Assalamualaikum...

                                      Keberkatan surah al-ikhlas





                                      Ketika Memulakan Kerja
                                      Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
      apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
      ini akan keluarlah iblis Dan syaitan yang
      berada didalam tubuh Kita Dan juga di
      sekeliling Kita, mereka akan berlari
      keluar umpama cacing kepanasan.



                                      Sebelum Masuk Ke Rumah


                                      Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah
      Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
      dengan kaki kanan Dan dengan membaca
      bismillah. Berilah salam kepada anggota
      rumah Dan sekiranya tiada orang di rumah
      berilah salam kerana malaikat rumah akan
      menyahut.  Amalkanlah bersolat kerana
      salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
      pada akhir solat akan membantu Kita
      menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
      memberi salam, seorang yang jarang
      bersolat akan sukar menjawab salam
      tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
      bersolat, amalan daripada salam yang
      diucap di akhir solat akan menolongnya
      menjawab salam malaikat itu.

                                      Ketika Sakit

                                      Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
      Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
      sewaktu sakit sehingga dia meninggal
      dunia, maka dia tidak akan membusuk di
      dalam kuburnya, akan selamat dia dari
      kesempitan kuburnya Dan para malaikat akan
      membawanya dengan sayap mereka melintasi
      titian siratul mustaqim lalu menuju ke
      syurga. Demikian diterangkan dalam
      Tadzikaratul Qurthuby).



                                      Khatam al-Quran

                                      Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah
      teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
      kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka
      masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
      sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina
      Ummar telah mengatakan bahawa ianya
      mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
      begitu cepat.  Kemudiannya Saiyyidina Ali
      mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
      bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
      Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada
      waktu itu) tidak tahu apa yang
      dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali
      membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
      Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan
      bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
      Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
      Membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
      membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
      qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
      membaca 30 jus Al-Quran.



                                      Pahala Membacanya

                                      Berkata Ibnu Abbas r.a. Bahawa Rasulullah
      SAW telah bersabda: Ketika saya
      (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
      saya telah melihat Arasy di atas 360,000
      sendi Dan jarak jauh antara satu sendi ke
      satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
      Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
      Sahara sebanyak 12,000 Dan luasnya setiap
      satu padang Sahara itu seluas dari timur
      hingga ke barat.  Pada setiap padang
      Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
      mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
      Setelah mereka selesai membaca surah
      tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan
      kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami
      ini kami berikan kepada orang yang membaca
      surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
      perempuan.  Sabda Rasulullah SAW lagi:
      Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
      sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
      tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
      Allahhus Somad itu tertulis di sayap
      malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
      tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
      Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
      pada sayap malaikat Israfil a.s.  Nota
                                      Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul
      saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
      kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda
      Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku
      walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila
      matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
      perkara yang akan dibawanya bersama: (1)
      Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa
      anak-anaknya yang soleh Dan (3) Ilmu yang
      bermanfaat yang disampaikannya kepada
      orang lain.



                                      .Wallahu a'lam



     
            
     

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Anda menerima pesan ini karena berlangganan ke Grup "aga-madjid" Google
Groups.
Untuk memposting ke grup ini, kirimkan email ke
[email protected]
Untuk bergabung dengan grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk keluar dari grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk pilihan lain, kunjungi grup ini di
http://groups.google.co.id/group/aga-madjid?hl=id
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

<<inline: image001.jpg>>

Kirim email ke