Bacaan ini cocok untuk yg punya pikiran jahiliyah ttg wanita ( Wanita itu murah 
):
   
  Wanita Zaman Jahiliyyah
   
   
  KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM
  Kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai kedudukan kaum wanita menurut 
agama dan juga bangsa sebelum Islam. Ia bertujuan untuk memberikan keyakinan 
kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam bagaimana Islam telah merubah 
kedudukan dan pandangan terhadap kaum wanita daripada kaum lemah yang dipandang 
hina kepada suatu kaum yang diberikan kedudukan mulia dan setaraf dengan kaum 
lelaki walau pun di sana ada sedikit perbezaan.
   
  
Pertama : Kedudukan Wanita Mengikut Bangsa
1 . Wanita Yunani Kuno
Negara Yunani atau Grik di zaman silam merupakan suatu bangsa yang mempunyai 
tamadun tersendiri. Kota Athenes merupakan sebuah kota ilmu pengetahuan dan 
falsafah, kedoktoran dan sains. Wanita pada pandangan masyarakat Athenes kuno 
adalah paling rendah di mana mereka boleh dijual beli sebagaimana barangan 
perniagaan yang lain. Wanita tidak dibenarkan menguruskan sesuatu selain 
daripada urusan tumahtangga dan pndidikan anak-anak. Manakala kaum lelaki 
dibenarkan mengahwini seramai mungkin perempuan mengikut keinginan mereka tanpa 
mempunyai syarat dan peraturan. Kaum lelaki Sparte iaitu ibu kota Yunani Kuno 
pula tidak membenarkan lelaki mengahwini wanita lebih daripada seorang kecuali 
jika perlu sedangkan kaum wanita dibenarkan bersuami dengan seberapa ramai 
lelaki yang menyebabkan menjadi kebiasaannya kaum wanita mempunyai ramai suami. 
Kaum wanita juga tidak dibenarkan menerima pusaka. Ini merupakan suatu adat 
yang paling buruk yang berlaku dalam masyarakat Yunani yang
 dianggap bertamadun pada zaman silam.
  2 . Wanita Rom
Kaum wanita dianggap seperti najis dan mereka dipandang sebagai benda yang 
bernyawa dan tidak kekal hidup di akhirat. Mereka tetap diwajibkan berbakti 
kepada Tuhan dan berkhidmat untuk kaum lelaki disamping mereka dilarang 
daripada berbicara dan ketawa. Oleh itu semasa mereka berjalan dijalanan atau 
pun berada di rumah, mulut mereka dikunci dengan besi.Mereka turut dilarang 
memakan daging.
Amalan poligami turut berkembang dalam masyarakat Rom berdasarkan kepada adat 
bukannya undang-undang. Tetapi ketika Valentian II menjadi raja Rom, dia telah 
mengeluarkan suatu perintah rasmi yang membolehkan setiap rakyat Rom mengahwini 
seramai mungkin perempuan mengikut keinginan. Perintah ini diteruskan oleh 
pemerintah Rom selepasnya sehingga datangnya Kaisar Justinianus yang telag 
menggubalkan undang-undang yang tidak membenarkan poligami. Namun begitu lelaki 
Rom tetap meneruskan adat mengahwini wanita lebih daripada seorang terutama 
para pembesar dan orang atasan. Dalam pada itu kebanyakan rakyat Rom tidak 
menentang perundangan baru yang tidak membenarkan poligami.
  
