Assalamualaikum .....

Saya Haji Azhar Bin Haji Wagi adalah salah seorang agen AMANAHRAYA BERHAD (code 
agen 030013).

Disini ini saya akan terangkan tentang WASIAT ....
Selalu kita akan dengar tentang persoalan masyarakat tentang wasiat :-
1. PERLU KE BUAT WASIAT?
2. SAYA BELUM HENDAK MATI LAGI !
3. SAYA TIDAK ADA HARTA !
4. SAYA DAH LETAK PENAMA !
5. SAYA ADA ANAK LELAKI !
6. MEMBUAT PEMBAHAGIAN FARAID !

PELAN MENULIS WASIAT

Di dalam Islam, pewarisan harta boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti 
melalui WASIAT, pemberian HIBAH dan mengikut hukum FARAID.

APA ITU WASIAT?

WASIAT adalah suatu dokumen yang mempunyai kuatkuasa undang-undang yang 
membolehkan seseorang menentukan cara dan bagaimana harta bendanya hendak 
dibahagikan setelah berlaku kematian.

ISLAM MENUNTUT KITA MENULIS WASIAT

Sabda Rasullullah SAW:

"Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak 
sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat 
disisinya"
Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
 
Berdasarkan prosedur pentadbiran pusaka di Malaysia, dengan adanya dokumen 
wasiat ia boleh mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka untuk 
dimanfaatkan oleh ahli keluarga waris ketika mereka sangat memerlukan.

Apabila berlakunya kematian, harta simati yang tidak mempunyai penama seperti 
hartanah (tanah, rumah, kondo, minium), Akaun Bank (ASN,ASB), wang di KWSP, 
saham, syer dan sebagainya akan dibekukan.

Tanpa dokumen WASIAT, proses penyelesaian harta tersebut akan mengambil masa 
yang lama berbanding jika simati mempunyai dokumen WASIAT.

FAEDAH MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

- Mempunyai wasi yang mempunyai amanh bagi menguruskan wasiat anda,
- Menjamin penyempurnaan hak dan tanggunggan ke atas harta seperti hutang, 
zakat, nazar, dan lainnya yang tidak sempat disempurnakan ketika hidup.
- Mengelak penyelewengan dan persengketaan ahli-ahli waris.
- Membela waris yang memerlukan tetapi terhalang dari mendapat pusaka seperti 
cucu, ahli keluarga asal muallaf, anak angkat, ibu bapa angkat dan lain-lain.
- Memperuntukkan sebahagian harta untuk beramal jariah.

HARGA WASIAT

* AMANAHRAYA BERHAD (ARB) caj hanya RM350.00 sewasiat dan sekali seumur hidup 
sekiranya tiada pembatalan dibuat.
* Caj ini termasuk caj penyediaan Wasiat Komprehensif
* Caj tambahan sekiranya wasiat yang telah dibuat ada pindaan

UNTUK TEMUJANJI & PENERANGAN LANJUT
sila hubungi :-

HAJI AZHAR BIN HAJI WAGI
No HP : 012-7517213 / 019-7180982
email  : hjazha...@yahoo.com.my
 
SALAM LEBARAN............
 
" YA ALLAH : ampunilah dosa penerima email ini, dosa kedua  ibu bapanya, dosa 
seluruh keluarganya, berkatilah rezeki yang KAU berikan kepadanya, kurniakanlah 
kesihatan yang baik kepadanya, lindungilah dia dari sebarang bahaya dan 
bahagiakanlah dia sekeluarga dunia dan akhirat ... AMIN"   
AL HAJJ AZHAR Management & Services
HAJI AZHAR BIN HAJI WAGI                                            
PERUNDING WASIAT HARTA & PUSAKA - AMANAHRAYA BERHAD (030013)
AGEN INSURAN MAA 
TAKAFUL                                                                        
NO TEL : 
012-7517213                                                                                    
 
SUDAHKAH ANDA MEWASIATKAN HARTA ANDA ????????
(AMANAHRAYA BHD)
--------------------------------------------
UPAH HAJI : RM1,500.00
IBADAH QURBAN :-
RM185.00 : 1 bahagian Kerbau di India
RM250.00 : 1 bahagian Lembu di Kemboja
RM450.00 : 1 ekor Kibas di Makkah





________________________________
From: haikalku haikal <haikalkuhai...@gmail.com>
To: sahabatinteraktif <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 2 October 2009 9:19:45
Subject: Re: [sim] MINTA NASIHAT : Bagaimana mahu membuat surat wasiat.

  
salam..
Tujuan saya bercadang letak 100% serahan jika mati awal kpd pasangan supaya 
menyenangkan proses mencairkan aset..dan kewajipan untuk membahagi telah 
dibincang awal2 sesama kami...saya faham sifat isteri saya jenis macam mana 
memang takut melanggar hukum.





