Mohd Nasarudin Harun
Wed, 16 Dec 2009 11:35:24 -0800
Salam, Saya guna program JDownloader. Boleh download dari sini<http://www.jdownloader.org/>, percuma (guna link ni kalau tak boleh receive html email http://www.jdownloader.org/) JDowloader ni perlukan Java runtime engine di install dlm PC. Istimewa JDownloader ni ialah dia boleh download bukan stakat utube, malah 110 lagi server yang menyediakan filesharing. Walaupun kebanyakkan host guna captcha untuk pengesahan "real person", JDownloader dapat mengesan kebanyakan daripada code captcha tersebut dan dapat buat entry secara automatik tanpa memerlukan intervention dari kita (pengguna) Paling mudah, sebagia contoh, nak download movie, lagu, eBook dari Rapidshare, apa yang perlu buat, cuma select semua sekali link-link yang dijumpai dan copy. JDownloader akan dapat mengesan kandungan clipboard dan akan terus menyemak kewujudan fail-fail tersebut dan akan terus memulakan download (mengikut setup yang kita buat). Tak perlu tunggu-tunggu. Semuanya akan dibuat oleh JDownloader tan pa mengira berapa banyak fail yang perlu di download. Bila selesai download JDownloader juga boleh terus unzip/unrar sekiranya yang di download tu adalah zip.rar files. Tu saja recommendation dari saya. Bukan nak ngempen JDownloader, tapi pengguna yang merasakan JDwonoader ni patut ada dan digunakan oleh semua. Nasarudin Harun. ps. Ada masalah guna JDownloader, post trus kat sini, insyaallah, apa pengalaman yang saya ada.....boleh cuba pakat2 selesaikan. 2009/12/16 Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com> > > > Rasanya menjelang tahun baru 2010 saya telah merancang suatu program secara > peribadi. > > Sempena tahun yang berangka cantik iaitu 2010, saya ingin jadikan tahun > 2010 sebagai Tahun ICT di peringkat diri peribadi saya. > > Bermakna tahun 2010 ini merupakan sebagai Tahun ICT buat saya . Sempena > Tahun ICT itu saya akan mempertingkatkan lagi kemahiran > dan mempertingkatkan lagi peranan untuk mengongsikan apa yang diketahui > untuk semua untuk dimanfaatkan bersama. > > Memulakan langkah saya ingin kongsikan bagaimana antara cara untuk memuat > turun video daripada laman Youtube ke Komputer. > Carilah video yang bermanfat untuk dimuat turun dan 'dimainkan' di komputer > tuan/puan di mana sahaja berada walaupun ketika tidak dapat menggunakan > internet ataupun di kawasan yang tidak ada liputan internet. > > > http://www.kokpasir.com/mtyoutube.html > > > Kalau ada rakan-rakan yang punyai cara lain bolehlah dikongsikan. > > > Ediramle Ismail, > Dari Anjung ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. > > ym id ediramleismail > > > > -- There's no way in hell that clicking a link can make your penis longer, your teeth whiter, you US$5 richer in seconds. Trust me! (Source: SoftSailor.com, IslandCrisis.net) Save the forest, GMail 'em.