*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKRAR: SIDANG PEJUANG-PEJUANG PATANI
31 hb Ogos 1989

Bahawa kami pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang pembebasan Patani dengan penuh 
semangat jihad dan perpaduan berikrar untuk meneruskan perjuangan kami sehingga 
mencapai kemerdekaan;

MENYEDARI bahawa perjuangan ini adalah perjuangan hak asasi yang suci dan mulia yang 
memerlukan penggemblengan tenaga dan kerjasama seluruh rakyat;

BAHAWA penyatuan tujuan dan penyelarasan tindakan telah dicapai dan dimeteraikan di 
kalangan pejuang-pejuang dengan penuh rasa tanggungjawab;

MENYEDARI hakikat sejarah bahawa Patani pernah menjadi sebuah negara Islam yang 
berdaulat dan merdeka dan berdaulat di Nusantara;

DAN sebagai menyahut kebangkitan rakyat demi mengembalikan hak dan kedaulatan negara 
Patani;

DENGAN ini kami mengisytiharkan bahawa:

1. Perjuangan pembebasan Patani ialah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan mutlak 
demi mewujudkan sebuah negara Melayu Islam yang berdaulat;

2. Perjuangan kami adalah perjuangan jihad bersenjata  yang diwajibkan oleh Islam dan 
didukung oleh rakyat Melayu Patani;

3. Kami menentang segala dasar dan polisi penjajah Thai yang sentiasa berusaha untuk 
menghapuskan akidah bangsa, bahasa dan kebudayaan Melayu Patani;

4. Kami menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan pencabulan hak-hak asasi 
manusia sama ada dalam bentuk pembunuhan, penahanan tanpa perbicaraan, penganiayaan 
dan diskriminasi;

5. Kami menentang segala bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak dengan penjajah Thai 
dalam mengambil faedah dan menikmati sumber-sumber ekonomi dan kekayaan bumi Patani;

6. Kami akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengan penjajah 
Thai yang dianggap mengkhianati perjuangan rakyat Patani;

7. Kami menggesa semua umat Islam membantu perjuangan suci kami;

8. Kami menyeru negara2 dan pertubuhan2 yang cintakan kebebasan, keadilan dan 
kedamaian supaya memberi sokongan moral dan material terhadap perjuangan rakyat Patani;

9. Kami akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembebasan dan pencinta kedamaian di 
seluruh dunia terutama dengan gerakan-gerakan Islam;

Pengisytiharan ini adalah hasil daripada persidangan di atas yang dianjurkan oleh 
pihak yg berkenaan dan dihadiri oleh pemimpin dan pertubuhan2 pembebasan di bawah ini:

Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP)
Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN-Kongres)
Gerakan Mujahidin Patani (GMP)
Patani United Liberation Organization (PULO)

Semoga Allah memberi pertolongan terhadap perjuangan kami.


[Dipetik drpd buku "Hidup Mati Bangsa Melayu Patani"]

Free email from http://www.yourmail.cc with choice of domain
and multiple personalities

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Yahya Ayyash" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke