Beberapa Pandangan P. Ramlee mengenai Lagu Melayu Asli
Yang �paling terseksa� terhadap penukaran konsep penyiaran radio Rentak Irama Melayu Asli (RIMA) kepada Klasik FM tidak lainnya ialah P. Ramlee sendiri jika tokoh seniman itu masih hidup. Hal ini kerana, beliau telah meletakkan asas yang paling awal mengenai langkah-langkah mengembangkan muzik Melayu Asli di negara kita.
Di dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan, 16 � 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya, P. Ramlee berkata, �Dulu, saya bentang kertas kerja panjang, lapan helai. Tetapi, tiada yang dilaksanakan. Kemudian, saya kurangkan lagi sedikit demi sedikit, kini tinggal dua helai saja,� sambil menunjuk-nunjukkan kertasnya kepada hadirin dengan berseloroh, �Moga-moga, ia boleh dilaksanakan�.
Seperti biasa, �jenaka� sindirannya memecah tawa para hadirin. Pembentangannya yang bertajuk, �Cara-cara Meninggikan Mutu dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli dan Tradisional
Sebenarnya, RIMA boleh dianggap sebagai usaha daripada kerajaan yang hampir mencapai saranan dan objektif seniman agung itu dalam memartabatkan lagu Melayu asli sekali gus Bahasa Melayu seperti yang diperkatakan kebanyakan pemimpin kini.
Manakala, penukaran 100 peratus lagu asli kepada 70 peratus atau penaikan kadar kepada 95 peratus lagu ini bukan hal utama yang harus diperdebatkan. Konsep asal; 100 peratus lagu-lagu asli perlu kekal. P. Ramlee menekankan hal kedua; radio dan televisyen harus berperanan untuk siarkan sebanyak-banyaknya muzik tradisional
Tambahan pula, resolusi pertama kongres itu menyeru supaya budaya kebangsaan dibina dengan budaya Melayu sebagai teras utamanya. Kemudian, kebudayaan daripada bangsa lain boleh juga diterima sebagai pengukuhan kepada kebudayaan kebangsaan itu. Tidak tercatat bahawa budaya Barat adalah salah satu komponen budaya kebangsaan.
Dalam kongres itu juga beliau mempersoalkan, �� mengapa muzik kita
�Muzik Pop dengan secara lekas dapat mempengaruhi jiwa muda mudi Malaysia, sehingga pemuda-pemuda tidak sedar pula berambut panjang, berpakaian �Groovy� yang tidak ketentuan, menghisap ganja dan lain-lain. Pemuda-pemudi berpakaian �mini-skirt� yang singkat, kerana terpengaruh dengan pemain-pemain muzik pop,� komen beliau.
Di Royal Albert Hall baru-baru ini, Siti Nurhaliza gegarkan dunia Barat melalui dendangan lagu-lagu Melayu asli; Cindai, Joget Pahang, Joget Berhibur, Ya Maulai, dan lain-lain. Kita berdoa semoga langkah ini menjadi anak tangga permulaan supaya lagu-lagu Melayu asli bakal menembusi pasaran antarabangsa dan
Suatu ketika dahulu, lagu-lagu P. Ramlee mendapat perhatian penyanyi Amerika, Lobo. Bahkan Orkestra Bolshoi Ballet dari
Dengan sebab itulah, dalam kongres itu, P. Ramlee menyarankan agar: �Kerajaan harus memberikan galakan yang semestinya kepada pencipta-pencipta muzik jenis asli dan tradisional dengan memberi layanan yang setimpal dari hasil dan ciptaannya.�
Oleh itu, kita harus memartabatkan bahasa Melayu di peringkat dunia melalui seni suara selain dimensi pendidikan. Kenyataan Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri baru-baru ini mengenai tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu harus diambilkira juga.
Jika tidak upaya memartabatkan bahasa kita dalam negara, kita patut menyokong usaha penggiat seni muzik demi martabatkan bahasa Melayu di peringkat dunia. Lagu ini wajar menjadi suatu cabang dalam memartabatkan bahasa kebangsaan di luar negara.
