sobat-azzam  

sobat-azzam : Lembar Terlepas edisi CXII (Wanita di mata lelaki)

Muhamad Rifki Setyadji
Mon, 09 Jan 2006 10:37:26 -0800

Assalamualaikum w.b.t..

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang 
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan 
iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. 
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan 
berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang 
perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita 
berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut 
wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke 
bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka 
mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu 
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. 
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, 
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata 
lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu 
membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu 
akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai 
kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan 
dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita 
itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu 
bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak  besar 
sedikit, nafsu kami l laki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan 
dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu 
untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan 
kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, 
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan 
wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi 
bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah 
pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu 
wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya 
yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih 
baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan 
tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah 
jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, 
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita 
telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan 
keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita 
agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung 
kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat 
dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang 
memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata 
kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi 
oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wassalam.




~ Keep Amar Ma'ruf Nahi Munkar on the Net, euy! ~

--
Official Website : http://www.sobat-azzam.info
Contact : admin at sobat dash azzam dot info 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/sobat-azzam/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


  • sobat-azzam : Lembar Terlepas edisi CXII (Wanita di mata lelaki) Muhamad Rifki Setyadji