Salam semua!

Hari ini saya akan berbicara mengenai Lepa Susu.  Dibawah adalah hasil dari
vote bagi "Apakah itu Lepa Susu"
  50.7% dari 67 pengundi menjawap sama seperti mentega

37.3% dari 67 pengundi menjawap gabungan Mentega & Marjerin

10.4% dari 67 pengundi menjawap sama macam marjerin

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai Lepa Susu?  Mungkin ada
antara kita yang belum mengetahui apakah itu lepa susu.   Dari laman web
www.keklapis.com hanya 37.3% menjawap dengan betul iaitu gabungan mentega &
marjerin dan selalunya bila saya menerangkan apakah itu lepa susu di dalam
workshop saya, hampir 70% tidak dapat menggambarkan apakah itu lepa susu.

Lepa susu merupakan campuran mentega & marjerin dan kemudian diperkayakan
rasanya.

*Apakah itu Mentega? *

Mentega diperbuat dari Lemak Susu dari lembu, Air & Garam (ada juga yang
tidak bergaram).  Masih kabur?  Okay sekadar menyebut beberapa jenama seprti
Golden Churn, SCS, Fern dan sebagainya.  Ingat tak? Okay, Mentega juga
dipanggil Pure Butter ataupun Pure Creamery Butter. Kita lihat kandungan
Mentega dengan membuat rujukan kepada Anchor Pure New Zealand Butter
mengandungi Cream, Water and Salt dan keseluruhannya tidak ada campuran
minyak kelapa sawit didalamnya.  Harga pasaran bagi produk mentega ini
berbagai dan bermula dari harga RM4.90 bagi satu ketul mentega yang mempunya
berat 250gram dan boleh menjangkau RM11.00 bagi 200gram bagi satu-satu
jenama seperti President dan sebagainya.
 [image: purebutter.jpg]

*Apakah itu Marjerin?  *

Marjerin diperbuat dari Minyak Kelapa Sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa mengikut jenama
yang berada di pasaran.  Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah
Planta, Daisy dan banyak lagi.  Harganya bermula dari RM4.50 bagi 1kg
sehinggalah RM8.00 bagi 1kg.
[image: b100417.jpg]

 *Apakah itu Lepa Susu?*

Okay, melihat perbezaan harga yang ketara antara Mentega & Marjerin, maka
untuk memberi pilihan kepada pengguna maka Lepa Susu dibuat.  Brand Lepa
Susu yang berada di Malaysia ialah Buttercup, Buttermaid, Farmcows dan
sebagainya.  Anda hanya perlu melihat kandungan dibelakang bungkusan lepa
susu tersebut untuk mengesahkan ia adalah Lepa Susu.Okay, mari kita tengok
apa yang tertulis pada belakang tin Lepa Susu jenama Buttercup - Minyak
Kelapa Sawit, Minyak Isirong Kelapa Sawit, Garam, Lesitin Soya,Lemak Susu
Tulen dll.  Harga lepa susu lebih murah dari mentega tetapi lebih mahal dari
Marjerin.
 [image: images.jpg]

 Bagi pengusaha bakeri, faktor penggunaan bahan ini merupakan kos yang
paling tinggi sekali dalam pembuatan kek.  Justeru itu, tidak hairanlah jika
terdapat pengusaha bakeri yang menukarkan bahan ini kepada bahan yang lebih
murah untuk menjimatkan kos pembuatan dalam bakerinya.  Oleh itu, tidak
hairan juga, tidak terdapat pengusaha yang tidak dapat mengurangkan harga
hasil bakeri mereka kerana kos-kos pembuatan yang tinggi disebabkan
kandungan bahan yang mahal ini.

Para peminat hasil bakeri semestinya mengetahui akan perbezaan rasa hasil
bakeri yang menggunakan pure butter, lepa susu ataupun marjerin.  Selalunya
hasil bakeri yang diperbuat dari marjerin atau lepa susu tidak mempunyai
rasa yang begitu mendalam seperti mentega dan ia juga memberi struktur kek
yang berlainan dari segi kelembapan dan kepadatan..  Bagaimanapun, ia
terpulang kepada kegemaran individu itu sendiri[image: Cool]

Okay, itu sahaja buat hari ini ya.  Sehingga ketemu lagi ya.


-- 
Juraiza aka Nomie
www.keklapis.com

Kirim email ke