Kebudayaan Melayu mendapat sanjungan bekas pengarah bukan Melayu di Jalan Ampas, S. Ramanathan. Beliau menulis, �� tiada satu pun yang boleh menyebabkan kita lebih berbesar hati lagi selain daripada filem Melayu di mana dibayangkan kebudayaan dan adat resam Melayu dengan cara yang indah, dan sesungguhnya inilah sesuatu cara yang sebaik-baiknya untuk menghebahkan barang yang dijunjung tinggi serta amat dipelihara oleh bangsa Melayu.� [Film Raya, 18 Ogos 1951]
�Saya harap saya akan mendapat peluang mempersembahkan filem Melayu yang mempunyai lakonan lebih tinggi mutunya yang membayangkan jiwa orang Melayu agar dapat menghiburkan mereka dengan lebih memuaskan,� tulisan
Dengan ini, lagu Melayu asli harus memiliki alirannya tersendiri serta tidak perlu dikongsi dengan lagu lain. Ini kerana, kaum bukan Melayu juga mengakui keindahan seni budaya kita dan meyakini lagu Melayu boleh dikembang lagi. Maka, dalam kongres itu, P. Ramlee mengesyorkan supaya: �Muzik-muzik yang bertentangan dengan tradisi-tradisi kebudayaan
Dalam kongres itu beliau menganalisa secara ringkas faktor utama yang menutup potensi lagu Melayu asli: �Adakah silap para pendengar muzik yang ghairah mendengar muzik luar? Adakah penggubah muzik yang lemah mencipta lagu asli bermutu tinggi? Atau adakah kita sendiri yang tiada sikap menghargai muzik-muzik asli ini?�.
Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa kesalahan bukan tertakluk di atas pundak ketiga-tiga golongan ini. Katanya, �Tapi, kesalahan-kesalahan itu terletak kepada mereka yang bertanggungjawab yang kurang memperkembang atau mengeksport muzik-muzik yang bercorak asli dan tradisional kepada masyarakat
Ini ada kaitannya dengan kemarau lagu asli di mana ia turut membahang kepada generasi muda di universiti. Sementara itu, tempias program hiburan acuan Barat turut mewarnai sesetengah IPT. Kebanyakan anak-anak muda menyertai audition dan uji bakat Malaysian Idol adalah golongan yang belajar di institusi pengajian tinggi juga.
Kita risau gejala �idol-idol� ini merayap ke menara ilmu di negara kita. Justeru itu P. Ramlee menyarankan supaya lagu Melayu asli diajarkan di sekolah-sekolah semenjak mereka kecil lagi. Namun, dewasa ini semakin merunsingkan. Program hiburan ala Barat khusus kepada anak-anak kecil disiarkan di kaca tv.
Sebagai pengarang majalah Gelanggang Filem, P. Ramlee membentuk pandangan umum mengenai idea-idea yang sepatutnya hadir di dalam lagu Melayu. Hal itu termuat di dalam ruangan lidah pengarang bertarikh 19 Oktober 1960:-
��tidaklah dapat dianggap satu perkara yang ringan di dalam menyusun senikata tiap-tiap lagu yang digubah itu, kerana lagu tersebut akan diamal oleh manusia kita dan akan meninggalkan kesan dalam jiwanya�kita perlu banyak senikata yang membangun semangat kerja, berbakti dan mencintai tanahair serta bangsa, ��.
Melayu pasca moden harus bijak menilai diri. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin bertitah dalam ucapannya baru-baru ini agar Melayu dinilai secara adil.Ini kerana, British pernah membuat penilaian secara zalim ke atas kita. Melayu pemalas, lemah dan lain-lain tohmahan. Secara tidak sedar, kita biarkan �penjajah� menilai kita kali kedua secara tidak adil dengan membenarkan lagu dan budaya Barat mencengkam jiwa dan pemikiran kita.
Hal ini ada betulnya juga. Ibnu Khaldun berkata di dalam Mukadimahnya bahawa bangsa yang terjajah itu lazimnya akan terikut-ikut dengan sikap penjajah.
Seniman agung P. Ramlee telah lama meninggalkan kita dan hasil kerjanya telah mewarnai citra
--------------------------------0-1-9-5-4-8-7-8-7-7------------------------------------
http://garapmaju.tripod.com/dewi_ilhamku_-_submedley.mp3
-------------------------M-E-S-E-J---T-A-M-A-T----------------------------
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
