Putera Melayu � memartabatkan suara anak muda untuk perjuangan Alif, Ba, Ta
�
Tetapi itu sekadar hipotesis-hipotesis nakal yang mungkin berniat membangkitkan kekecohan dalam parti. Semoga ia tidak berlaku. Dalam tinjauan awal, kita lahirkan rasa sukacita dengan penubuhan Putera Umno ini.
Penukaran nama daripada Briged Putera�Putera Umno sudah pun membayangkan penghormatan secara tersirat. Moga-moga suara anak-anak muda Melayu semakin meriah dan dihormati di mana-mana. Mungkin daripada gerak kerja sosial, maka ia akan berubah kepada gerak kerja yang bakal mengambil peranan untuk membawa keprihatinan masalah pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera di negara kita. Ini lebih bermanfaat.
Misalnya, kajian pada 2003 bertajuk Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang pada Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang di USM mendapati kekurangan berat badan atau zat pemakanan adalah punca kemerosotan murid-murid sekolah rendah sebahagian besarnya kaum Melayu dalam pelajaran.
Kira-kira 60 peratus murid Tahun Empat,
Mengenai masalah kemiskinan Melayu Pulau Pinang pula, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam kenyataannya beberapa tahun lalu pernah menyebut bahawa Melayu Pulau Pinang kelihatan tidak berubah sejak era penjajahan Jepun dulu. Kalaulah hal ini diabaikan Putera Umno dan pelajar Melayu khususnya di Pulau
Genap setahun usia Kementerian Pengajian Tinggi, maka seharusnya kementerian ini bertindak pro-aktif ke arah memartabatkan perjuangan pelajar Melayu di bumi sendiri. Bukan sahaja keahlian Putera perlu digalang sendiri oleh Pemuda, bahkan tanggungjawab ini terpikul sama oleh kementerian juga. Dan sudah tentu, universiti bertaraf antarabangsa dan penyelidikan seperti USM sepatutnya memikul amanah ini untuk kemaslahatan orang Melayu di negeri ini. Pendek kata, keahlian Putera perlu dibuka kepada mahasiswa.
Di Selangor, sebuah akhbar melaporkan kira-kira 18,402 Putera telah didaftarkan. Jumlah ini sebenarnya masih rendah kerana ahli Pemuda dari 18 � 25 tahun akan menjadi ahli Putera secara langsung. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo menyarankan agar Pemuda mensasarkan 10,000 ahli baru di bahagian masing-masing dalam tempoh dua bulan agar mencapai sasaran 28,000 ahli.
Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata hal ini tidak mempengaruhi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1971 kerana gerakan itu tidak bersifat politik. Beliau selaku Menteri Pelajaran berkata: � � kumpulan (Putera) ini yang membantu Pemuda menggerakkan aktiviti untuk manfaat golongan tersebut�.
Tapi, ada beberapa seksyen di dalam AUKU yang menyekat kehadiran Putera ke dalam universiti. Antaranya ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4).
Seksyen 15 (1), AUKU memperuntukkan: �Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, � kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor�.
Seksyen 15 (2): �Tiada suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, � kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor�.
Seksyen 15 (3) dan (4) lebih berat kerana mana-mana pelajar atau pun pergerakan pelajar tidak dibenarkan membuat suatu yang boleh ditafsir sebagai menyatakan simpati, sokongan terhadap mana-mana parti politik dan sebagainya. Kedua-dua seksyen ini pula tiada pengecualian langsung daripada Naib Canselor.
Sekadar menukilkan beberapa contoh Melayu Pulau Pinang yang terpinggir dalam arus kemodenan, beberapa tahun lalu, Pemuda UMNO Tanjung mengadakan demonstrasi berdekatan Lorong Selamat agar kerajaan negeri membina rumah orang Melayu di tengah bandar. Kemudian, isu enam buah rumah penduduk Melayu di Lebuh Hutching yang mengalami masalah yang sama.
Demikian juga dengan kuarters kerajaan di Jalan Haji Zainal Abidin dan Lorong Selamat yang dirobohkan. Kali terakhir saya dan rakan-rakan membuat tinjauan, sebuah bangunan Kristian sedang dalam pembinaan di sekitar tanah perkuburan Yahudi (Jewish Cemetery) di belakang Menara Umno.
Dengan kepelbagaian mehnah dan tribulasi yang kian mencengkam Melayu Pulau Pinang, maka di manakah suara Putera Melayu? Secara tidak sedar, kita telah meletakkan Putera Umno di universiti-universiti di �Tanjung� dalam dilema. Mereka ingin membantu masyarakat sekitar, tetapi kekangan akta-akta ini membunuh daya kreativiti mereka.
Itu belum dikira dengan gelagat lumba haram muda-mudi Melayu sekitar Gelugor berhampiran USM saban malam minggu. Pelajar Melayu universiti prihatin tentu berasa terpanggil bagi memperbaiki hal ini. Pendekatan kaunseling rakan sebaya amat berfaedah daripada perlumbaan bersama polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain.
Kelahiran Putera tepat pada masanya. Perubahan mesti dilakukan segera. Oleh itu, Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang yang baru diusul oleh Majlis Peguam perlu peka dengan dilema ini. Bagi membolehkan keterlibatan Putera dan meraikan keinginan pelajar universiti untuk memasuki Putera Umno, maka beberapa seksyen dalam AUKU seperti di atas, adalah disyorkan dengan beberapa pindaan.
Kita harap �suara� orang muda dalam Putera Melayu tidaklah dipinggirkan oleh Umno. Jangan dilupakan bahawa Sulalatus Salatin pernah merakam kisah seorang budak yang dibunuh setelah beliau memberi pandangan mengenai kaedah yang berkesan untuk mendepani serangan todak dari laut. �Kesilapannya� hanya satu; kerana dia mengangkat suara dan pandangannya di hadapan penguasa demi menolong rakyatnya yang menderita.
Bencana Tsunami dari laut juga memperlihat kesungguhan putera-puteri Melayu dan pelbagai ras daripada seluruh universiti yang turun
UNDIAN
1. Pada pandangan anda, adakah Umno / Pemuda akan memberikan ruang kepada Putera untuk melontarkan pandangan, usul dan cadangan mereka dalam sebarang keputusan, seperti melantik kepimpinan Pemuda dan lain-lain?
(http://groups.yahoo.com/group/GARAP-Net/surveys?id=12005717)
2. Pada pandangan anda, adakah Dewan Rakyat akan meminda atau memansuhkan Seksyen 15 (1), (2), (3) & (4) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971), Pindaan 1975 [Akta 30] bagi membolehkan keahlian / pendaftaran Putera Umno dalam kalangan pelajar-pelajar universiti?
(http://groups.yahoo.com/group/GARAP-Net/surveys?id=12005718)
http://www.mahasiswanegara.net
http://www.idealis-mahasiswa.net
http://ibnuamir77.fotopages.com
http://ibnuamir.multiply.com (http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/18)
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Yahoo! Messenger
Show us what our next emoticon should look like. Join the fun.
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
