Hari F
Mon, 30 Jun 2008 22:14:23 -0700
>Azam Noor Wrote: > >Nabi Muhammad diputerakan: >9 Rabi’ul Awal –52 (Isnin) atau 12 Rabi’ul Awal –52 (Khamis)? >Di Mekah, Bulan pada fasa 64% sedang berada di Buruj Leo menandakan >seorang lelaki gagah berani akan lahir. Planet Zuhal dan Musytari, kedua- >duanya dengan kecerahan 100% berada di Buruj Libra menandakan lelaki itu >adalah seorang yang sangat adil lagi saksama. Fenomena ini diisyaratkan >tepat pada jam 12 tengah malam 20 April 571 Masehi.
Asalamu 'alaykum
Pak Azzam Noor,
CMIIW, menurut saya, paragraf diatas sudah berada diluar domain astronomy (ilmu
falak), dan sudah memasuki domain astrology (ilmu nujum).
Imam Bukhori meriwayatkan dalam kitab shohihnya dari Qotadah r.a. bahawa ia
berkata: "Allah menciptakan bintang bintang ini untuk tiga hikmah: sebagai
hiasan langit, sebagai alat pelempar syaitan, dan sebagai tanda untuk petunjuk
(arah dan waktu). Maka barang siapa yang berpendapat selain hal tersebut maka
ia telah melakukan kesalahan, dan menyianyiakan nasibnya, serta membebani
dirinya dengan hal yang diluar batas pengetahuannya".
wassalam
Hari F
--- Pada Mingu, 29/6/08, Azam Noor <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Dari: Azam Noor <[EMAIL PROTECTED]>
Topik: [ RHI ] JADUAL TARIKH PENTING TAQWIM HIJRAH
Kepada: rukyatulhilal@yahoogroups.com
Tanggal: Minggu, 29 Juni, 2008, 12:48 PM
Jadual 4: Tarikh penting Taqwim Hijrah
Bil.
Peristiwa
Tarikh Hijrah
Tarikh Masehi
1
Permulaan Tahun Masehi:
17 Jamadil Awal –640
(Sabtu)
1 Januari 1
2
Nabi Muhammad diputerakan:
9 Rabi’ul Awal –52
(Isnin)
atau
12 Rabi’ul Awal –52
(Khamis)?
-Di Mekah, Bulan pada fasa 64% sedang berada di Buruj Leo menandakan seorang
lelaki gagah berani akan lahir. Planet Zuhal dan Musytari, kedua-duanya dengan
kecerahan 100% berada di Buruj Libra menandakan lelaki itu adalah seorang yang
sangat adil lagi saksama. Fenomena ini diisyaratkan tepat pada jam 12 tengah
malam 20 April 571 Masehi.
20 April 571
atau
23 April 571?
3
Ulangtahun ke-40 keputeraan:
9 Rabi’ul Awal –12
(Isnin)
9 Februari 610
4
Terima wahyu Quran pertama di Gua Hirak, Jabal Nur:
17 Ramadhan –12
(Rabu)
atau
27 Ramadhan –12
(Sabtu)?
12 Ogos 610
atau
22 Ogos 610?
5
Peristiwa Isra’ dan Mi’raj:
27 Rejab –3
(Selasa)
-Lengan Galaksi Bima Sakti membentuk pintu gerbang galaksi yang mengelilingi
ufuk Baitul Maqdis pada jam 11.20 malam. Buruj Coma Berenices berembang tepat
di atas Masjid Kubah Batu dan menjadi petunjuk ke arah alam maha tinggi.
20 Mac 619
6
Permulaan Tahun Hijrah:
1 Muharram 1
(Khamis)
-Matahari berada tepat di atas Ka’abah pada 15 Julai dan bayang searah qiblat
berlaku di semua bahagian siang seluruh dunia. Ketika terbenam matahari, tujuh
jasad cakerawala bersegaris umpama untaian mutiara.
15 Julai 622
(Khamis)
ataupun
16 Julai 622
(Jumaat)
7
Hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah:
2 Rabi’ul Awal 1
(Isnin)
13 September 622
8
Rasulullah SAW dan Abu Bakar Ash Shiddiq RA bersembunyi di Gua Sur:
2 – 4 Rabi’ul Awal 1
(Isnin hingga Rabu)
13 – 15 September 622
9
Rasulullah SAW tiba di Quba:
9 Rabi’ul Awal 1
(Isnin)
20 September 622
10
Rasulullah SAW tiba di Madinah:
12 Rabi’ul Awal 1
(Khamis)
-Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa menandakan seluruh dunia
mengalami siang dan malam sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
23 September 622
11
Pertukaran Qiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullahil Haram:
15 Sya’ban 2
(Jumaat)
-Galaksi Andromeda iaitu galaksi ke-2 terdekat dengan galaksi kita, Bima Sakti
sedang melintasi garis pertukaran qiblat di azimuth 339 darjah 22 minit 42.18
saat pada jam 2.46 petang. Peristiwa ini menandakan perubahan satu titik paksi
di atas muka bumi ini iaitu dari Baitul Maqdis ke titik paksi di Baitulllahil
Haram.
10 Februari 624
12
Perang Badar:
8 Ramadhan 2
(Ahad)
4 Mac 624
13
Perang Uhud:
5 Syawal 3
(Rabu)
20 Mac 625
14
Perjanjian Hudaibiah:
_Dzul Qa’idah 6
(?)
_Mac 628
15
Pembukaan Kota Makkah:
10 Ramadhan 8
(Ahad)
31 Disember 629
16
Haji Widak (Haji Perpisahan)
turunnya ayat 3 Surah Al Maidah:
25 Dzul Qa’idah 10
(Sabtu)
-22 tahun 2 bulan 22 hari telah berlalu semenjak wahyu pertama diturunkan.
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu dan Aku mencukupkan nikmat-Ku,
serta Aku reda Islam sebagai agama.”
22 Februari 632
17
Wahyu terakhir diturunkan:
(ayat 281 Surah Al Baqarah):
6 Rabi’ul Awal 11
(Ahad)
-Al Quran genap diturunkan selama 22 tahun 5 bulan 19 hari.
“Takutlah kamu akan hari yang akan dikembalikan kamu pada hari itu kepada
Allah, kemudian disempurnakan (balasan) setiap orang akan usahanya sedang
mereka tidak akan dizalimi.”
31 Mei 632
18
Nabi Muhammad SAW wafat:
14 Rabi’ul Awal 11
(Isnin)
8 Jun 632
19
Abu Bakar meninggal dunia:
7 Jamadil Akhir 13
(Isnin)
8 Ogos 634
20
Persoalan surat syahru Sya’ban
6 Dzul Hijjah 15
(Khamis)
9 Januari 637
21
Taqwim Hijrah baru diasaskan
10 Rabi’ul Awal 17
(Jumaat)
11 April 637
22
Mesyuarat Penggubalan Taqwim Hijrah baru di Madinah
20 Jamadil Akhir 17 (Rabu)
8 Julai 638
___________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar kini dilengkapi dengan Search Assist. Download sekarang juga.
http://id.toolbar.yahoo.com/