3 . Wanita Parsi
Bangsa ini turut menghina dan merendahkan martabat kaum wanita disamping 
membasmi kaum ini dari muka bumi. Pernah diriwayatkan ketika Mazda yang mengaku 
dirinya menjadi pengganti Zaratustra pada permulaan abad ke - VI diperintahkan 
kepadanya agar memberi hak sama rata kepada kaum lelaki untuk memiliki 
harta-bendanya manakala kaum wanita ditunjukan haknya sebagaimana binatang 
iaitu hanya api, air dan rumput. Kaum wanita hanya dijadikan habuan kepada 
nafsu buas lelaki di mana amalan memiliki gundik tidak terbatas begitu juga 
dengan perzinaan. Bangsa Parsi tidak mengenal peraturan perhubungan antara 
lelaki dengan perempuan. Perempuan dijadikan barang dagangan dan seperti 
perhiasaan di mana bila dikehendaki mereka diguna tetapi bila sudah jemu mereka 
disingkirkan atau dibunuh.
  4 . Wanita India
Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana 
isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang 
isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan 
yang setia.
Menurut keterangan para sarjana bahawa di India sehingga tahun 1885 setiap 
tahunnya kira-kira 8000 jiwa anak perempuan dibunuh oleh ibunya sendiri. Inilah 
ia antara kezaliman dan penindasan yang tidak terbatas yang dilakukan dalam 
masyarakat Indi terhadap kaum wanita.
  5 . Wanita Tionghoa
Bangsa ini turut merendahkan kaum wanita seperti kata Kong Hu Tju : "Bagi 
perempuan tidak boleh memerintahkan dan melarang apa jua pun dan amal perbuatan 
mereka harus dibatasi dalam urusan rumah tangga sahaja". Menurut suatu riwayat 
bahawa pernah berlaku pada zaman Kon Fu Sius perbuatan menanamkan orang 
perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi kebiasaan di tanah 
Tiongkok semenjak tahun 580 S.M. Turut diriwayatkan bagaimana para isteri 
orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi 
antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya 
sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan 
dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka. Inilah ia antara amalan 
yang buruk dan zalim yang dilakukan terhadap kaum wanita dalam masyarakat 
Tionghoa.
  6 . Wanita Bangsa Arab Jahiliah
Bangsa arab turut memandang hina kepada kaum wanita di mana mereka merasa malu 
jika isteri melahirkan anak perempuan. Malah mereka sanggup membunuh atau 
menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan 
kepapaan. Jika mereka membiarkan anak perempuan itu hidup maka dia akan 
dikerahkan untuk membuat pekerjaan yang berat dan tidak sesuai untuknya. Paling 
tinggi anak perempuan itu dijadikan alat untuk memuaskan nafsu buas lelaki dan 
dipermadukan tanpa batasan. Begitu jarang perempuan yang terpelihara kehormatan 
mereka di kalangan masyarakat arab.
  Perempuan yang telah ditinggalkan suami akan diasingkan di suatu tempat lain 
di mana dia mesti memakai pakaian yang seburuk-buruknya dan dilarang keras 
memakai bau-bauan selama setahun. Setelah cukup setahun maka akan dibawa kepada 
perempuan itu seekor kambing atau keldai yang bertujuan supaya dia menyentuhkan 
kemaluannya kepada binatang tersebut. Sesudah itu dia akan diberi pula kotoran 
unta yang kemudian akan dilemparkannya. Sesudah itu barulah dia boleh keluar 
dari rumahnya dan dibenarkan menjalankan aktiviti hidup sebagaimana biasa.
  Sebahagian orang arab jahiliyah meletakkan perempuan atau isteri ke dalam 
kumpulan harta pusaka bapa atau suami iaitu setaraf dengan barangan pusaka yang 
lain. Oleh itu, anak lelaki yang menerima pusaka bapa boleh menagmbil balu 
bapanya sebagai pusaka. Mereka juga menjadikan wanita sebagai salah satu 
warisan yang akan diambil atau dipergunakan oleh pewaris secara paksa di mana 
ketika si anak mengenakan bajunya ke atas balu bapanya sambil berkata : " Aku 
mengambil dia ini sebagaimana aku menerima barangan pusaka bapaku ".
