Salam,

Saya ada baca artikel yg mufti di negara timur tengah (Mesir ke?.. tak
ingat...) mengeluarkan fatwa mengharamkan khatan perempuan. Mmg isu ni telah
menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan. Seingat saya,
history khatan perempuan dilakukan oleh isteri pertama Nabi Ibrahim, Sarah.
Ia dilakukan kerana Sarah 'jeles' dgn Hajar dan bersumpah utk memotong 3
bahagian badan. Salah satu bhgian bdn yg dipotongnya adalah telinga
(ditindik), kat 'tut' & lagi satu tak ingat la kat mana... Maaflah ye...

Kita ikut Mahzab Syafie, hukum khatan perempuan adalah sunat. Jadi kalau tak
buatpun tak berdosa. Personally, saya tak setuju dgn khatan perempuan. Sebab
takde hadis yg sahih tentang amalan ni, yg *WAJIB* cuma pada lelaki. Banyak
amalan tradisi turun-temurun yg tidak diketahui dgn jelas
kebaikan/keburukannya. Bagi saya, tak perlulah kita lakukan amalan yg tidak
jelas. This is just personal opinion, minta jgn diperdebatkan di sini.

Satu artikel yg saya petik dr Utusan:

Kalangan Barat banyak menentangnya kerana menganggap ia tidak lebih dari
pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa tidak diingini
ke kanak-kanak perempuan yang dikhatan.Ulama Islam berbeza pendapat
berhubung amalan ini. Nas yang ada mengenainya juga adalah tidak sahih. Apa
yang lebih penting adalah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan
pemeliharaan kehormatan mereka.

Fatwa mutakhir Dr. Yusuf Qardawi – semuanya bergantung kepada ibu bapa. Jika
mereka hendak mengkhatankan anak masing-masing, ia diharuskan, dan
sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu
kesalahan. Walau bagaimanapun, berdasarkan sepotong hadis, bagi ibu bapa
yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau
menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit.

*"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia
mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)*

Di Sudan, ramai bayi perempuan dikhatankan. Ia dilabelkan sebagai pencacatan
genital perempuan. Di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung pula,
berkhatan atau juga dikenali sebagai bersunat ini masih diamalkan tetapi
dengan cara yang berbeza.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Mohd Shukri Othman dan Prof. Datin Rashidah
Shuib di Kelantan mendapati, apa yang diperakukan oleh masyarakat tempatan
merupakan satu ritual dan bukannya pembedahan yang mencacatkan.

Mengapakah ia masih dipraktiskan oleh masyarakat tempatan yang rata-ratanya
menerima pakai upacara turun-temurun?

Sedangkan amalan ini telah diabaikan oleh masyarakat yang celik ilmu
perubatan.

''Dalam perkhidmatan perubatan serta kesihatan di hospital terutamanya di
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan
tidak pernah menerima pesakit bayi perempuan yang telah dicacatkan organ
kelaminnya kerana perbuatan berkhatan seperti yang diamalkan di Afrika,''
demikian menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Prof. Madya Dr. Shah
Reza Johan Noor.

Beliau berkata, istilah yang diguna pakai di Barat (pencacatan genital
perempuan) yang secara longgar dilabelkan sebagai perkhatanan bayi perempuan
sebenarnya melibatkan prosedur pembuangan sebahagian atau kesemua bahagian
luar genital perempuan. Ia dilakukan sama ada kerana upacara tradisi,
keagamaan dan mungkin juga kepercayaan perawatan terhadap sesuatu penyakit.

Pencacatan genital perempuan mengikut klasifikasi oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dibahagikan kepada empat.

1. Jenis Pertama: Pemotongan/pembuangan prepus/kulup, melibatkan sebahagian
atau kesemua bahagian klitoris

2. Jenis Kedua: Pemotongan klitoris dan juga pembuangan separa atau
sepenuhnya labia minora (bibir kecil di organ genital perempuan)

3. Jenis ketiga: Pemotongan sepenuhnya ataupun separuh dari anatomi luaran
genital perempuan serta pengecilan faraj dilakukan

4. Jenis keempat: Memotong klitoris dan juga bibir-bibir genital, menegang
serta menarik keluar klitoris untuk tujuan pemotongan, bibir-bibir genital
juga dipotong buang.

''Ada juga prosedur melecuh serta melecurkan klitoris, bibir-bibir dan
tisu-tisu di sekelilingnya. Ada juga masyarakat yang mengikis bukaan faraj
dan juga memotong sebahagian dari luar faraj.

''Sekiranya prosedur-prosedur di atas gagal, ada yang memasukkan bahan
berkorosif serta herba-herba lain ke dalam faraj, bertujuan untuk
mengecilkan faraj,'' ujarnya.

Di Malaysia, kata Dr. Shah Reza, perkhatanan anak perempuan tidak seperti
mana yang digambarkan oleh WHO.

''Berdasarkan pengalaman, khatan ini dilakukan secara simbolik dengan
mengguriskan bahagian prepus klitoris ataupun badan klitoris itu sendiri
menggunakan jarum yang dicuci serta disteril.

''Bukan semua masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu, mempraktikkan
prosedur ini,'' jelasnya.

Konon mengapa berkhatan dilakukan pada bayi perempuan:

* Sebab keagamaan. Ada mereka yang percaya yang praktis ini merupakan satu
amalan yang dituntut agama namun kalau mengikut sejarah, berkhatan ini telah
pun ada sebelum kehadiran Islam

* Mitos, kononnya berkhatan ini meningkatkan kesuburan dan juga melanjutkan
kemandirian bayi tersebut

* Faktor kebersihan serta kecantikan. Aib sekali genitalia perempuan
dikaitkan dengan kekotoran, jadi pembersihan perlu dilakukan

* Faktor sosial di mana perempuan yang dikhatankan diterima sebagai ahli
masyarakat, menunjukkan kebalighan lantas mengintergrasikan masyarakat yang
berkepercayaan sama

* Kononnya untuk kebersihan dan juga kecantikan, genitalia perempuan
dikatakan selepas berkhatan akan membersihkan lagi perempuan dan menaikkan
seri, semua ini mitos belaka

* Dongeng tradisi yang menyatakan berkhatan akan meningkatkan kesuburan
serta kemandirian bayi yang dilahirkan

* Konon menambahkan lagi nafsu serta syahwat suami, mengekalkan sifat
kedaraan

* Melindungi dari perbuatan curang dan juga bertukar-tukar pasangan

Asal usul berkhatan di kalangan wanita : Di muzium British, fakta yang
ditulis di atas papyrus bertarikh 163 tahun Sebelum Masihi, telah pun ada
kenyataan berkhatan di Memphis semasa penerimaan mas kahwin. Mungkin juga
praktis ini dari upacara kebalighan masyarakat puak-puak di Afrika yang
menular ke Mesir. Di Afrika, puak Kreophagoi yang menduduki sekitar pantai
barat, merupakan antara puak yang memotong serta mencederakan genitalia
perempuan. Perkara ini telah pun dicatatkan oleh mubaligh Kristian pada
peringkat awal kehadiran mereka. Orang Roman juga ada sejarah yang
meletakkan cecincin logam di bibir genital perempuan dengan tujuan
kontraseptif. Pada abad ke-12, wanita-wanita pejuang Perang Salib dipakaikan
cawat besi dengan pembukaan hanya untuk membuang air kecil bertujuan untuk
memelihara kehormatan mereka. Di Amerika Syarikat, aktiviti bersunat ini
pernah popular pada tahun 1890.

Kajian pada tahun 1995 di Mesir mendapati, seramai 97 peratus daripada
wanita yang dikaji menjalani berkhatan, 90 peratus sahaja yang
mengamalkannya di kalangan mereka yang terpelajar.

Praktis ini *tidak* pula menjadi amalan di Asia Barat dan semenanjung Arab.

Di pusat ketamadunan Islam sekarang, iaitu di Arab Saudi dan juga
negara-negara lain seperti Iraq, Libya, Iran, Morocco dan Tunisia, amalan
bersunat ini tidak diamalkan.

Di zaman Internet sekarang, amalan ini berkait rapat di antara berpendidikan
dan kejahilan. Mereka yang berpendidikan tinggi lazimnya tidak mengamalkan
berkhatan bayi perempuan ini.

Sekiranya diamalkan, hanya berbentuk ritual atau sebagai simbolik meletakkan
jarum di klitori tanpa apa-apa kecederaan fizikal berlaku.

Yang paling mengecewakan dikhuatiri ada mereka yang melakukan amalan ini
dengan bermotivasikan kewangan. Ibu bapa akan dicaj dengan terminologi
pembedahan kecil.

Sehingga sekarang masih tiada bukti-bukti perubatan yang menyokong amalan
bersunat di kalangan bayi perempuan. Ia juga bukan amalan agama sebab amalan
ini wujud sebelum kehadiran agama Kristian lagi.
Akhir sekali, amalan bersunat ini tidak dijalankan di hospital-hospital
kerajaan mahupun hospital universiti.  Tidak pula bersunat ini salah satu
dari kurikulum mata pelajaran perbidanan dan sakit puan.

-- 
- BawangGoreng -
*********************************************
"Life ends when U stop dreaming,
Love ends when U stop caring,
Friendship ends when U stop sharing"

On Dec 29, 2007 8:00 AM, kak_zar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>   Assalammualaikum
>
> Apakah hukum di atas?
>
> cuba google female circumcision fatwa
>
>  
>

Kirim email ke