sahabatinteraktif  

Re: [sim] ALERT : Pusat asuhan gunakan ubat batuk untuk tidurkan bayi

suhaili abdullah
Tue, 03 Aug 2010 19:17:14 -0700

Kepada saudara is nu,
 
Memanglah saya bagi maklumat berkenaan dengan itu undang2 penubuhan taska.
bukannya undang2 banteras jenayah taska.. tapi sebagai emak bapa, u all semua 
ada hak untuk mengetahuinya bukan.
 
Saya bercakap sebagai, pengusaha sekolah tadika yang berdaftar dengan JPN. 
Walau cuma 3 tadika, ianya cukup memberi penerangan serba sedikit kepada 
sahabat SIM. Kita
tak mahulah, u all hantar anak-anak u ke taska, tadika dan nursery yang tiada 
permit.
 
kalau apa2 berlaku pada anak-anak u all, baru nak saman bawa ke mahkamah. So 
dari awal sebelum hantar anak-anak u all, baik u all tengok betul-betul pusat 
tu.
 
Kepada pengusaha-pengusaha taska, tadika dan nursery yang lain, berkhidmatlah 
dengan jujur. "Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
 


Pengarah Urusan
Wexplorer Network Sdn Bhd
MOHD SUHAILI BIN ABDULLAH

--- On Mon, 8/2/10, is nu <mr.i...@gmail.com> wrote:


From: is nu <mr.i...@gmail.com>
Subject: Re: [sim] ALERT : Pusat asuhan gunakan ubat batuk untuk tidurkan bayi
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Monday, August 2, 2010, 9:18 AM


 



Kepada Suhaili Abdullah,
Awak cam lari topik jer, itu undang2 penubuhan taska....... ...
bukannya undang2 banteras jenayah taska.
Info tu dalam laman web SSM pun banyak.
Harap maklum.
TQ

2010/8/2 linda tawakal <linda_tawakal@ yahoo.com>


 





Saya dah pun bagitau pada Pengasuh Senior tu tentang hal itu. Dua orang 
pengasuh muda tu memang dah berhenti dari nursery tu. Dan, saya juga tidak lagi 
menghantar anak2 ke nursery tersebut.





From: haiza kamarudin <kamariffin78@ gmail.com>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Fri, July 30, 2010 2:12:41 PM

Subject: Re: [sim] ALERT : Pusat asuhan gunakan ubat batuk untuk tidurkan bayi

 








patutnya u terus kena report.anak u slamat.anak org lain?klo disbbkn perkara 
ini menyebbkn berlaku kematian dan sebagainya adakah baru u akan buka 
mulut?spttnya kita sm2 tgggjawab.jumpa mak bpk anak2 tu dan bgtauhu.sbb mmg 
jelas dorng ngaku.saya tak fkr pngasuh tu punya idea bg ubt batuk slp2 tokeynya 
yg suruh.




2010/7/30 Linda <linda_tawakal@ yahoo.com>


 



Benar. Pengalaman saya sebelum ini yg telah menghantar 2 orang anak ke sebuah 
taska di sekitar Johor sini (nama taska tersebut dirahsiakan) mendapati 
terdapat 2 orang pengasuh (pengasuh muda) telah memberi ubat batuk kpd 
anak-anak di taska.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2009. Saya telah pergi membuat pemeriksaan 
mengejut ke taska tersebut di antara 11.30 pagi - 12.00 tengah hari. Saya 
sendiri nampak kejadian tersebut. Saya telah menegur pekerja2/pengasuh di taska 
tersebut apakah yg diberi kpd anak2 tersebut? Mereka menjawab, mereka memberi 
ubat batuk. Saya yg tidak berpuas hati terus bertanya, mengapa pula diberi ubat 
batuk? Pekerja itu menjawab, anak2 yg susah nak tidur pada waktu tengah hari 
akan diberi ubat batuk supaya cepat tidur & tidak menyusahkan kerja mereka.

Kemudian, saya bertanya lagi,..Adakah anak2 saya diberi minum ubat batuk? 
Mereka jawab, Tidak. Dalam hati saya, saya tidak percaya pada kata-kata 
pengasuh/pekerja muda itu & memberitahu kepada Pengasuh Senior tentang hal itu. 
Dan, saya memberi amaran jika saya mendapati anak2 saya diberi minum ubat batuk 
utk mudah tidur pada waktu tengah hari, saya akan mengambil tindakan undang2. 
Ini kerana pada masa itu saya mempunyai seorang kenalan Peguam yg berdekatan 
dgn taska tersebut.

Setiap hari, apabila mengambil anak2 pulang dari taska saya pasti akan bertanya 
anak yg tua adakah dia & adiknya diberi minum ubat warna hitam? Anak saya jawab 
tidak.

Beberapa bulan kemudian, kedua-dua pengasuh muda tersebut telah berhenti kerja. 
Yang pasti, seorang berkahwin & seorang lagi tidak tahu pergi ke mana...


--- In SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, is nu <mr.i...@...> wrote:
>
> TUAN MOD, MINTA LALUAN UNTUK PENDAPAT KOMUNITI MAYA
>
> ADA SATU KHABAR ANGIN MENGATAKAN TERDAPAT BEBERAPA NURSERY DI NEGARA KITA
> MENGGUNAKAN UBAT BATUK *SETIAP HARI *UNTUK MENIDURKAN BAYI SUPAYA TAK
> MERENGEK / TIDUR SEPANJANG HARI SEBELUM IBU BAPA AMBIL MEREKA SELEPAS WAKTU
> BEKERJA.
> HARAP SESIAPA YANG ADA INFO SILA BERITAHU
>
> TERIMA KASIH
>