Hari Kemerdekaan lebih tepat, 17 September, Berita Harian

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Surat/20050917001611/Article/

http://garapmaju.tripod.com/merdeka.html

 

Kita bersetuju dengan pandangan Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini. Beliau berkata semua parti kompenan BN dan pembangkang  patut memberi sokongan kepada majlis penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan.

 

Hujah beliau, “program kemerdekaan tiada kena mengena dengan fahaman politik dan sambutan ini bukan diadakan untuk orang Barisan Nasional saja, ini adalah untuk semua rakyat Malaysia.”

 

Beliau berkata, acara itu sepatutnya mendapat sambutan semua pihak kerana tiada kaitan dengan fahaman politik, sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia. Harapan kita, semoga semua parti dan rakyat menyokongnya.

 

Pandangan ini sealiran dengan kenyataan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Suhaimi Ibrahim kepada Siasah dalam keluaran yang lalu. “Semua orang boleh bercakap mengenai kemerdekaan,” kata beliau merujuk acara Pidato Kemerdekaan anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) pada 6 – 7 Ogos lalu.

 

Pandangan ini turut dikongsi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad kepada Siasah. “Kemerdekaan adalah hak milik rakyat kerana perjuangan memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah adalah perjuangan rakyat,” katanya ketika mengulas tindakan pentadbir universiti yang menghalang mahasiswa menghadiri program anjuran IKD itu.

 

“Oleh itu,” tambah Sobri, “rakyat berhak mengutarakan pandangannya mengenai kemerdekaan. Ia bukan hanya untuk parti-parti dan kerajaan semata-mata.” Mungkin juga segala kekeliruan ini berpunca daripada penggunaan istilah.

 

Kamus Dewan misalnya menafsirkan ‘kebangsaan’ sebagai (1) yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional, (2) dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian dan sebagainya, (3) yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara.

 

Sedang ‘kemerdekaan’ terus ditakrif sebagai perihal merdeka (bebas), kebebasan. Contoh ayat yang dibekalkan Kamus Dewan – “kita telah berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.”

 

Ertinya ‘Kemerdekaan’ jauh lebih tepat, rajih lagi jelas berbanding ‘Kebangsaan’. Justeru, adalah lebih baik ditukar istilah Hari Kebangsaan kepada Hari Kemerdekaan. Dan lagi, berasaskan fakta, tarikh 31 Ogos dikemukakan oleh Syeikh Abdullah Fahim sebagai ‘bekalan’ kepada Tunku Abdul Rahman ke London bagi mendapat kemerdekaan.

 

Semoga perubahan istilah ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Hal ini kerana, sudah ada gesaan supaya tarikh itu dipinda kepada tarikh lain. Rupa-rupanya, ramai yang terkeliru dengan tarikh pembentukan Malaysia dengan tarikh kemerdekaan negara.

 

Misalnya, dilaporkan dalam sebuah laman web portal berita, ada pihak yang mahu sejarah negara diperbetulkan; usia Malaysia 42 tahun dan bukannya 48 tahun. Ini kerana, menurut mereka, Malaysia terdiri daripada Persekutuan Negeri-negeri Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Hujah itu agak kukuh. Lalu, penulis mengalu-alukan hal ini diperdebatkan lagi.

 

 

Ibnuamir al-Pendangi,

Sekolah Pemikiran Siasah,

Pasca-USM.

 

(sambungan … http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/33)

http://ibnuamir.multiply.com/photos/photo/15/129.jpg (koleksi gegambar)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

http://garapmaju.tripod.com/sekolah_pemikiran_siasah.doc

(Siasah di pasaran sekarang. Hubungi pengedar kami agar tidak ketinggalan !!!)

 

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/32

http://harapan-online.blogdrive.com/

http://www.idealis-mahasiswa.net

http://www.malaysiakini.com/news/40260

http://www.malaysiakini.com/letters/40326

 

----------------------------------M-E-S-E-J---T-A-M-A-T------------------------------------


GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke