Pada akhirnya, Satya membuat kesimpulan: �Ketelusan harus dimulai dari polisi pendidikan, sekali gus untuk mengurangi korupsi yang marak dalam dunia pendidikan�. Isu makmal komputer yang dihebahkan melalui media kita baru-baru ini harus ditanggapi secara positif oleh semua. Hal ini menunjukkan status media yang semakin baik.
Sementara itu, isu 128 kes penyelewengan kakitangan di salah satu universiti turut dihebahkan. Hal ini akan memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk meninjau dilema dalam dunia pendidikan melalui media aliran perdana negara. Hubungan antara pengamal media perdana dan pelajar-pelajar media di universiti patut dipertingkatkan. Ringkasnya, media mahasiswa mestilah aktif dalam melaporkan dilema pendidikan kita untuk tatapan umum. Melalui �kewartawanan pelajar�, penyelesaian secara holistik boleh ditemukan.
Pers (Akhbar) Mahasiswa
Di Indonesia, seawal yang dikesan, filem yang mengangkat tema ini --- Ada Apa Dengan Cinta. Sosok �Cinta� (Dian Sastrowardoyo), misalnya mendukung watak editor akhbar di sekolahnya. Demikian juga drama remaja bersiri; Smallville yang menonjolkan watak �Chloe� sebagai editor majalah di sebuah sekolah tinggi di Amerika Syarikat.
Watak muda-mudi yang tenggelam dalam budaya hedonisme seperti keghairahan bercinta dan parti liar melalui filem dan drama ditampung juga dengan elemen intelektual mahasiswanya oleh para sutradara dengan bertanggungjawab. Cuma, tema kewartawanan pelajar itu tidaklah disalut dengan �irama konflik� antara penguasa atau pentadbir institusi pendidikan. Hal itulah yang membezakan layar perak dengan realiti kehidupan sebenar.
Dalam dunia realiti, seperti pengalaman di Indonesia, media universiti itu dikuasai mahasiswa untuk menghidupkan intelektual seperti Gelora Mahasiswa, Retorika,
Wahyu Seno Aji, seorang mahasiswa
Di negara kita, contoh-contoh media seperti ini ada di USM (Berita Kampus) dan UKM (Nadi), dan lain-lain. Menurut Wahyu, pers aliran kedua dan ketiga tidak ada dana universiti dan lebih kreatif dan bebas. Tetapi, aliran kedua lebih mempamerkan ideologi daripada aliran ketiga yang lebih mengikut selera pembaca seperti �human interest�.
Aliran kedua, menurut Wahyu, dipelopori oleh mahasiswa Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), dan Pergerakan Mahasiswa Islam
Namun, hal yang tidak dapat dikesan, apakah pendirian penguasa
Dari itu, dialog-dialog mengenai media perlu dikupas secara serius, bukan sekadar hiasan Bicara Siswa, tetapi juga dimeriahkan dalam perdebatan universiti dengan meluas. Media yang bebas sebenarnya cuma boleh dibahas dalam jika ada persediaan rohani yang tinggi dan para pendebatnya mampu
Kepimpinan dan Kewartawanan
Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin yang ulung ialah wartawan. Ini kerana, mereka lebih dahulu bergaul dengan rakyat bawahan dan petani miskin untuk mengetahui masalah mereka. Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari dalam memoirnya mengulas mengenai usul bekas Menteri Pertanian Aziz Ishak (seorang bekas wartawan) agar kilang baja urea didirikan untuk kepentingan para petani.
Said berkata, pendirian Utusan Melayu bersama Abdul Aziz Ishak sehaluan dalam isu baja urea, iaitu isu itu adalah neo-kolonialis dari kaum kapitalis Barat yang menguasai
Konflik media - penguasa tidak terhenti di situ. Ia menjalar kepada Amerika yang dari segi idealnya menghormati kebebasan akhbar. Artikel 1 Perlembagaannya menyebut: �Congress shall make no law respecting an establishment of religion, or prohibiting the free exercise thereof; or abridging the freedom of speech, or of the press ��.
Pun begitu, wartawan Greg Palast di dalam bukunya, The Best Democracy Money Can Buy, mendedahkan bahawa penipuan pilihan raya di Amerika antara George Bush dan Al Gore membuatkan wartawan Amerika membisu seribu bahasa walaupun hak mereka melaporkan berita dilindungi.
Akhirnya, Palast bersama krewnya mendedahkan kekecohan pilihan raya itu di akhbar-akhbar
DEWI �DOLLY�KU � (1)
Semalam aku lewat di Jalan Dolly,
Setelah pulang dari Kota Malang,
Saat kulihat kalian diperdagangkan,
Hatiku terkopak dua; antara riang dan duka,
--- �Aduhai kiranya aku bisa rapati kalian�
--- �Aduhai malangnya, kiranya kalian adik-adikku�.
Dewiku dan jemaah pelacur
Raut duka lara dan riang tawa kalian,
Seakan sama riak wajah yang kutemui,
Lewat di Lebuh Chulia dan Lorong Gaharu,
Celaka besar!!! Dalam keresahan begini pun,
Mataku sempat meranjang ke lurah dada kalian,
Saat mataku memanah tembus di hujung kutangmu,
Dan dari celahan kangkang dan celana yang jarang,
Serta merta ingatanku meluncur kepada Pak Rendra,
Saat dia tangisi nasib pelacur kota Jakarta,
Lantas dia bicara lebar mengenai Revolusi Dewata.
Pak Rendra, katamu ada benarnya,
Tika ini Menjelang Pilkada dan kasus suap merata-rata,
Media cuma teropong hal-hal yang besar sahaja,
Aku sendiri bukan walikota yang mampu mengota kata.
Kekasih gelapku dan jemaah lacur di Surabaya,
Maafkan aku, keberangkatan pulangku makin hampir,
Persinggahan ini cuma mengumpul kekuatan dan keazaman,
Sebagai amanah dan bekalan memikul beban,
Kembali ke negara tercinta membela kebenaran �
Tunjungan, Surabaya,
17 April 2005, 9.28 p.m
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
[EMAIL PROTECTED]
