pesisir  

{ PESISIR } Fw: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH

Ediramle Ismail
Tue, 22 Dec 2009 04:09:45 -0800

Sumbangan tuan/puan sekelian untuk perpustakaan Masjid Khairiah Chabang Empat, 
Tumpat adalah dialu-alukan.


----- Original Message ----- 
From: amly ramly 
To: edira...@kokpasir.com 
Sent: Tuesday, December 22, 2009 7:22 PM
Subject: Fwd: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH






Pembinaan bangunan menara dan perpustakaan, Masjid Khairiah, Chabang Empat, 
Tumpat akan siap menmjelang tahun 2010. Bangunan yang menjulang aras itu 
tersergam indah dan bercahaya berwarna warni pada waktu malam. Kewujudannya 
sedikit sebanyak menjadi kebanggaan para pengunjung masjid ini. 

Apa yang penting bagi kita, keindahan menara masjid ini akan meninggikan syiar 
Islam di daerah ini. Menara ini akan menjadi pusat laungan azan sebanyak lima 
waktu sehari semalam, manakala perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Al- 
Hidayah akan menjadi tempat rujukan ilmu dan maklumat dikalangan ahli jemaah 
dan golongan pelajar amnya.

Bagi memenuhi hasrat ini, pihak pengurusan bercadang untuk menyediakan tujuh 
set komputer untuk mengakses internet disamping buku-buku rujukan yang terdiri 
daripada berbagai tajuk dalam bidang tauhid, fekah, tafsir Al-Quraan, tasauf 
dan termasuk juga buku-buku rujukan akademik dan bacaan umum.

Bagi peningkatan imam dan takwa dikalangan anak mukim juga, pihak pengurusan 
akan mengadakan program Usrah Jaya, iaitu perjumpaan dan penerangan untuk 
memantapkan lagi akidah dan kefahaman tentang Islam disamping menolak amalan 
pengambilan dadah berbahaya. Program ini akan diadakan pada waktu lepas 
sembahyang Insyak dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Pembangunan 
Keluarga, Masjid Chabang Empat, Tumpat ( Permuafakata antara badan AADK Daerah 
Tumpat, Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat, PDRM Cawangan Cabang Empat, ADUN Wakaf 
Bharu dan PPM Cawangan Chabang Empat, Tumpat dan PIBG SK Chabang Empat, Tumpat).

Kekangan yang dihadapi ialah kekurangan input bagi melaksanakan program-program 
seperti peralatan atau buku-buku perpustakaan. Oleh itu pihak ajk perpustakaan 
merayu kepada semua pihak untuk menghulurkan bantuan bagi menjayakan misi kami. 
Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada Bendahari perpustakaan dan semua 
ajk di alamat surat menyurat : Perpustakaan Al- Hidayah, Masjid Khairiah 
Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim, atau melalui akaun masjid di 
BIMB No: 03-018-02-0414219. Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web : 
www.perpustakaanalhidayah.blogspot.com.

Kejayaan kami adalah harapan semua. Diatas sumbangan tuan diucapkan ribuan 
terima kasih. Jazkallahu Khaira. 
  • { PESISIR } Fw: RAYUAN SUMBANGAN UNTUK TABUNG PERPUSTAKAAN AL-HIDAYAH Ediramle Ismail