin kurang lebih Mat 
Jenin.
  Manakala budak yang bercerita pasal sawah dan ular tu nampak seperti budak 
kampung yang penuh dengan nilai-nilai keharmonian, suasana kasih sayang dan 
penghargaan jelas dirasakan.




   Ediramle Ismail, 
  ym id  ediramleismail


    ----- Original Message ----- 
    From: Muhammad Saiful Haq Hussin 
    To: pesisir ediramle 
    Sent: Thursday, December 10, 2009 6:28 PM
    Subject: RE: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)


      
    Salam Min...
     
    Cuba huraikan tentang karangan ini pula (bukan banding). Buka lampiran.
     
     

     



----------------------------------------------------------------------------
    To: pesi...@yahoogroups .com
    From: nassuryibrahim@ gmail.com
    Date: Thu, 10 Dec 2009 10:37:12 +0800
    Subject: Re: { PESISIR } Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)

      
    Saya suka karangan ini. siapa nama budak ini


    2009/11/8 che manisah che mohd yusof <randai2...@yahoo. com>

        


            --- On Wed, 11/4/09, mohd amirul rafiq <qifar_s...@yahoo. com> 
wrote:


              From: mohd amirul rafiq <qifar_s...@yahoo. com>
              Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)
              To: "Che Manisah Mohd yusof" <randai2...@yahoo. com>, 
bezict...@yahoo. com, "fadila kecik" <iela_adeal87@ yahoo.com>, "fuad pie_lah" 
<fdbest...@yahoo. com>, "uitm kb fatimah" <sitifothman@ yahoo.com>, "fatin 
fasi" <fhathin_222@ yahoo.com>, "suriaty yusoff" <surie...@yahoo. com>, 
"yusrafee uitm kk" <asriesinclair@ yahoo.com>, "azrin GIANT" <jayeng...@yahoo. 
com>, "farasafra abdul rahman" <as_zofpan88@ yahoo.com>, "izyan adnan" 
<ezy_chocvel_ 8...@yahoo. com>, "hassan azme" <batthosai_03@ yahoo.com>, "han" 
<airbone_5519@ yahoo.com>, "hafizulddin ccr" <apih_smkal05@ yahoo.com. my>, 
"kak aien uitmj" <noora...@johor. uitm.edu. my>, "iffah ccr" <iffah_pinky88@ 
yahoo.com>
              Date: Wednesday, November 4, 2009, 1:54 AM






              ----- Forwarded Message ----
              From: EFB - MS JALINA <jal...@efb.com. my>
              To: j.oth...@sdvmalaysi a.com; anakku <qifar_s...@yahoo. com>; 
Suriyani <s...@tkr.com. my>; makal...@ikip. edu.my; Cute Cute Miut 
<cutetelebih@ yahoo.com>
              Sent: Wednesday, November 4, 2009 11:43:56
              Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)


              Thanks & Best Regards
              Jalina
              ----- Original Message ----- 
              From: EFB - Linda 
              To: jalina 
              Sent: Wednesday, November 04, 2009 9:47 AM
              Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)



              ----- Original Message ----- 
              Sent: Wednesday, November 04, 2009 8:32 AM
              Subject: Fw: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)




              Anak sape la yang buat karangan nih !!!



              Subject: FW: Karangan 'Terbaik' UPSR 2007-(mesti baca)









------------------------------------------------------------------


              Karangan Terbaik UPSR 2007
              Karangan budak darjah 4
                   Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai 
takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu 
dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya 
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. 
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak 
mahu.

                   Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu 
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer 
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai 
pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

                   Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. 
Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori 
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya 
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun 
memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa 
mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. 
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan 
melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah 
dua.

                   Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. 
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire 
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu 
bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak 
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
              Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu 
feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

                   Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu 
feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori 
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia 
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia 
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas 
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say 
menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat 
kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil 
memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

                   Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap 
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun 
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. 
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai 
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. 
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan 
pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

                   Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak 
lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu 
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang 
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus 
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami 
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum 
saya mati. 

                

                
                

                   




------------------------------------------------------------------
              Get your preferred Email name! 
              Now you can @ymail.com and @rocketmail.com. 








----------------------------------------------------------------------------






------------------------------------------------------------------------------
  New Windows 7: Find the right PC for you. Learn more. 

  

  --
  Posted By Pesisir to PESISIR at 12/11/2009 07:47:00 AM