  Sehubungan dengan ini, ketika dia ingin mengahwininya maka dia akan terus 
menggaulinya tanpa maskahwin lagi atau pun bekas isteri bapanya boleh 
dikahwinkan dengan siapa sahaja yang dipersetujuinya. Manakala maskahwinnya 
diserah kepada siapa yang memperkahwinkannya atau pun dia tidak dibenarkan 
berkahwin terus agar dia dapat si anak dapat memiliki harta wanita tersebut 
selepas kematiannya. Menjadi adat mereka lagi bapa akan melarang anak 
perempuannya daripada berkahwin sehinggala si anak perempuan itu dapat 
meninggalkann untuknya apa-apa yang pernah dimilikinya. Demikian juga seorang 
suami yang menceraikan isterinya akan menghalangnya daripada berkahwin lain 
sehingga dia dapat mengambil sesuatu hartanya mengikut kemahuannya. Iddah bagi 
perempuan yang dicerai tidak terbatas hadnya iaitu selagimana bekas suaminya 
masih mahu mengambilnya kembali maka sehingga itu dia tidak membenarkan 
isterinya berkahwin dengan orang lain. Si suami bersikap bengis terhadap 
isterinya dan tidak
 menceraikannya sehingga ada juga yang tidak menyerah maskahwin kepada 
isterinya. Inilah antara penderaan terhadap kaum wanita yang begitu jelas 
kezalimannya.
  Perempuan yang sedang datang haidh tidak boleh mendekati suaminya malah tidak 
dibenarkan makan bersama-samanya.
  Kedua : Kedudukan Wanita Mengikut Agama
1 . Wanita menurut agama Hindu Brahma
Para pengikut agama Hindu Barhma menganggap perempuan sebagai kaum yang hina 
dan tidak mempunyai sesuatu hak dalam masyarakat. Mereka sanggup 
memperdagangkan atau menjual-beli orang perempuan. Malah ramai perempuan yang 
dibakar hidup-hidup kerana fanatik disebabkan khurafat dan kurang penghargaan 
terhadap jiwa manusia yang terdapat dalam diri perempuan.
Mereka juga menganggap bahawa perempuan haidh itu najis di mana mereka percaya 
bahawa darah haidh berbisa yang boleh membunuh manusia. Oleh itu perempuan yang 
datang haidh mesti dijauhkan daipada masyarakat, dipisahkan daripada bergaul 
dengan orang lain terutama suami dan anak-anaknya.
Kehidupan perempuan hanya di dalam rumahtangga dan tidak boleh memerintah 
tetapi mesti patuh kepada arahan lelaki sepanjang masa.
  2 . Wanita menurut agama Yahudi dan Kristian
Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi dan Kristian maka dapat 
disimpulkan bagaimana kedudukan wanita begitu hina sekali dalam agama mereka. 
Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala 
pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau 
penipuan dan tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya di 
mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dlilarang belajar ilmu 
pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Inilah ia antara penghinaan terhadap 
kedudukan wanita dalam agama Yahudi dan Kristian.
  Setelah kita memerhati semua pandangan dan adat yang ada samada mengikut 
bangsa atau pun agama selain daripada Islam maka dapatlah disimpulkan bagaimana 
martabat kaum wanita adalah begitu hina dan rendah di sisi mereka. Wanita tidak 
pernah diakui keistimewaan dan hak mereka dengan sewajarnya. Oleh itu dalam 
mencari kebahagian dan kemulian hidup maka kaum wanita perlu kepada 
pengiktirafan dan pengakuan tentang martabat dan kedudukan mereka yang 
sebenarnya. Oleh itu Islam telah menghapus dan membasmi penghinaan terhadap 
kaum wanita yang tidak mampu dipertikai oleh sesiapa pun.
  
Oleh : Al Asyqar
  Rujukan
1. Nilai Wanita, K.H Moenawwar Chalil,Cv Ramdhani Solo
2. Hak Dan Kebebasan Wanita Islam, Prof. Dr M 'Atiyyah Al-Abraasyi, terjemahan 
Dr Ruhani, Pustaka ASA
3. Muslimat Pembangunan Ummah, Ustaz Harun Taib, Pustaka Istiqamah
4. Persoalan Wanita dalam Islam, Muhammad Quthub, Darul Fikir
5. Mukminah Solehah, Imam Hasan al-Banna, Dr Musatafa as-Sibai;e dan Abu Hasan 
Ali an-Nadawi, Pustaka Ikhwan
   
   

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke