Disini saya ingin membuat aduan berkenaan dengan perkhidmatan yang 
diberikan di Klinik Rawatan Utama Klinik Am (RUKA) Pusat Perubatan 
Universiti Malaysa (PPUM).

Pada hari Khamis 31 Januari 2008,Jam 8.30 saya tiba di PPUM untuk 
mendapatkan rawatan ibu saya yang mengalamai batuk yang serius.Untuk 
pengetahuan semua ibu saya menggunakan kerusi roda kerana kurang 
upaya.Selepas pendaftaran saya diberi bilik perundingan Nombor (1)
dengan angka giliran 1109.

Pada awalnya Bilik perundingan (1) beroperasi seperti biasa 
sehinggalah jam 9.30 pagi nombor giliran tidak lagi dipanggil sehingga 
jam 11.20 pagi menyebabkan ramai pesakit yang menunggu tidak selesa 
dan ada yang tertidur.Merasakan ada sesuatu yang tidak kena,saya 
bertanyakan pada pembantu jururawat Bilik (1) apa yang berlaku,kenapa 
nombor ibu saya tidak dipanggil?Belia mengatakan bahawa doktor yang 
bertugas dibilik satu sedang ada 'Lecture'.Kemudian saya bertanya pada 
Staff Nurse bilik No(1), Kenapa ada Lecture sedangkan Doktor perlu 
merawat pesakit.Dimanakan polisi dan piagam Pelanggan PPUM disaat 
ketika pesakit memerlukan rawatan.Jika ada pesakit yang serius,mungkin 
sudah lama menemui ajal diluar bilik menunggu.Kemudian saya memohon 
kebenaran untuk berjumpa dengan Doktor bertugas di bilik (1),memang 
benar dimana sedang berlaku satu sessi temuramah dengan Lecture.Apa 
yang dimaklumkan oleh Staff Nurse bilik (1)Lecture tersebut tidak ada 
dalam 'Schedule'.Jadi kenapa perlu susahkan pesakit yang menunggu 
sehingga berjam jam lamanya.Selepas membuat aduan beberapa kali dan 
meminta supaya ibu saya di pindahkan kebilik rawatan lain,selepas 15 
minit barulah ibu saya yang uzur dan sudah pun terlelap akibat 
keletihan dipanggil ke bilik perundingan(2)Dimana Doktor lain telah 
merawat dengan penuh Profesional.
Kesimpulannya,akibat tiada perancangan yang betul,pesakit dibiarkan 
berjam jam menunggu tanpa dimaklumkan atau dipindahkan kebilik rawatan 
yang lain.
Saya berharap pihak atasan PPUM dapat turun padang dan melihat pegawai 
perubatan mereka menjalankan kerja,jangan kerana sikap tidak 
profesional mereka pesakit menjadi mangsa.Sebagai sebuah Hospital 
Universiti sepatutnya PPUM lebih peka dan profesional dalam memberikan 
rawatan kepada pesakit yang memerlukan.Diharap mendapat perhatian yang 
sewajarnya.Jangan jadikan piagam pelanggan sekadar hiasan saja.





Kirim email ke