BawangGoreng®
Thu, 10 Dec 2009 09:12:05 -0800
Salam, Sama kut... dua-dua air panas. Cuma jenis airnya saja yang tidak sama. Mandi di kolam air panas sering dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Saya petik : *Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan perawatan terapi bagi berbagai jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini. Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan kolam ini tempat yang sering dikunjungi orang ramai.* Sumber : http://wisatamalaysia.kiosgeek.com<http://wisatamalaysia.kiosgeek.com/2009/09/02/kolam-air-panas-ulu-legong-kedah/>juga tertulis di sini http://www.tourism.gov.my<http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=ululegong> Saya petik lagi : *Keistimewaan kolam air panas - ** * - *Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya.* - ** *Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas.* - *Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C.* Sumber : http://www.mdlabis.gov.my<http://www.mdlabis.gov.my/tempat_menarik/air_panas;jsessionid=69884F67EE485368B5E6FC88C8005345?p_p_id=56_INSTANCE_O04f&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-2&p_p_col_count=1&page=4> Tempat-tempat yang disebutkan di atas cuma contoh, tiada kaitan dengan tempat yang dikunjungi oleh ibu saudara saya. Malang, tidak seperti yg diwar-warkan, kolam air panas telah mendatangkan mudharat kepadanya. Kembali kepada tajuk, kebaikan mandi air panas (di rumah) yang sempat saya kumpul : 1. *Diabetis/Kardiovaskular* - Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. 2. *Membuang toksin* - Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. 3. *Selsema dan sakit kepala* - Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. 4. Pengalaman saya sendiri - Berendam selama 30 minit dalam bathtub yang dipenuhi air panas yang dicampurkan dengan garam mandi akan membuatkan *badan terasa ringan dan dapat tidur dengan lena* hingga pagi. Rawatan ini bagus juga untuk *lenguh-lenguh badan dan stress*. Keburukan mandi air panas : 1. Menyebabkan kulit menjadi kering dan melarat kepada gatal-gatal. Kena letak losyen selepas mandi. 2. PESAKIT GANGGUAN JIN TIDAK DIGALAKKAN MANDI AIR PANAS - Bagi pesakit gangguan jin,anda tidak digalakkan mandi air panas kerana jin tu sifatnya dijadikan dari api, ia akan bertambah kuat dan kuat jika kita kerap mandi menggunakan air panas. (Rujuk http://urutdanrawat.com/) 3. Mandi air panas tidak sihat untuk orang lelaki yang sihat. Ia salah satu punca kemandulan dan jika dilakukan banyak kali dalam sehari akan menyebabkan dehydration. Dehydration boleh membawa pengsan, penyebab bengkak atau sakit organ dalaman.Takut kepada air sejuk jika dah terbiasa mandi air panas. (Rujuk bro MannTrex). Pakar sakit tuan juga menyarankan yang sama. *Lelaki kena say no to sauna...* 4. Takutkan air sejuk jika dah terbiasa mandi air panas. Sekian. -- ~ 睡眠不足のママ ~ http://bawangorengnet.blogspot.com Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy 2009/12/10 kamal zaman <kamalza...@gmail.com> > > > > kurang jelas kawan..1. mandi dengan air panas.. 2. mandi dikolam air panas - hot spring.. > > 2009/12/9 BawangGoreng® <bawangor...@gmail.com> >> >> >> >> Salam, >> >> Bro, terima kasih atas perkongsian ilmu. >> >> Saya kongsikan pula kisah arwah ibu saudara saya yang diabetis tegar. Beliau dibawa anak bongsu pergi berkelah ke kolam air panas. Di situ ramai pengunjung mandi-manda dan bermain air (rendam kaki) di kolam. Menurut pengunjung di sana, ramai pesakit kulit/diabetis dll telah pulih selepas mandi/rendam kaki di kolam tersebut. Teruja dengan cerita pengunjung, anak bongsu ibu saudara saya menyuruh ibunya rendamkan kakinya ke kolam air panas tersebut. >> >> Saya tidak berapa mengikuti kisah mereka, tetapi diberitahu ibu saudara yang lain, sejak kaki ibu saudara direndam air kolam itu, kakinya telah luka, berair dan sukar sembuh. Sebulan-dua selepas itu, kaki yang luka itu pula tidak lama kemudian terpaksa dipotong kerana dikuatiri lukanya akan merebak lebih teruk... Mungkin sudah ajalnya tiba, tidak lama selepas kakinya dipotong, ibu saudara saya itu dijemput Illahi. >> >> Mungkin ini salah satu sebab musabab ajalnya, boleh jadi ada perkara lain yang tidak saya ketahui. Benar sekali, rawatan untuk orang lain mungkin mudharat untuk yang lain pula. >> >> Ini kisah air, yang saya terima dari grup lain : >> >> From: Noraliza Mohd Akhir <norali...@moh.gov.my> >> Noraliza Mohd Akhir, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh >> >> Rahsia Di Dalam Ais >> >> “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia” >> >> Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. >> >> Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. >> >> Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.. >> >> Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. >> >> Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. >> >> Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. >> >> Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. >> >> Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. >> >> Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. >> >> Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. >> >> Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. >> >> Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. >> >> Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. >> >> Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. >> >> Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. >> >> Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. >> >> Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. >> >> Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. >> >> Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. >> >> Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.. >> >> Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. >> >> Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. >> >> Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. >> >> Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. >> >> Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. >> >> Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. >> >> Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. >> >> Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. >> >> Wallahu'alam. >> >> -- >> ~ 睡眠不足のママ ~ >> http://bawangorengnet.blogspot.com >> Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy >> >> >> >> 2009/12/10 Mann Trex <manntr...@yahoo.com> >> > >> > >> > >> > Salam alaik, >> > >> > Melalui apa yang Putri katakan, mandi air panas sihat dan memulihkan orang sakit. Ada kebenaran. >> > >> > Tapi mandi air panas tidak sihat untuk orang lelaki yang sihat. Ia salahsatu punca kemandulan dan jika dilakukan banyak kali dalam sehari akan menyebabkan dehydration. Dehydration boleh membawa pengsan, penyebab bengkak atau sakit organ dalaman. >> > >> > Izinkan saya lanjutkan artikel ini. >> > >> > Ada 3 perkara yang patut kita fikirkan apabila ada sebarang cadangan untuk kesihatan: >> > 1. Sebelum mempercayai bulat-bulat sebarang petua turun-temurun sila dapatkan maklumat alternatif mengenainya. >> > --- Contoh A : Petua kata, bila budak demam panas patut diselimutkan supaya cepat berpeluh. Ni adalah petua yang salah sekali kerana ia membawa risiko terencat akal, buta, cacat dan kematian. Sepatutnya untuk demam panas, pesakit perlu suasana yang sejuk, dilapkan dengan air suam suhu badan sehingga patut dimandikan untuk menurunkan haba. >> > --- Contoh B : Petua menasihati, apabila melecoh terkena air panas, seharusnya disapu minyak dan sebagainya. Ni adalah salah kerana ia akan menyebabkan pertambahan kepanasan sehingga menjadi lebih serius. Seharusnya tempat yang melecoh dikenakan air mengalir untuk menyejukkan dan menghilangkan