yati
Mon, 28 Dec 2009 16:35:32 -0800
Salam, Terima kasih kepada sdr Edi kerana telah mengambil langkah 'menghidupkan' kembali kebolehcapaian saya kepada yahoogroups melalui emel. Memang dah agak lama saya tidak menerima berita Pesisir melalui emel. Kebetulan sudah lama juga saya tidak berkesempatan untuk menjenguk ke yahoogroups... Justeru, saya terlepas daripada menghadiri majlis pesisir pada 19 disember baru-baru ni, walhal ketika itu saya berada di grandriver view hotel selama kira-kira seminggu kerana urusan rasmi. Utk makluman, saya juga sudah berada di face book dgn identiti YATIE KLATE. Sesiapa yang dah ada akaun di fb, harap dapat add nama saya sebagai rakan untuk memudahkan komunikasi dan penyampaian berita-berita berhubung kegiatan pesisir khususnya dan sastera umumnya. Sekali lagi terima kasih kepada sdr Edi dan salam kepada semua.. Jumpa lagi.. (Haryatie Ab.Rahman) Quoting Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com> on Mon, 28 Dec 2009 17:21:33 +0800: Setelah dilihat status e-mel di yahoogroups. E-mel Dr. Norhayati sekarang telah bouncing dan mungkin kalau diaktifkan semula e-mel itu akan dapat menerima semula setiap e-mel yang dikirimkan egroup. Bagaimanapun kepada warga pesisir yang tidak dapat menerima e-mel boleh rujuk terus di laman http://www.pesisir.net di situ ditempatkan arkib perbincangan pesisir di yahoogroups.com Tentang status e-mel Eziz Shukman eziz_shuk...@yahoo.com masih dalam keadaan boleh menerima e-mel dari yahoogroups pesisir , kecuali e-mel itu tidak dibuka. Eziz dan beberapa orang warga pesisir sekarang ada di Facebook Belum ramai lagi warga pesisir di sana. Laman jaringan sosial itu agak berguna juga kepada kita sebagai penulis. ----- Original Message ----- From: hashim latiff To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Monday, December 28, 2009 4:46 PM Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia masih menunggu jawapan daripada wzwb, eziz shukman, dr. haryati a rahman atau sesiapa sahaja yang pernah menjadi anak pesisir. ------------------------------------------------------------------------------ From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com> To: Pesisir@yahoogroups.com Sent: Mon, December 28, 2009 3:30:36 PM Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia salam. kadang-kadang muncul nama-nama ahli lamaq di laman pesisir. begitulah hebatnya pesisir. walau di manaq, apa pangkat dan jawatannya, dah jadi orang besar atau orang kecil, tapi sebilangan ahli pesisir lama masih lagi ingt dan rindu pada pesisir. kenapa terjadi demikian? jawapannya agak mudah. pesisir ditubuhkan atas dasar minat, kerjasama, persaudaraan, dan tidak ada unsur-unsur rebutan kuasa, unsur batu loncatan politik, mencari nama dan pengaruh, apalagi mencari harta kekayaan dalam pesisir. yang jelasnya, ramai ahli pesisir sanggup menghabiskan harta dan wang saku untuk menghidupkan pesisir. selagi ada unsur-unsur positif tadi, pesisir tetap utuh, tetap memberi makna yang murni kepada anak-anak muda dalam daerah tumpat khususnya dan malaysia amnya. masih menunggu ulasan dari; ruslan mamat, ujid dharmawan, awang abdullah.... --- On Mon, 12/28/09, Naffi Mat <na...@putra. upm.edu.my> wrote: From: Naffi Mat <na...@putra. upm.edu.my> Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia To: pesi...@yahoogroups .com Date: Monday, December 28, 2009, 9:08 AM Tahniah kepada ahli2 PESISIr kerana telah mengadakan pelbagai aktiviti sastera. Semoga PESISIR terus berjaya. Saya mengikuti perkembangan melalui berita maya. Salam utk Ckgu Ismail serta seluruh AJK. Salam hormat daripada: NAAPIE MAT -----Pesisir@ yahoogroups. com wrote: ----- To: pesi...@yahoogroups .com From: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com> Sent by: pesi...@yahoogroups .com Date: 12/17/2009 01:38PM Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia minta no telefon raja (HP) --- On Wed, 12/16/09, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> wrote: From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> Subject: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia To: pesi...@yahoogroups .com, sm...@yahoogroups. com, tum...@yahoogroups. com, kokpa...@yahoogroup s.com Date: Wednesday, December 16, 2009, 11:04 PM Dimaklumkan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan menulis puisi 1 Malaysia anjuran Kelab Setia, Pejabat Penerangan dengan kerjasama PPD Tumpat akan diadakan seperti berikut: (Pertandingan ini telah dibuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Daerah Tumpat.) Tarikh: 19 Disember 2009 (Sabtu) Masa: 11.00 pagi. Tempat: Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, Kelantan. 1 hadiah utama, 1 tempat pertama, 1 tempat kedua, 1 tempat ketiga dan 10 hadiah sagu hati akan disampaikan pada majlis berkenaan. Penyampaian hadiah ini diadakan sempena Program KUMTIS , Wakaf Bharu. yang akan diadakan bermula pukul 8..00 pagi - 3.00 petang di SK Kubang Batang pada hari yang sama. Ediramle Ismail, ym id ediramleismail -------------------------------------------------------------------------------------------- UNIVERSITY OF MALAYA - " The Leader in Research & Innovation "'This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error, please notify the system manager. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the University. Finally, the recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The University accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.'