sahabatinteraktif  

[sim] JODOH : Bagaimana lelaki memikat wanita ?

Pak Kadri
Fri, 21 Nov 2008 16:10:32 -0800

Pendapat
ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman
kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. 
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki. 

Bak
kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini,
kenapa pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu
berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang
menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat
lelaki. Pucuk pangkalnya hati. 

Jika seorang wanita sudah
 terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana
tahu, dengan cara ini cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja silap
hari bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas teman
anda memikat anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan
bagaimana anda boleh terpikat? 

Walaupun tidak 100% betul,
tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki
memikat seorang wanita yang disukainya. 

1. Kaum lelaki
lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu.
Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang
wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya
memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita
itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif
daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat,
kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik
diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat
tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan
setiap gerak-geri wanita yang diidamkan. 

2.
Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara
hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja
makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan
hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita
kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur. 

3. Ada
juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu
mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita
itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan
menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya.
Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia
meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak
akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia
sudah memadai. 

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara
mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa
lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala
sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka
belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat
wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita
walaupun dengan cara yang tidak disenangi. 

5. Selain
itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan
mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan
terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk
berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan
berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran
positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain
bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang
baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki,
jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri. 

6.Bagi
lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara
mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan
pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak,
berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk
melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya. 


SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
     
   
    
  
 
  
 Pak Kadri