cabaran_harapan
Sun, 23 Nov 2008 15:54:25 -0800
Kajian bagaimana lelaki memikat wanita Oleh ZAMRI MOHAMAD Pada tahun 1771, penjelajah Inggeris bernama Kapten Cook telah tiba disebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, masalahnya timbul apabila dia tidak dapat berkomunikasi dengan penduduk asli di kawasan tersebut. Satu-satunya cara untuk Cook berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa isyarat, yakni menggabungkan pergerakan tubuh dan isyarat tangan. Begitulah halnya yang berlaku hari ini, penggunaan bahasa badan memainkan peranan dalam memperkuatkan mesej lisan, apatah lagi dalam hubungan percintaan. Kajian terhadap bidang ini dikenali sebagai kinesics. Melalui beberapa kajian mereka mendapati empat peringkat yang berlaku dalam proes membina percintaan menggunakan bahasa badan dikenali sebagai Quasi-courtship behaviour (kelakuan seakan-akan memikat). Peringkat persediaan (courtship readiness). Apabila sudah mula terpaut kepada seseorang, individu akan cuba mempamerkan fizikalnya dalam keadaan yang dirasakan terbaik dengan menegangkan otot, mengempiskan perut dan menegakkan tubuh badan. Peringkat menghiasi diri (preening behaviours). Individu akan cuba menghiasi diri dengan penampilan kemas, menyisir rambut, pakaian yang sesuai dan akan cuba kelihatan hebat di hadapa cermin dengan melihatnya berkali-kali. Peringkat memposisi diri (positional cues). Melalui postur badan dan kedudukan badan, inidividu dalam peringkat ini akan cuba menonjolkan dirinya agar mudah dilihat dan dikesan oleh orang yang diminatinya. Peringkat mempelawa (appeals to invitation). Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, para pengkaji mengenalpasti 52 jenis bahasa badan yang digunakan untuk menyampaikan mesejnya terhadap lelaki. Ia melibatkan senyuman, merapatkan jarak, keadaan tapak tangan terbuka dan kedudukan yang terbuka. Petikan buku (dengan izin) Memahami Bahasa Cinta Lelaki ZAMRI MOHAMAD Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia www.zamrimohamad.com