kesakitan. >> > --- banyak lagi contoh. >> > >> > 2. Perlu ketahui bahawa setiap HERBA bukan baik untuk semua orang kerana setiap badan adalah unik. Herba hanya boleh digunakan mengikut sukatan HERBALIS dan perlu pemantauan. Sekarang ini kegilaan kepada Tongkat Ali. Tongkat Ali seharusnya di-EKSTRAK patinya terlebih dahulu sebelum digunakan. Sebaliknya, ada di kalangan pengilang kopi campuran mencampurkan serbok Tongkat Ali terus ke dalam bahan untuk pemprosesan. Ini adalah salahsatu punca sakit buah pinggang dan peningkatan isu bengkak liver dan rosak usus. >> > >> > 3. Sekarang ni di dalam pemikiran orang ramai bahawa air RO, Mineral Water dan 100 Plus adalah sihat, sedangkan mereka: >> > ---- Perlu tahu juga dari mana sumber air-air tersebut. Banyak pengilang RO ingin untung menggila tanpa membuat servis dan pemantauan kepada filem RO membrane yang begitu nipis. Jika koyak walaupun beberapa micron sahaja, nescaya ia menjadi laluan bakteria dan virus berbahaya. >> > ---- Perlu tahu bekas plastik PVC tidak seharusnya mempunyai 6 jenis phlatalates ( telah diharamkan oleh Amerika, Canada, Eropah, Jepun dan Korea ) yang mengharu-birukan sistem hormon jantina insan. >> > ---- Perlu tahu bahawa makanan dan minuman siap yang dikilangkan mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Fikir masak-masak sebelum membelinya. Sifat gula putih menyerupai dadah yang menyebabkan ramai ketagih kepadanya. Kesan gula putih amat buruk kepada kesihatan manusia. >> > >> > Saranan saya >> > Apa yang sesuai untuk orang sakit mungkin tidak sesuai untuk orang sihat & Vice Versa. Perlu mendapat nasihat dan maklumat alternatif sebanyak mungkin terlebih dahulu. Jangan mudah terikut-ikut sesiapapun. Gunakan akal dan ilmu. >> > >> > ------------------------------------------------------ >> > --{ Free Local & International News }-- >> > ........ www.MalaysiaKu.com ......... >> > >> > --------{ Free Arabia Reference }-------- >> > ........www.KenaliArabia.com ... >> > >> > --------{ Free Islamic Reference }-------- >> > ........... www.Nurislam.com ........... ....... >> > ------------------------------------------------------ >> > >> > --- On Wed, 12/9/09, putri noeryn <noe_...@yahoo.com> wrote: >> > >> > From: putri noeryn <noe_...@yahoo.com> >> > Subject: Re: [sim] INFO : Mandi Air Panas >> > To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com >> > Date: Wednesday, December 9, 2009, 1:44 AM >> > >> > >> > >> > salam sejahtera warga SIM semua.. >> > >> > Saya nak kongsi pengalaman famly saya, masa bapa saya kena stroke 2 thn lepas, lumpuh separuh badan. >> > >> > Kitorg adik beradik cuba pelbagai cara untuk mengubati bapa. Selain perubatan traditional, salah satu cara yg kami cuba ialah kaedah mandi di kolam air panas. >> > >> > Seminggu 3 - 4 kali kami bergilir2 bawa bapa pi mandi air panas kat langat.. >> > >> > Alhamdulillah, sekarang ni bapa saya dah bole berjalan, kadang2 cuba2 gak blari walaupun tak sekuat dulu... >> > >> > :) >> > >> > >> > ________________________________ >> > From: lanjut lanjut <lanjut_lanjut@ yahoo.com> >> > To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com >> > Sent: Wednesday, 9 December 2009 3:19:59 >> > Subject: [sim] INFO : Mandi Air Panas >> > >> > >> > >> > salam dan sejahtera buat rakan2 SIM >> > >> > >> > Baru2 ini saya dan rakan2 ada bercerita tentang kelebihan mandi air panas/panas2 suam pada waktu pagi, petang dan malam... >> > >> > oleh itu saya nak buka perbincangan sekiranya ada rakan2 dapat beritahu apa kebaikan dan keburukan mandi air panas nie.. >> > >> > lagi satu kalau ada yang boleh bagi maklumat tentang hasil kajian saintifik pun seronok juga.. >> > >> > >> > tq >> > >> > >> > >> > ________________________________ >> > Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! to put your mind at peace. It's free. >> > Get IE8 here! >> > >> > >> >> >> >> >> >> > >