1. Wasiat seperti dalam contoh di bawah tidak akan diiktiraf oleh undang2. 
Surat wasiat mesti mengikut syarat2 yang sudah digariskan spt adanya saksi, 
kena mati setem dsbnya..
 
2. Bagi muslim, mewasiatkan 100% kepada pasangan yang hidup juga tidak akan 
diiktiraf oleh Mahkamah kerana ianya bertentangan dengan hukum Syariat yang 
sudah diperincikan di dalam Al-Quran. 
 
3. Apa yang saudara & isteri perlu buat ialah pergi ke mana2 syarikat atau pun 
lawyer yang menawarkan khidmat menulis wasiat, mereka sudah ada standard format 
untuk diisi. Antara kandungannya ialah melantik beberapa orang/pihak yang akan 
menjadi "administrator" bila kita mati. Sdr boleh lantik isteri dan vice versa. 
Administrator (waasi) inilah yang akan menguruskan hal2 berkaitan harga 
peninggalan kita nanti. Dengan adanya wasiat begini, usaha pengurusan estet 
akan jadi lebih mudah/cepat, insya-Allah.

--- On Wed, 9/30/09, haikalku haikal <haikalkuhai...@gmail.com> wrote:


From: haikalku haikal <haikalkuhai...@gmail.com>
Subject: [sim] MINTA NASIHAT : Bagaimana mahu membuat surat wasiat.
To: "SIM" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, September 30, 2009, 2:15 PM















Assalamalaikum...

Kami suami isteri bercadang membuat wasiat sesama kami..maksudnya saya serah 
100% hak milik saya dan begitu juga isteri serahkan apa2 miliknya 100% jiika 
apa2 berlaku antara kami selama hidup dalam dunia ni contohnya kematian..tujuan 
kami ingin membuat wasiat supaya senang proses tukar nama dan pemindahan aset.
Kami mempunyai 4org  anak yg berusia dari 7thn ke3 thn dan kami berumur 30an.

Nilai aset kami insuran nyawa+epf+insuran rumah+insuran asb loan+cash adalah 
sekitar 1juta seorang.

Harap ada netter yg pandai menulis surat wasiat mengepilkan contoh surat itu 
disini.
Cara mudah yg saya fikir adalah menulis surat dgn memberi kebenaran 100% milik 
saya berserta tarikh tandatangan dan cap jari sebagai bukti setuju dan poskan 
kealamat sendiri atas nama isteri dan isteripun buat sama seperti itu ,surat 
akan disimpan rapi sebagai surah wasiat yg hanya dibuka jika berlaku apa2...

Mungkin netter merasa pelik kenapa tak ikut kaedah sama rata untuk anak2 atau 
faraid..sebenarnya kami mahukan sistem itu tujuan surat wasiat ditulis untuk 
memudahkan pemerosesan sebagai pemegang amanah.


Jika ditakdirkan kami berumur panjang seperti Dr.M alhamdullillah.


harap dapat membantu.








      

Kirim email ke