Ediramle Ismail
Sat, 19 Dec 2009 09:36:44 -0800
Ada sedikit pembetulan Tajuk bengkel - Bengkel Penulisan Cerita Kanak-kanak
Kerana hendak siapkan malam ini juga tertulis novel .
Bengkel ini sebetulnya sangat bermanfaat untuk penulis yang ingin menulis
cerita kanak-kanak.
Ediramle Ismail,
ym id ediramleismail
Gambar-gambar semasa Bengkel Penulisan Novel Kanak-kanak di DBP Wilayah timur
pada 19 Disember 2009.
Boleh dilihat melalui pautan di bawah:
http://websastera.blogspot.com/
Untuk arkib dan makluman.
http://kumtiswb.blogspot.com/
Gambar-gambar Program KUMTIS Wakaf Bharu 2009 bertempat di Sekolah
kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, Kelantan dan majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang Sayembara menulis puisi 1 Malaysia kelab Setia anjuran Pejabat
Penerangan Daerah Tumpat, Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) dengan kerjasama
PPD Tumpat, boleh dilihat melalui pautan
http://kumtiswb.blogspot.com/
Aktiviti KUMTIS sebelum 10.30 pagi tak sempat dirakam kerana saya hadiri
Bengkel Penulisan Novel Kanak-kanak di DBP Wilayah Timur, Kota Bharu. Dengan
menumpang kereta Ketua 2 pesisir, Sdr.Anuar Musa dapat ke SK Kubang Batang.
Setelah acara KUMTIS selesai kira-kira pukul 2.00 petang , saya menumpang
kenderaan Sasterawan Norhisham Mustafa untuk ke DBP Wilayah Timur semula untuk
hadiri Bengkel Novel Kanak-kanak sekali lagi. Sempat ikuti bengkel sehingga
selesai kurang lebih 4.45 petang dan pulang ke rumah dengan menumpang kenderaan
Ketua 2 Pesisir. Terima kasih kepada sdr. Anuar dan Abang Sham , kalau tidak
saya hanya dapat hadir salah satu majlis saja hari ini.
Gambar-gambar semasa bengkel novel kanak-kanak juga akan dimuat naik
setelah selesai diubah saiz supaya dapat dimuat naik dengan lebih pantas.
Ediramle