Artikel ini terbit dalam Suara terbaru, bilangan 56. Ia merupakan sebahagian 
daripada pembentangan dalam Konvensyen PADU pada 27 Oktober 2004 di Kuala 
Lumpur

PROJEK MEMBINA NEGARA GAGAL
uSAHA PECAH DAN PERINTAH BERTERUSAN

Dr Syed Husin Ali

Salah satu cabaran dan tugas rakyat dan pemimpin sesebuah negara yang pernah 
dijajah  ialah untuk membina sebuah negara moden yang bersatu padu, makmur 
dan bahagia. Cabaran dan tugas ini adalah sulit, tetapi lebih sulit lagi 
bagi negara yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa seperti Malaysia.

Sebenarnya, selepas hampir setengah abad merdeka, usaha membina negara 
(nation building) di Malaysia ini belum berjaya diasaskan. Saya bimbang, 
walaupun keadaan selalu nampak tenang di permukaan, namun masih banyak yang 
bergelora di bawah. Dalam keadaan dan suasana tertentu gelora itu boleh 
meletup ke permukaan sehingga merosakkan bahkan mengkaramkan bahtera yang 
kita percaya sedang cuba belayar menuju ke arah kestabilan politik.

Memang benar bahwa negara ini tidak pernah mengalami perang atau 
pemberontakan kaum seperti yang telah berlaku di Bosnia, Sri Lanka, Ruanda 
dan Fiji. Namun, malangnya kita telah banyak juga mengalami pembuhuhan atau 
pertentangan kaum, walaupun  tidak dalam jangka waktu yang panjang dan cuma 
dalam kawasan terbatas. Saya selalu berperasaan takut sekiranya malapetaka 
seperti Peristiwa 13 Mei bukan saja berulang lagi, bahkan berlaku dengan 
skala yang lebih besar.

Pemimpin pemerintah acap kali menuduh parti-parti pembangkang suka 
menimbulkan kekacauan yang merosakkan kestabilan. Ini tidak benar. Kalau 
hendak membuat kacau mereka boleh berbuat demikian. Tetapi sebenarnya, sikap 
dan tindakan kebanyakan pemimpin dan parti pembangkang sangat membantu 
kestabilan berterusan. Dengan ini saya tidak pula menafikan bahwa ada 
unsur-unsur kaum dan agama yang sempit serta tidak sihat yang boleh 
menimbulkan bahaya politik walaupun golongan mereka kecil.

Sesungguhnya dari segi ini sesetengah pemimpin dan parti utama pemerintah 
lebih besar dosa mereka. Sebabnya, parti-parti yang mereka pimpin terbatas 
kepada satu kaum. Dasar atau agenda yang mereka kemuka atau warwarkan 
bercorak perkauman. Pada ketika-ketika tertentu, apabila mereka lemah 
diancam perpecahan atau semasa menghadapi pilihanraya mereka menimbulkan 
ketakutan kaum. Mereka menggunakan alat-alat negara dan  media yang mereka 
kuasai untuk memukul gendang dasar usang pecah dan perintah.

Apabila ekonomi utuh dan kemajuan baik, perkara ini kurang mengancam 
keharmonian  kaum dan kestabilan politik. Akan tetapi, sebagaimana yang 
banyak kali kita alami, dalam keadaan ekonomi lemah, menguncup dan 
menghadapi krisis,  konflik kaum menjadi bertambah runcing dan mencabar 
kestabilan politik. Negara kita ini mempunyai banyak sumber kekayaan tetapi 
penduduk yang tidak begitu ramai. Malangnya kekayaan tidak teragih secara 
adil dan dimonopoli oleh sebilangan kecil saja yang kuat kedudukannya.

Sebelum dan sewaktu Perhimpunan UMNO baru-baru ini pemimpin dan media begitu 
banyak memperkata tetang jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Ini memang 
wujud dan masih serius. Akan tetapi terdapat juga jurang bertambah lebar di 
antara golongan berada atau kaya dengan golongan tidak berada atau miskin. 
Jurang ekonomi, terutama antara kaum dan kelas  boleh menjejas buruk 
hubungan sosial. Ekonomi yang tidak utuh sebab berasaskan pembahagian tidak 
adil boleh menggoncang kestabilan politik.

Selain itu kita dapati negara seperti Malaysia, yang mengamalkan sistem 
ekonomi bebas, terletak di bawah banyak pengaruh globalisasi yang negatif. 
Pengeluaran dan pengeksportan sumber-sumber semula jadi dan juga industri 
buatan bergantung kepada pasaran dunia yang sekarang ini dikuasai oleh 
Amerika Syarikat dan segelintir negara yang  kuat serta berkuasa. Begitu 
juga import bahan-bahan penting, dari makanan kepada jentera berat, 
kebanyakannya  bergantung kepada negara-negara ini.

Proses globalisasi yang tidak terkawal mengakibatkan meluasnya penjajahan 
bentuk baru yang boleh melemahkan keutuhaan ekonomi negara dengan meneruskan 
penindasan serta melanjutkan kemiskinan di kalangan rakyat. Satu aspek lain 
yang tidak boleh dipandang ringan ialah di rantau Tenggara Asia, seperti di 
Timur Tengah, petroleum terdapat terutama sekali di negara-negara yang 
mempunyai ramai penduduk Islam.

AS menganggap Tenggara Asia sebagai fron kedua bagi memerangi pengganas 
antara bangsa, yang dikaitkan dengan beberapa buah negara majoriti Islam di 
rantau ini. Adakah seperti di Timur Tengah, perang menentang pengganas dan 
menguasai petroleum akan digabungkan dalam satu strategi penaklukan di 
Tenggara Asia kelak? Ada bahayanya perkara ini boleh berlaku. Jikalau 
berlaku, kestablilan politik dan keuntuhan ekonomi negara pasti akan 
terancam.

Di Malaysia, seperti di banyak negara membangun, kuasa politik dan kekayaan 
ekonomi semakin bertumpu kepada segelintir orang yang semakin kecil 
bilangannya. Jurang ketidaksamaan sosio-ekonomi semakin melebar. Yang kaya, 
dari semua kaum,  menjadi bertambah kaya melalui sistem kronisme, amalan 
korupsi dan juga dengan menyalahguna hak istimewa Melayu. Sungguhpun 
kemiskinan mutlak berkurangan, tetapi kemiskinan perbandingan semakin serius 
dengan bertambah lebarnya jurang sosio-ekonomi.

Masalah politik dan ekonomi ini menjadi bertambah kompleks oleh kerana 
kedudukan sistem pendidikan dan kesihatan Negara yang semakin rumit dan 
merosot. Dalam bidang pendidikan kita melihat perkembangan dua sistem, 
iaitu: awam dan swasta. Dalam sistem awam, dari peringkat rendah hingga 
universiti, sebahagian besar murid/pelajar  adalah Melayu yang mengikuti 
sekolah aliran kebangsaan/Melayu. Ramai mereka datang dari masyarakat desa 
dan dari keluarga yang tidak begitu kukuh kedudukan ekonomi.

Sebaliknya, kebanyakan yang swasta terdiri dari orang bukan Melayu 
(khususnya Cina)dan juga bilangan Melayu yang bertambah. Mereka belajar 
dalam bahasa Inggeris, dan ramai mereka mempunyai keluarga berkemampuan 
mengongkosi pendidikan yang mahal. Ada yang tidak mampu pun terpaksa ke 
aliran swasta oleh kerana aliran awam tidak mempunyai tempat untuk menampung 
mereka, walaupun mereka berkelaykan. Dalam dua sistem yang terpisah ini ada 
tersemat rasa tidak puas hati dengan polisi pemerintah berkaitan  tempat, 
kursus, biasiswa, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Sistem swasta ini bukan saja terdiri dari sekolah, kolej dan universiti yang 
menggunakan bahasa Inggeris. Selain ini, sudah lama wujud sekolah, kolej dan 
universiti menggunakan bahasa Tionghua, yang dibina dan ditanggung oleh 
masyarakat Tionghua sendiri. Mula-mula mereka mahu mempertahan bahasa, 
budaya dan identiti bangsa, yang merupakan hak asasi mereka. Sekarang ini 
semakin ramai pergi ke institusi Tionghua sebab mereka kurang percaya kepada 
mutu pendidikan awam dan juga senyap-senyap mahu merakamkan rasa tidak puas 
hati dan bantahan mereka terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Jangan lupa, 
hal ini berlaku juga di kalangan orang Melayu/Islam yang memilih untuk 
menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat, yang hendak ditutup.

Begitu juga dengan kesihatan. Bukan saja wujud hospital awam dan swasta, 
yang mangasingkan mereka berkemampuan pada umnya dengan mereka yang tidak 
berkemampuan umumnnya. Sedikit sebanyak kadar kemampuan ini bertindih dengan 
kaum dan keturunan pula. Lebih serius lagi, semakin ramai sekarang ini orang 
Tionghua yang berpaling kepada rawatan tradisional, dan pergi ke �hospital 
Tionghua� yang semakin bertambah atau semakin besar dengan sokongan kewangan 
masyarakat sendiri.

Tidak ada salahnya berpaling kepada rawatan tradisional, kerana bukan saja 
orang Tionghua, bahkan orang Melayu, India dan lain-lain berbuat demikian 
juga. Begitu juga tidak ada alasan untuk menyekat, apatah lagi menghapus, 
hospital masyarakat.Yang hendak saya tegaskan ialah pengasingan atau 
pemisahan yang berlaku dalam bidang pendidikan dan  kesihatan menjelmakan 
keretakan dalam masyarakat. Ia boleh menambah burukkan ketegangan dan 
keretakan dalam bidang politik dan ekonomi.

Semua ini menunjukkan bahwa, selepas hampir lima puluh tahun merdeka, 
pemerintah telah gagal dalam proses untuk membina bangsa moden yang bersatu, 
makmur dan bahagia. Sebabnya jelas. Pemerintah sekarang masih mengamalkan 
dasar serta tindakan yang tidak terlepas daripada ikatan perkauman. Mereka 
tidak berani menggalakkan nilai serta cara berfikir yang benar-benar tidak 
perkauman; mereka tidak berani melaksanakan dasar-dasar dan 
tindakan-tindakan yang adil dari segi ekonomi, politik dan sosial yang tidak 
perkauman.

Jikalau mereka tidak mempunyai �political will� untuk membina parti politik 
yang tidak perkauman, susah kita hendak mempercayai bahwa pemerintah 
benar-benar mempunya cita-cita untuk membina sebuah negara bersatu padu yang 
boleh memberi keadilan untuk semua. Kadangkala hati kecil kita bertanya: 
adakah pemerintah hari ini memang sengaja mahu perbezaan dan pemisahan kaum 
terus berlanjutan supaya mudah mereka  melanjutkan dasar pecah-pecah dan 
pemerintah untuk terus berkuasa?

Tamat

_________________________________________________________________
Using a handphone prepaid card? Reload your credit online! 
http://www.msn.com.my/reloadredir/default.asp



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/1dTolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke