Romita turns to Suhakam for support
MOHD YAAKOB YUSOF

KUALA LUMPUR, June 17:
An Indonesian woman whose husband was deported for staying in Malaysia illegally, now faces the same prospect herself as her spousal visa expires in September.

Romita Hasibuan, whose husband, Abdul Mutalib Taib, was deported by the Immigration Department in April, will have to leave the country when that happens.

To circumvent this, Romita has made several applications for Permanent Resident status in a desperate bid to be allowed to stay here with her children, who are Malaysian citizens.

Romita alleged that the Immigration Department officials have been less than helpful, and one even warned her not to submit her PR application again.

She claimed that on May 25 she submitted her third application for PR at the Shah Alam branch and was allegedly warned that her spousal visa would be revoked immediately if she persists in her application.

“The PR status is my only chance of staying with my children who are Malaysian citizens,” she said.

Yesterday, Romita and her children, Maruly Aziz, 12, Sarah Nor Varah Hanim, 11, Yonatan Adam Fauzi, nine and Ismael Syah Putra, six, handed over a “Unite the family” petition with 6,517 signatures to Suhakam commissioner Prof Datuk Hamdan Adnan at his office.

Also present were lawyers Roland Engan and Charles Hector who are representing the family.

Among those who signed the petition were Parliamentary Opposition leader Lim Kit Siang, Seputeh MP Teresa Kok and Peace Malaysia adviser Dr Chandra Muzaffar.

“My children’s studies have been affected. I need the PR status before my spousal visa expires in September,” she told The Malay Mail.

Engan said the family was on the brink of giving up. They have not got a reply to the five letters submitted to the Immigration since March 26.

“We cannot do anything without a reply and we hope Suhakam can help. If this problem could not be resolved before September, the children will stay in the country without a guardian,” he said.

Hamdan said: “We will try to get an explanation from the department. The decision is not fair to the children. It is not right.”

Romita’s problems started on March 23 when Abdul Mutalib was nabbed by the Immigration Department for illegally staying in the country after his PR was revoked in 1996

The above is the report that came out in the Malay Mail (17/6/2005) and below is the statement handed to SUHAKAM and the press...

RAYUAN TIDAK MENERIMA JAWAPAN

&

USAHA IBU BERSAMA ANAK-ANAK DIHALANG

1. Isteri dan anak-anak Abd Mutalib Bin Taib terus mengalami hari-hari yang sukar setelah pihak berkuasa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil keputusan untuk menghantar pulang Abd Mutalib Bin Taib ke Indonesia pada 29-4-2005.

Walaupun penghantaran pulang Abd Mutalib Bin Taib adalah "pre-mature" iaitu sebelum tamatnya tempoh tujuh(7) hari untuk merayu, keadaan bertambah buruk apabila sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk memberi apa-apa jawapan kepada rayuan yang dbuat berkenaan kes ini.

RAYUAN KEPADA PIHAK BERKUASA

BERKENAAN TIDAK DIJAWAB

23-3-2005

Setelah Abd Mutalib bin Taib ditahan pada 23-3-2005, isterinya, Romita Hasibuan telah diberitahu bahwa beliau boleh membuat membuat rayuan.

Romita Hasibuan telah membuat rayuan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan Bahagian Siasatan Jabatan Pendfataran Negra Malaysia terhadap penahanan suami beliau, pembatalan permit masuk dan kad pengenalan suaminya yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh peraturan Imigresen sendiri, serta juga agar dokumen anaknya, Maruly Aziz yang ditahan dikembalikan.

Surat-surat yang dihantar adalah sapertimana dinyatakan di bawah ini:-

Surat bertarikh 26/3/2005 yang dialamatkan kepada Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, di mana sesalinan dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen;

Surat bertarikh 26/3/2005 yang ditujukan kepada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasa, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia;

Surat bertarikh 29/3/2005 yang dialamatkan kepada Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, di mana sesalinan dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen;

Surat bertarikh 29/3/2005 yang dilamatkan kepada Ketua Pengarah Imigresen;

Surat bertarikh 29/3/2005 yang dialamatkan kepada Menteri Hal Ehwal dalam Negeri.

Kesusahan Menghantar Surat kepada Ketua Pengarah Imigresen

Surat bertarikh 26-3-2005 yang dihantar ke pejabat Ketua Pengarah Imigresen pada 29-3-2005 TIDAK MAHU diterima oleh pihak Ketua Pengarah Immigresen atas alasan remeh yang surat rayuan tersebut ditujukan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri..

Pada keesokan harinya, 30-3-2005 surat yang bertarikh 29-3-2005 pula telah dihantar kepada pejabat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan kali ini surat itu diterima tetapi akuan penerimaan surat tersebut hanya diindorskan pada lampiran surat tersebut iaitu surat bertarikh 26-3-2005.

Setelah diminta berkali-kali barulah akuan penerimaan diindorskan di surat bertarikh 29-3-2005.

TIDAK ADA SEBARANG JAWAPAN kepada kelima-lima surat rayuan yang dihantar oleh Puan Romita.

22-4-2005

Pada 22-4-2005, setelah sekian lama menunggu jawapan kepada rayuan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia, Abu Mutalib pula diberikan 4 dokumen di mana ini termasuk satu dokumen Pengisytiharan bahawa kehadiran Abd Mutalib Bin Taib adalah bertentangan dengan undang-undang kerana beliau adalah imigran yang tidak diingini. Tiada alasan diberikan kenapa beliau tergolong sebagai imigran yang tidak diingini..

Notis mengenai pengisytiharan tersebut juga dikeluarkan pada 22-4-2005 dan notis ini menyatakan bahawa rayuan boleh dibuat dalam "masa tujuh(7) hari selepas menerima notis" di mana rayuan itu perlu dibuat kepada Menteri Dalam Negeri

Pada 22-4-2005 juga perintah penahanan dan satu perintah penghantaran pulang juga dikeluarkan. Kesemuanya disampaikan kepada Abd Mutalib Bin Taib.

RAYUAN SELEPAS 22-4-2005

Pada 27-4-2005, Abdul Mutalib, Romita dan anak-anak telah membuat Rayuan kepada Menteri Dalam Negeri. Memorandum Rayuan dihantar.

Pada 28-4-2005, satu lagi surat rayuan telah dibuat oleh Tetuan Charles Hector & Co, peguam Abdul Mutalib, Romita dan anak-anak mereka di mana surat ini ditujukan kepada Ketua Pengarah Immigresen di mana dalam surat itu juga ada mempunyai pernyataan khusus meminta Ketua Pengarah Imigresen "membawa surat ini kepada perhatian Menteri Dalam Negeri"

Sehingga hari ini TIDAK ADA APA-APA JAWAPAN KEPADA RAYUAN ini.

Sebelum tempoh tujuh(7) hari untuk membuat rayuan terebut tamat dan TANPA memberikan apa-apa keputusan atau jawapan kepada surat-surat dan rayuan yang dinyatakan di atas, Abd Mutalib bin Taib telahpun dihantar pulang ke Indonesia pada 29-4-2005.

Selepas Penghantaran Pulang

Surat bertarikh 3-5-2005 serta surat-surat lain juga dihantar kepada Ketua Pengarah Imigresen dan juga kepada Menteri Dalam Negeri.

Pejabat Perdana Menteri kita pun telah sekurang-kurangnya telah menghantar satu surat bertarikh 5-5-2005 kepada keluarga Maruly Aziz menyatakan bahawa "...kes ini telah dibawa kepada pengetahuan pihak YAB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri"

Sehingga hari ini, 16-6-2005 pihak YAB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atau Ketua Pengarah Imigresen Malaysia masih belum memberi apa-apa jawapan kepada semua surat/rayuan tersebut.

Apa guna hak rayuan apabila pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ketuan Pengarah Imigresen langsung tidak mahu memberikan apa-apa jawapan langsung.

Tanpa apa-apa jawapan kepada rayuan/surat rayuan tersebut, Abdul Mutalib, Romita dan anak-anaknya tersekat dan tidak boleh mengunakan hak mereka seterusnya dalam undang-undang untuk membuat permohonan kepada Mahkamah sekiranya rayuan tersebut ditolak.

Keluarga Abdul Mutalib sudah jemu menunggu dan kini membawa aduan kepada SUHAKAM supaya SUHAKAM mengambil tindakan untuk memastikan hak kami dijaga dan diiktiraf.

USAHA IBU TERUS BERSAMA ANAK-ANAK, YANG

MERUPAKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Pada masa ini Abdul Mutalib sudah dihantar pulang. Pada masa ini taraf Penduduk Tetap Abdul Mutalib telah dibatalkan. Pada masa ini kad pengenalan Abdul Mutalib sudah dirampas. Saya percaya semua ini adalah bukan sahaja tidak adil kepada anak dan keluarganya tetapi ianya adalah salah di sisi undang dan juga bertentangan dengan hak asasi dan keadilan, khususnya hak asasi anak-anak saya.

Puan Romita adalah seorang warganegara Indonesia, dan telah dapat tinggal di Malaysia dengan mengunakan "visa isteri", yang terpaksa diperbaharui setiap 6 bulan, di mana "visa isteri"nya akan luput pada bulan September 2005.

Apabila "visa isterinya" luput, Puan Romita tidak akan dapat memperbaharui visanya tersebut kerana pembaharuan visa tersebut terpaksa dibuat oleh suami warga negara atau yang merupakan penduduk tetap.

Puan Romita sudah berada dan hidup di Malaysia, sebagai isteri dan ibu, selama lebih kurang 14 tahun, di mana ini bererti beliau sebenarnya boleh memohon untuk Permit Masuk dan kad pengenalan dengan taraf penduduk tetap, di mana syarat minima adalah sudah tinggal dan hidup di Malaysia lebih 5 tahun. Sebelum penangkapan, penahanan dan penghantaran pulang suaminya, Romita percaya tidak ada sebab untuk beliau memohon untuk menjadi Penduduk Tetap.

Tetapi kini, demi kepentingan dan kebaikan anak-anaknya, Puan Romita terpaksa mencari jalan untuk terus berada di Malaysia. Anak-anaknya sudahpun dipisahkan daripada bapa mereka, dan sekiranya Puan Romita tidak dapat mencari jalan untuk terus tinggal bersama anak-anaknya, mereka juga akan dipisahkan daripada ibu mereka pada bulan September ini.

Anak-anaknya, Maruly Aziz Bin Abd Mutalib(12+ tahun), Sarah Nor Varah Hanim Binti Abd Mutalib (11+), Yonatan Adam Fauzi Bin Abd Mutalib (9+) dan Ismael Syah Putra (6 +) adalah warganegara Malaysia dan sudah hidup dan bersekolah sepanjang hidup mereka di Malaysia. Anak-anaknya tidak ada kewarganegaraan atau identiti lain selain daripada rakyat Malaysia. Anak-anaknya belajar di sekolah di Malaysia dalam jurusan Cina dan semua kawan-kawan anaknya berada di Malaysia.

Maka, daripada pertanyaannya dan kajiannya, dia mempunyai dua(2) pilihan, iaitu untuk:-

Memohon dan mendapatkan Permit Masuk dan taraf penduduk tetap (atau taraf penduduk sementara) di Malaysia; atau

Memohon untuk mendapatkan satu "guardianship visa" (atau "visa ibu")

Puan Romita telah membuat pilihan untuk cuba membuat permohonan untuk mendapatkan Permit Masuk dan taraf penduduk tetap (atau penduduk sementara) di Malaysia.

Malangnya pihak Jabatan Imigresen, yang sepatutnya menerima permohonan seseorang itu dan seterusnya mengkaji permohonan dan memberikan keputusan telah 2 kali enggan menerima permohonannya.

11-5-2005

11-5-2005, lebih kurang jam 11-30 pagi Romita Hasibuan telah hadir di Pejabat Immigresen Shah Alam di kaunter No. 17 (Visa Borang + Permit Sahaja) untuk menghantar Borang Permohonan Untuk Permit Masuk Ke Persekutuan berserta semua dokumen dan gambar foto yang perlu dilampirkan.

Apabila beliau cuba memberikan Borang Permohonannya tersebut, kerani/pegawai yang mengendalikan enggan menerima Borang Permohonan beliau.

Kerani/Pegawai tersebut meminta paspotnya, yang merupakan paspot barunya dan terus menolak atau tidak mahu menerima Borang Permohonan tersebut atas alasan paspot itu tidak menunjukkan bahawa Romita Hasibuan sudah berada di Malaysia untuk jangkamasa lebih 5 tahun. Ingin dinyatakan bahawa dalam paspot tersebut juga ada dengan jelas menyatakan bahawa beliau ada mempunyai paspot lama yang dikeluarkan sebelum itu.

Ingin dinyatakan bahawa Romita Hasibuan sudah berada di Malaysia secara sah sejak tahun 1991. Beliau sudah hadir, berada dan tinggal di Malaysia secara sah lebih kurang 14 tahun sejak bernikah dengan seorang Penduduk Tetap . Kesemua 4 orang anaknya telah dilahirkan di Malaysia dan beliau serta anak dan suaminya telah berada dan tinggal di Malaysia sejak masa itu.

17-5-2005

Pada 17-5-2005, Puan Romita telah bersama dengan En Roland Engan, peguamnya, hadir di Pejabat Immigresen pada "Hari Pelanggan". Mereka berjumpa dengan pegawai di Jabatan Imigresen, yang telah mengesahkan dan menyatakan bahawa Borang Permohonannya lengkap. Beliau juga menyatakan bahawa untuk tujuan penyerahan dan penerimaan Borang Permohonan, penaung atau pihak menganjur mesti juga hadir bersama semasa penyerahan borang tersebut.

Pegawai itu menyatakan bahawa setelah Borang Permohonan tersebut diproses, keputusan akan dimaklumkan kepada Puan Romita - di mana sekiranya keputusan adalah bahawa permohonan ditolak, Puan Romita seterusnya ada hak untuk membuat rayuan kepada Menteri.

Pada masa itu, permohonan Romita Hasibuan tersebut adalah tergolong dalam permohonan di luar kategori yang akan diputuskan secara khas ("special") oleh Jabatan Imigresen.

25-5-2005

Pada 25-5-2005, pada lebih kurang jam 12.00 tengahari, Puan Romita sekali lagi hadirkan diri di Pejabat Immigresen di Shah Alam, kali ini dengan penaungnya atau pihak menganjur, Mohd Syopian, di mana penaung ini juga merupakan seorang ahli Exco Cawangan UMNO.

Pada lebih kurang jam 2.15 petang, nombor giliran Puan Romita dipanggil, dan beliau hadhir di Kaunter 21 - Penyerahan Permit Masuk Warga Negara Asing), di mana mula-mula dia diminta mengisi lagi Borang Permohonan dengan menggunakan pen dakwat hitam. Beliau berbuat demikian dan 15 minit kemudian menyerahkan Borang Permohonan tersebut, di mana pegawai itu mengambil dan kemudian menyerahkannya kembali atas alasan tidak layak buat permohonan.

Puan Romita meminta berjumpa dengan pegawai yang beliau temui pada 17-5-2005, yang telah memberitahu beliau bahawa Romita boleh membuat permohonan dengan syarat penaung atau pihak menganjur mesti hadir sama semasa Borang Permohonan diserahkan. Apabila berjumpa dengan pegawai ini, dia pula buat tak-tahu dan menafikan yang telah menjumpai atau menyatakan sedemikian kepada Puan Romita pada 17-5-2005 iaitu semasa hari pelanggan. Pegawai ini seterusnya mengambil Borang Permohonan tetapi nyata tidak membacanya langsung.

Pegawai tersebut kemudian mulai membuat ugutan mahu membatalkan visa Puan Romita, dan juga mengugut bahawa dia akan ditangkap, ditahan dan dihantar pulang ke Indonesia.

Borang Permohonan Puan Romita dikembalikan begitu sahaja.

Nampaknya pegawai Jabatan Imigresen telah menjadikan Romita ini seperti bola sepak yang ditendang ke sana ke sini.

Borang permohonan tersebut sepatutnya diterima dan diproses, dan setelah diproses barulah keputusan dibuat sama ada menolak atau membenarkan permohonan. Jika ditolak maka Romita akan mempunyai peluang dan hak untuk merayu.

Selain itu, nampaknya pegawai Jabatan Imigresen hanya nampaknya peramah terhadap Romita semasa hari pelanggan dan jika bukan hari pelanggan maka Romita diugut untuk ditangkap, dibatalkan visa dan sebagainya oleh pegawai yang sama.

Hak untuk Puan Romita membuat permohonan, hak untuk permohonan tersebut diproses dan dikaji, hak untuk mendapatkan keputusan berkenaan permohonannya, hak untuk membuat rayuan kepada pihak atasan sekiranya permohonan tersebut ditolak, hak untuk membawa kepada kes ini ke Mahkamah sekiranya rayuannya juga ditolak KINI semuanya tidak dihormati dan diiktiraf. Hak Asasi Puan Romita sebagai seorang pemohon kini telah dicabul.

Permohonan tersebut sangat mustahak kerana beliau harus berada di Malaysia sebagai ibu atau penjaga kepada anak-anaknya yang masih bersekolah dna memerlukan kasih sayang serta asuhan daripada ibu mereka khususnya apabila mereka kini dipisahkan daripada bapa mereka.

Pegawai daripada Jabatan Imigresen bertindak bercanggah dengan pendirian Kerajaan Malaysia yang mementingkan hak keluarga, kanank-kanak dan wanita juga telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerajaan Malaysia yang mementingkan hak keluarga, kanank-kanak

UN CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD.

Malaysia juga mempunyai Akta Kanak-Kanak 2001(Child Act 2001), di mana di bahagian awal Akta tersebut menyatakan dengan jelas komitmen kerajaan Malaysia untuk menjaga hak kanak termasuk hak untuk kanak-kanak bersama ibubapa mereka. Petikan daripada Akta tersebut adalah saperti di bawah ini:-

"Recognizing that the country’s vision of a fully developed nation is one where social justice and moral, ethical and spiritual development are just as important as economic development in creating a civil Malaysian society which is united, progressive, peaceful, caring just and humane…RECOGNIZING that a child is not only a crucial component of such a society but also the key to its survival, development and prosperity…RECOGNISING every child is entitled to protection and assistance in all circumstances without regard to distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, social origin or physical, mental or emotional disabilities or any other status…Acknowledging the family as the fundamental group in society which provides the natural environment for the growth, support and well-being of all its members, particularly children, so that they may develop in an environment of peace, happiness, love and understanding in order to attain full confidence, dignity and worth of the human person…RECOGNIZING the role and responsibility of the family in society, that they be afforded the necessary assistance to enable them to fully assume their responsibilities as the source of care, support, rehabilitation and development of children in society…

6,517 individu telah sehingga kini menandatangani petisyen rayuan "SATUKAN keluarga Maruly, Sarah, Yonatan dan Ismael & Biarkan Mereka Tinggal di Malaysia Sebagai SATU Keluarga", di mana kesemua tandatangan ini akan di hantar kepda YAB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YAB Perdana Menteri dan juga kepada SUHAKAM

Pihak keluarga Maruly, Sarah, Yonatan dan Ismael ingin menyatakan bahawa aduan kali pertama telah dibuat kepada SUHAKAM pada 27-4-2005, di mana ini pula adalah aduan kedua dan pihak kami sekeluarga memohon kepada SUHAKAM untuk segera mengambil tindakan untuk memastikan hak kami sekeluarga dijamin dan diiktiraf.

 

 

 

Messrs Charles Hector & Co, Tel: 019-2371100 (Charles Hector), 79581844

No. 38, Jalan 5/4G, (Charles Hector or Roland Engan)

46000 Petaling Jaya,

(selaku peguam keluarga Abd Mutalib Bin Taib , Maruly Aziz Bin Abd Mutalib(12+ tahun), Sarah Nor Varah Hanim Binti Abd Mutalib (11+tahun), Yonatan Adam Fauzi Bin Abd Mutalib (9+tahun) dan Ismael Syah Putra (6 + tahun) dan Romita Hasibuan)

16 Jun 2005

 



------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke