http://www.fotopages.com/cgi-bin/account.pl?page=2

 

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/19

 

http://www.geocities.com/ipgconference/

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

EKSPLOITASI WANITA TIADA KESUDAHAN

 

��adalah satu pakaian yang dipakai oleh Zamrud pada ketika itu ialah anak bajunya yang tiada berlengan itu hanyalah disangkutkan pada bahunya sahaja dan dadanya terbuka hampir-hampir kelihatan puting susunya.�            

                                         [Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan, 1927]

 

Tudung pelangi hai tak pakai lagi,

Bajunya basah mandi air wangi,

Bibirnya merah delima merekah ...

Kain tinggi sebelah betisnya membayang

Itu dia Nona Malaysia.

Bajunya jarang hai ketat dipinggang,

Bunga di depan bunga di belakang,

Pinggang ramping diikat kuat-kuat, sampai susah bernafas �

Lagu: Nona Malaysia (R. Azmi)

 

http://garapmaju.tripod.com/baju.rm

 

http://garapmaju.tripod.com/itik.rm

 

http://garapmaju.tripod.com/tudung.rm

 

-------------------------------------------------------------------------------------------

 

Kita menarik nafas lega ketika mendengar usul perwakilan Umno Bahagian Alor Setar iaitu desakan supaya menteri wanita beragama Islam memakai tudung. Hal ini amat baik jika ia dijadikan budaya serta amalan berterusan. Semoga ia dapat diterapkan dalam Puteri Umno juga sehingga menjadi darah daging dalam parti.

 

Pemakaian tudung amat menepati semangat dan ruh slogan keramat, �Kepimpinan Melalui Teladan�. Dalam hal ini, kepemimpinan wanita Melayu beragama Islam mestilah juga menonjolkan sikap terpuji supaya dapat menjadi contoh teladan kepada wanita muda dan rakyat bawahan yang sentiasa memantau corak dan gaya kepimpinan mereka.

 

Pada tahun 1927, melalui watak Zamrud, Ahmad Kotot mula mengkritik corak pemakaian wanita Melayu yang dipengaruhi tempias angin perubahan Barat. Sesudah itu, dalam era 50-an, penyanyi seperti R. Azmi muncul dengan lagu Nona Malaysia yang turut mengambil peran yang sama seperti Ahmad Kotot. R. Azmi bernyanyi; tudung pelangi sudah tidak dipakai lagi oleh wanita Melayu.

 

Oleh itu, kita ucapkan tahniah kepada Umno bahagian itu kerana pucuk dan akar kepimpinannya masih segar lagi dalam memperjuangkan masalah eksploitasi wanita yang tidak pernah luput dibahaskan orang ramai. Mereka meletakkan satu syor yang amat tepat apabila menghubungkaitkan pemakaian tudung dengan eksploitasi wanita.

 

Usul itu berbunyi:�Mendesak keseluruhan menteri wanita beragama Islam dalam kabinet Barisan Nasional memakai tudung kepala bagi mengelakkan eksploitasi kaum wanita dalam Islam.� Semoga lebih ramai ahli perwakilan bahagian dan cawangan Umno yang bersungguh-sungguh memperjuang hal pemakaian tudung serta galakan berpakaian sopan agar �jenayah� eksploitasi wanita dapat dibanteras dari semasa ke semasa.

 

Mungkin ia sukar dilaksanakan, tapi mereka harus memakainya secara istiqamah dalam program-program rasmi, semasa bekerja atau ketika berurusan di tengah khalayak. Kita mengharapkan agar hal ini dibincangkan lagi untuk memebentuk garis panduannya.

 

Misalnya, apakah perbuatan tidak memakai tudung bagi wanita Umno khususnya menteri dan pimpinan tertinggi parti boleh ditakrifkan sebagai salah laku dalam parti? Itupun, jika ada semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk berdebat mengenainya.

 

Seterusnya mungkin juga kita boleh apungkan pertanyaan, apakah kesalahan tidak memakai tudung ini boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk dikenakan tindakan tatatertib sepertimana halnya dengan isu rasuah dan politik wang dalam Umno?

 

Jika ditinjau nasib muslimah luar negara yang ingin mengekalkan tudung, mereka tidaklah sebaik wanita di sini. Mereka ditekan hebat sama ada melalui perundangan atau penghinaan masyarakat. Sultana Freeman dan Shabina Begum adalah antara contoh yang popular. Justeru, Islamophobia di Barat bolehlah diukur terhadap ketakutan mereka kepada wanita bertudung ini. Adakah semua yang bertudung itu merbahaya?

 

Kita cuma berharap agar apa yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mengenai Islamophobia, sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa syak wasangka di antara Barat � Timur, Islam dan tradisi Judeo-Christian. Dengan dialog yang berterusan itu, semoga hubungan yang keruh sejak sekian lama dapat dijernihkan.

 

Itulah situasi di Barat. Namun, ada keganjilan kalau dalam konteks Malaysia yang aman ini, masih ada pihak yang menulis bahawa pemakaian tudung adalah haram kalau ia membawa kemudaratan kepada muslimah. Pandangan ini sangat lemah untuk diapungkan kepada masyarakat atau suasana yang aman seperti di negara kita.

 

Oleh itu, adalah menyedihkan ketika mendengar cerita mengenai seorang pelajar wanita Islam di sebuah universiti tempatan yang terpaksa mendepani masalah seperti ini apabila pentadbir IPT berkenaan mendendanya hanya kerana beliau memakai tudung.Jika benar, maka pihak pentadbir wajarlah memahami bahawa aurat muslimah wajib ditutup sementara hak mentafsir aurat itu, terpulanglah kebebasan pengamalnya sendiri.

 

Pengeksploitasian wanita adalah �jenayah� tertua dalam sejarah peradaban insan. Menurut al-Qur�an dan Gospel, pengeksploitasi wanita pertama yang dikesan ialah Iblis, wanita pertama yang dieksploitasi adalah Hawa dan lelaki pertama yang dirosakkan oleh kegiatan eksploitasi ini ialah Adam.

 

Setelah Iblis gagal menggoda Adam, maka Iblis mempergunakan Hawa bertujuan melemahkan iman ketaqwaan Adam. Maka, tindakan Iblis �menggunakan� Hawa sebagai helah inilah yang ditafsir sebagai pengeksploitasian pertama di dalam sejarah. Setelah itu, penjajah British selaku kapitalis telah menggunakan imej wanita melalui akhbar-akhbar. Dari situlah bermulanya sejarah eksploitasi wanita di dalam negara kita.

 

Terdahulu, media serta akhbar perdana negara pernah mendedahkan gambar gadis litar secara terbuka di muka depan. Di sini, timbul satu persoalan baru. Apakah pendirian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang juga seorang wanita dalam menangani dilema pengeksploitasian wanita secara berleluasa di litar lumba dan cabang sukan yang lain?

 

Tahun lalu di Madrid, beberapa pihak telah mengecam tindakan pengeksploitasian syarikat pengeluar minyak wangi �Boss� ke atas gadis model berusia antara 19 � 28 tahun sebagai �ball girl� (gadis bola) sepanjang tempoh permainan tenis berlangsung.

 

Pemain tenis terkemuka dunia, Andre Agassi berkata kepada Rediff.com, bahawa beliau tidak menyarankan tindakan �memperagakan� gadis bola di gelanggang permainan tenis sebagai cara terbaik untuk mempromosikan permainan tersebut.

 

�I think it is important for our sport to understand its product clearly, and I'm not quite convinced this is part of our product,� Agassi memberitahu para wartawan selepas menonton sukan itu.

 

Kita harap, semoga garis panduan dapat dikeluarkan oleh pihak kementerian agar masalah eksploitasi wanita dalam kegiatan sukan khususnya melibatkan gadis litar, dapat diselesaikan dan kaum wanita dapat ditingkatkan kesopanan dalam berpakaian.

 

Sementara itu, angin kencang perubahan melanda Indonesia berikutan tersiarnya gambar dan berita mengenai penyertaan Artika Seri Dewi, 25, dalam Miss Universe 2005 di akhbar tempatan secara meluas. Kaum wanita memenuhi luar perkarangan perusahaan kosmetik Mustika Ratu di Jakarta kerana syarikat itu menaja mahasiswi berkenaan.

�Mustika Ratu jangan hancurkan moral bangsa!� kaum wanita menjerit sepanjang jalan utama Jakarta. Dahulu, kisah bekas ratu cantik wanita Afghanistan, Vida Samadzai juga mendapat bantahan dan kritikan ramai pihak termasuk rakyat negara berkenaan.

 

Kita mungkin hairan, kenapakah keprihatinan muslimah Indonesia kepada puteri mereka lebih menumpu kepada isu ini? Sedangkan kini, suara-suara feminis negara sudah tidak segagah di era 70-an dulu yang amat ghairah menentang aktiviti eksploitasi wanita. Apakah perdebatan mengenai imam wanita, monogami ataupun poligami lebih baik, serta lain-lain isu itu lebih utama daripada debat eksploitasi wanita, lalu feminis kita telah mula meninggalkan tumpuan perjuangan asalnya?

 

Kartini, ahli pertubuhan Keluarga Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) berkata, basmi pengeksploitasian wanita ialah tunjang utama perjuangan memartabatkan wanita. �Iblis setelah kecewa menipu Adam a.s akhirnya dia menukar strategi,� sambung Kartini lagi, �lalu dia (Iblis) menggoda atau �mengeksplotasi� kecantikan Hawa untuk memikat dan menjerat Adam agar memakan buah terlarang di syurga.�

 

�Mbak (Cik) Artika itu,� kata Kartini, 23, mahasiswi Media daripada Universitas Airlangga, �memakai bikini dan dunia melihatnya sebagai contoh wanita negara. Padahal pakaiannya itu, tidak mewakili cara hidup kita. Miss Universe adalah rencana global yang mengeksploitasikan wanita lalu mencelakakan umat seluruhnya.�

 

            �Hampir semua calon itu adalah mahasiswi yang masih menuntut di universitas,� kata Iswanto (bukan nama sebenar), 22, mahasiswa Universitas Atmajaya. �Rektor-rektor universitas seluruh dunia wajar bertindak menghalang para mahasiswi itu tanpa mengira agama, ras dan keturunan mereka, daripada terus mencipta nama melalui saluran itu.�

 

            Kita selanjutnya tertanya-tanya, apakah sikap yang mungkin boleh diambil dalam menangani dilema yang dihadapi sejak era �purba� ini? Jawapannya, perancangan harus bermula bagi mereka yang sedar. Di peringkat kebangsaan, misalnya, kesedaran ini perlu ditiupkan melalui pihak berkuasa seperti Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga.

 

Ada perkembangan menarik ketika negara menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tentang Pembangunan Wanita di Putrajaya. Negara kita patut memulakan kesedaran mengenai eksploitasi kepada NAM  umpamanya dan mungkin boleh diteruskan kepada Persidangan OIC.

 

Antaranya, pakatan antarabangsa di antara ahli negara anggota diikat melalui draf perjanjian mengenai hal-hal di bawah. Melalui draf ini, negara anggota menyusun akta di negara mereka dalam rangka membasmi kegiatan eksploitasi wanita yang berleluasa kini. �Jenayah� bertaraf antarabangsa ini harus ditangani secara kerjasama antarabangsa.

 

1. Melarang mana-mana ahli negara anggota di atas dari menjadi tempat menaja atau tuan rumah sebarang bentuk program Ratu Cantik.

2. Ahli-ahli negara anggota melarang keras warganegaranya tanpa mengira kaum, ras, agama dan kepercayaan daripada menyertai pertandingan tersebut.

3. Ahli-ahli negara anggota melarang mana-mana syarikat di negara mereka dari menaja rakyat mereka atau rakyat negara lain untuk menyertai pertandingan ataupun lain-lain hal yang boleh ditafsirkan sebagai eksploitasi. Jika perlu, pendaftaran perniagaan dibatalkan.

4. Syarikat luar negara (multinasional) juga tidak dibenarkan melakukan hal yang sama. Negara meletakkan syarat baru kepada syarikat; bahawa urusniaga di negara ahli anggota mestilah dengan menghormati �maruah� wanita di negara berkenaan.

5. Ahli-ahli negara anggota mengharamkan �import-eksport� pakaian yang mendedahkan tubuh badan wanita antara negara-negara. Perusahaan pakaian yang mendedahkan tubuh wanita diberi notis menghentikan perniagaan dalam tempoh tertentu secara beransur.

6. Selaras dengan pengantarabangsaan universiti, maka pentadbir universiti seluruh dunia patut melihat keterlibatan mahasiswi dalam program Ratu Cantik sebagai masalah serius dan perlu ditangani dengan hikmah�persefahaman di antara pentadbir IPT. Memorandum khas mengenai hal ini diwujudkan serta disebarkan di seluruh negara untuk menghalang penyertaan mahasiwi ke dalam pertandingan tersebut.

7. Penaja pertandingan Ratu Cantik di pelbagai peringkat juga perlulah meletakkan syarat bahawa mana-mana mahasiswi dilarang menyertai pertandinan tersebut.

 

            Syor di atas, tidaklah dapat menewaskan �jenayah� eksploitasi wanita yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Melainkan dari semasa ke semasa, semua pihak yang sedar akan tanggungjawab sosial akan bekerja terus melahirkan pandangan, cadangan dan formula terkini dalam upaya menumpaskan pengeksploitasian ini.

 

 

Ibnuamir al-Pendangi

 

Garap (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan),

Tunjungan School of Thought.

-------------------------------------------------------------------------------------------

 

http://www.fotopages.com/cgi-bin/account.pl?page=2

 

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/19

 

http://www.geocities.com/ipgconference/



GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke