reformasi-malaysia  

[reformasi-malaysia] Jangan biarkan AS terus angkuh

syed dahij
Wed, 23 Aug 2006 17:23:51 -0700


ImagePENGISTIHARAN... Salahuddin Ayub sedang menandatangani resolusi pengisytiharan bersama Gabungan Pemuda Malaysia terhadap kekejaman zionis Israel keatas rakyat Lubnan di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka malam tadi (22 Ogos). Foto Wan Zahari Salleh


Jangan biarkan AS terus angkuh - Mursyidul Am
Wed | Aug 23, 06 | 05:25:54 PM
Oleh Maslan Yusoh KOTA BHARU, 23 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak membiarkan Amerika meneruskan sifat angkuhnya dengan membenarkan kapal pengangkut berkuasa nuklearnya berlabuh di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kalau kita memberi peluang kepadanya untuk menambahkan rasa keangkuhan tentunya tindakan kerajaan membenarkan kapal nuklear berlabuh sebagai tidak wajar.

"Amerika begitu angkuh dengan kuasa yang ada. Dan apabila dia singgah di satu-satu tempat keangkuhannya mulai terpamer. Ini kerana kuasa dunia sekarang sudah tiada persaingan."

"Kalau dahulu Rusia ada dan sekarang tidak ada saingan," katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Razak yang tidak menghalang mana-mana kapal pengangkut berkuasa nuklear Amerika berlabuh di negara ini selagi mematuhi peraturan ditetap.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa bimbang sesuatu kerosakan kepada kapal berkuasa nuklear itu sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat negara ini.

Bagaimanapun beliau boleh bersetuju sekiranya kapal Amerika itu berlabuh sekejap di negara ini tanpa mempamerkan keangkuhan kuasa mereka seperti yang dilakukannya terhadap Iraq dan Afghanistan.

"Kalau hendak lalu dan singgah asalkan benda itu selamat saya boleh terima.. tiada masalah, apa beza nuklear dengan kapal perang yang lengkap dengan meriam besar, itu sama-sama bahaya," ujarnya.

Sebelum ini ketika berlangsung Forum Perdana Keamanan Global, beberapa pihak menggesa Malaysia tidak membenarkan lagi kapal pengangkut berkuasa nuklear milik tentera Amerika berlabuh di negara ini mengelak Malaysia terlibat dalam konflik antarabangsa.

***************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

Reformasi-Malaysia:  Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia :  A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]





SPONSORED LINKS
Government software Government contract Government contract jobs
Government contract jobs Government contract work


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___
  • [reformasi-malaysia] Jangan biarkan AS terus angkuh syed dahij