pesisir  

Re: { PESISIR } Kursus Facebook 15 dan 16 Januari 2010 - sambutan di luar jangka.

Manzaidi MohdAmin
Thu, 14 Jan 2010 18:46:44 -0800

Salam..
 
Kalaulah saya berada di Kelantan, sudah tentu...sesibuk mana pun, saya tidak 
akan melepaskan peluang mengutip ilmu yang saudara Edi nak berikan ini. Tetapi 
kerana saya jauh dari Kelantan, saya hanya mampu mengigit jari..mengenangkan 
betapa malangnya saya...ketika peluang sudah ada di depan mata, saya pula tidak 
dapat hadir. 
Bagi saya yang sudah 46 tahun melalui kehidupan..baru kini mengetahui betapa 
pentingnya setiap ilmu yang ada dan ditawarkan oleh rakan-rakan. Mari terfikir, 
betapa moleknya ketika saya masih remaja dulu mengambil kesempatan yang ada 
untuk mempelajari dan mempelajri setiap bidang ilmu bagi melengkapkan diri.
Sekarang baru saya sedar, rupanya diri saya ini walaupun sudah 46 tahun 
bernafas, ilmu yang ada belum lengkap sepenuhnya. Ketika orang lain sudah mahir 
dan fasih berbahasa Inggeris, saya pula dalam usia menuju warga emas baru nak 
merangkak. Ketika orang lain tahu selok belok teknologi maklumat, saya pula 
masih terkial-kial tak tahu nak klik yg mana satu arahan diberikan. Ketika 
orang lain sudah hidup senang lenang, saya masih lagi kais pagi makan pagi. Ini 
semua kerana kesilapan saya di masa remaja... memandang sepi setiap ilmu yang 
kawan-kawan nak berikan.


--- On Thu, 14/1/10, Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com> wrote:


From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com>
Subject: { PESISIR } Kursus Facebook 15 dan 16 Januari 2010 - sambutan di luar 
jangka.
To: kelantan-k...@yahoogroups.com, kokpa...@yahoogroups.com, 
tum...@yahoogroups.com, pesisir@yahoogroups.com, p...@ediramle.posterous.com
Date: Thursday, 14 January, 2010, 6:14 PM


  




Dimaklumkan pada pagi 15 Jan 2010 kursus   Facebook terpaksa ditunda kerana 
saya ada 
mesyuarat  Agung khas Persatuan Bekas Tentera di Pejabat Perpaduan Tumpat mulai 
8.30 pagi.
 
Sebelah petang setakat ni tiada program.
 
Hingga ke hari ini  belum ada seorang pun yang hubungi untuk ikuti. Itu tak 
jadi masalah  bagi saya sekarang kerana ianya telah menjadi terlalu biasa.
 
Saya akan mencari cara lain untuk membantu sedikit sebanyak tentang apa yang 
diketahui.
 
salam hormat untuk semua.
 
 

http://www.facebook .com/photo. php?pid=906624&l=3678893b78&id=1054967565  
  




Dimaklumkan dengan hormatnya kepada sesiapa yang ingin mendaftar dan
mengendali laman Facebook (kepada yang belum mendaftar di Facebook)

Kursus akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15 dan 16 Januari 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tgh -- 2.30 petang - 5.30 petang

Tempat: Anjung ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

Penyertaan terhad. Hanya 3 orang untuk 1 sesi.

Keperluan: Bawa laptop masing-masing ( yang boleh guna wireless).

Pendaftaran: Percuma

Makan dan Minum - Tidak disediakan.

Sijil penyertaan : Tidak disediakan.

Berminat sila hubungi saya di nol tel: 0129032948

- Seorang peserta untuk 1 sesi pun kursus masih boleh dijalankan diterima.

Kursus dianjurkan sabagai salah satu aktiviti sempena tahun ICT peringkat
diri sendiri 2010.










      
_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It&#39;s free. Get IE8 here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/