sahabatinteraktif  

Re: [sim] JODOH : Bagaimana lelaki memikat wanita ?

sarina ct
Sat, 22 Nov 2008 07:13:09 -0800

pak kadri tertinggal satu la...

macam mana agaknya subordinate nak pikat boss / senior level? boss yang bossy...
ranggi semacam, straight dengan keje... kalau marah macam termakan tebuan.. 
kadang-kadang mengaum...
dah le subordinate tadi banyak awek... awek... awek... dunia pun tahu dia 
banyak awek 

agak-agaknya macam mana ya?
tapi dapat pulak jadi husband boss tu tadi...
________________________________

  lady na
close your eyes, give me your hands... darling
do you feel my heart beating? do you understand?


Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman 
kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. 
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki. 

Bak kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini, kenapa 
pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya 
dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang menetapkan lelaki wajib 
memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya hati. 

Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. 
Mana tahu, dengan cara ini cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja silap hari 
bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas teman anda memikat 
anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh 
terpikat? 

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda 
mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi 
tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada 
seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya 
memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan 
berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga 
berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan 
tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, 
si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan 
mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan. 

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak 
memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak 
untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing 
wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap 
ikhlas dan jujur. 

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu 
mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. 
Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar 
cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua 
sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat 
wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga 
sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai. 

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita 
yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka 
suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. 
Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. 
Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa 
hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi. 

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan 
mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat 
atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan 
wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, 
kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan 
kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu 
bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. 
Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri. 

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara 
mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai 
aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, 
berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si 
wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya. 


SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
 
 


 
  
 Pak Kadri 
 








________________________________
From: Pak Kadri <[EMAIL PROTECTED]>
To: SIM <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, November 22, 2008 8:07:13 AM
Subject: [sim] JODOH : Bagaimana lelaki memikat wanita ?