>
>
>---------- Forwarded message ----------
>From: redzuan rosli <redz24c...@yahoo. com>
>Date: 2009/10/1
>Subject: Re: [sim] MINTA NASIHAT : Bagaimana mahu membuat surat wasiat.
>To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
>
>
>
>  
>Tak boleh serah 100% pada pasangan...saya rasa tak adil pada waris2 yg lain
>yg berhak secara faraid. Cuba fikir kalau kita bg 100% pastu dia kawin lain. 
>Enjoy ngn harta kita.sedangkan ibu bapa, anak2 dan adik beradik kita tak dpt 
>apa2.padahal mereka
>waris kita.mereka berhak mendapat bahagian mereka..lebih baik ikutlah 
>faraid.Adil kepada semua yg berhak.
>
>Salam takzim,
>
>Redzuan
>
>--- On Wed, 30/9/09, Limbat <lim...@yahoo. com> wrote:
>
>
>>From: Limbat <lim...@yahoo. com>
>>Subject: Re: [sim] MINTA NASIHAT : Bagaimana mahu membuat surat wasiat.
>>To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
>>Date: Wednesday, 30 September, 2009, 9:08 PM
>>
>>
>>  
>>1. Wasiat seperti dalam contoh di bawah tidak akan diiktiraf oleh undang2. 
>>Surat wasiat mesti mengikut syarat2 yang sudah digariskan spt adanya saksi, 
>>kena mati setem dsbnya..
>>
>>2. Bagi muslim, mewasiatkan 100% kepada pasangan yang hidup juga tidak akan 
>>diiktiraf oleh Mahkamah kerana ianya bertentangan dengan hukum Syariat yang 
>>sudah diperincikan di dalam Al-Quran. 
>>
>>3. Apa yang saudara & isteri perlu buat ialah pergi ke mana2 syarikat atau 
>>pun lawyer yang menawarkan khidmat menulis wasiat, mereka sudah ada standard 
>>format untuk diisi. Antara kandungannya ialah melantik beberapa orang/pihak 
>>yang akan menjadi "administrator" bila kita mati. Sdr boleh lantik isteri dan 
>>vice versa. Administrator (waasi) inilah yang akan menguruskan hal2 berkaitan 
>>harga peninggalan kita nanti. Dengan adanya wasiat begini, usaha pengurusan 
>>estet akan jadi lebih mudah/cepat, insya-Allah.
>>
>>--- On Wed, 9/30/09, haikalku haikal <haikalkuhaikal@ gmail.com> wrote:
>>
>>
>>>From: haikalku haikal <haikalkuhaikal@ gmail.com>
>>>Subject: [sim] MINTA NASIHAT : Bagaimana mahu membuat surat wasiat.
>>>To: "SIM" <SahabatInteraktif@ yahoogroups. com>
>>>Date: Wednesday, September 30, 2009, 2:15 PM
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>Assalamalaikum. ..
>>>
>>>Kami suami isteri bercadang membuat wasiat sesama kami..maksudnya saya serah 
>>>100% hak milik saya dan begitu juga isteri serahkan apa2 miliknya 100% jiika 
>>>apa2 berlaku antara kami selama hidup dalam dunia ni contohnya 
>>>kematian..tujuan kami ingin membuat wasiat supaya senang proses tukar nama 
>>>dan pemindahan aset.
>>>Kami mempunyai 4org  anak yg berusia dari 7thn ke3 thn dan kami berumur 30an.
>>>
>>>Nilai aset kami insuran nyawa+epf+insuran rumah+insuran asb loan+cash adalah 
>>>sekitar 1juta seorang.
>>>
>>>Harap ada netter yg pandai menulis surat wasiat mengepilkan contoh surat itu 
>>>disini.
>>>Cara mudah yg saya fikir adalah menulis surat dgn memberi kebenaran 100% 
>>>milik saya berserta tarikh tandatangan dan cap jari sebagai bukti setuju dan 
>>>poskan kealamat sendiri atas nama isteri dan isteripun buat sama seperti itu 
>>>,surat akan disimpan rapi sebagai surah wasiat yg hanya dibuka jika berlaku 
>>>apa2...
>>>
>>>Mungkin netter merasa pelik kenapa tak ikut kaedah sama rata untuk anak2 
>>>atau faraid..sebenarnya kami mahukan sistem itu tujuan surat wasiat ditulis 
>>>untuk memudahkan pemerosesan sebagai pemegang amanah.
>>>
>>>
>>>Jika ditakdirkan kami berumur panjang seperti Dr.M alhamdullillah.
>>>
>>>
>>>harap dapat membantu.
>>>
>>>
>>>
>>>
>>> 
>> 
>________________________________
Try the new Yahoo! Messenger 9.0 
>Now with all you love about messenger and more! 
>




      Open emails faster. Yahoo! recommends that you upgrade your browser to 
the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! Get it here! 
http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Kirim email ke