Sebenernya ini pesawatnya punya bossnya lion air apa punya sriwijaya yah..

Liat aja tuh ada logonya sriwijaya xixixi..

 

 

 



  _____  

From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of [EMAIL PROTECTED]
Sent: 27 Nopember 2008 14:27
To: [email protected]
Subject: ~ aga ~ TURUN JET PERIBADI - ASHRAF & BUNGA

 

 


> Subject: FW: TURUN JET PERIBADI=ASHRAF N BUNGA 
> 
> SUBANG JAYA, 11 NOV 2008:  Pasangan selebriti Malaysia-Indonesia yang baru

saja mendirikan rumahtangga, Ashraf  Daniel Sinclair, 29, dan Bunga Citra 
Lestari, 25, selamat tiba di Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur dengan 
menaiki jet peribadi kira-kira jam 4.55 petang tadi. 
> 
> 
> Jet peribadi yang dinamakan The Grace itu adalah kepunyaan usahawan 
Indonesia yang kaya-raya iaitu Usman Sapta yang juga pemilik kepada
penerbangan 
Lion Air, Indonesia.  Usman yang juga bapa kepada rakan baik Bunga
memberikan 
tajaan penerbangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan buat Bunga-Ashraf.> 
> 
> 
> Ashraf dan Bunga yang tiba bersama entourage mereka termasuklah penyanyi 
Singapura, Syed Azmir serta Sazzy Falak dan suaminya, Nazril kelihatan
gembira 
sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan tersebut. 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> Mereka juga kelihatan cukup bangga sekali mengenakan kemeja-t yang 
bertulis, Just Married!  Apa yang lebih menarik, sebuah kereta mewah Rolls
Royce 
sedia menanti pasangan mempelai itu di perkarangan lapangan terbang
terbabit. 
> 
> 
> "Saya sangat gembira dengan perkahwinan kami ini. Saya juga sangat 
senang sekali apabila dapat mempersuamikan Ashraf. Dia seorang lelaki yang
hebat 
dan menjaga saya dengan cukup baik sekali. 
> 
> 
> "Tapi memandangkan kami masih lagi mempunyai 2 majlis resepsi yang 
perlu dilakukan di sini, maka kami masih lagi belum dapat menikmati mood
sebagai 
pasangan suami isteri yang sebenar," katanya Bunga kepada
<http://murai.com.my/> murai.com.my. 
> 
> 
> Mengulas tentang majlis perkahwinanya yang telah dilabel sebagai Wedding 
of The Year di Jakarta, penyanyi seksi yang terkenal dengan lagu berjudul
Engkar 
ini memberitahu, apa yang diimpikannya hanya sebuah perkahwinan yang
terbaik. 
> 
> 
> "Atas sebab itu, segala perancangan telah dilakukan sejak awal lagi 
dan saya menyerahkan tugasan itu kepada mereka yang lebih pakar dalam
soal-soal 
yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. 
> 
> 
> "Tidak sangka juga bila ramai yang menggelarkan ia sebagai Wedding of 
The Year. Rasa seronok bila mendapat maklum balas yang sebegitu. Tetapi
konsep 
garden party yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang segar serta  berwarna 
lembut hasil dekorasi Lotus itu memang menjadi pilihan saya, " katanya yang 
telah memilih Rina Gunawan sebagai Wedding Planner. 
> 
> 
> 
> Bunga Nafi hamil atau gugurkan anak! 
> 
> 
> Bunga turut mengulas tentang gosip yang mengatakan dia ketika ini sedang 
hamil sebagaimana yang telah diuar-uarkan pihak media di Indonesia sebelum
ini. 
> 
> 
> "Sebetulnya berita ini telah tesebar sejak 3 bulan yang lalu. Saya 
sendiri tidak mengerti mengapa mereka (pihak media) di sana berbuat begitu.
Saya 
tidak tahu apa motif sebenar mereka. 
> 
> 
> "Setiap kali ada artis wanita yang mahu mendirikan rumahtangga di 
sana, mereka pasti akan menyebarkan cerita tentang gosip artis itu sedang
hamil. 
Kalau betul saya hamil, tidak mungkin perut saya sampai sekarang begini
saja. 
> 
> 
> "Seperkara lagi, saya masuk hospital bukan disebabkan saya gugurkan 
anak. Wartawan sendiri tahu saya pergi hospital itu kerana penyakit usus
besar 
dan mereka boleh periksa rekod penyakit saya. 
> 
> 
> "Apapun saya sudah lali dengan gosip seperti ini. Saya juga tidak 
mahu ambil pusing dengan apa yang mereka tulis tentang saya," katanya. 
> 
> 
> Ashraf pohon maaf atas kelewatan 
> 
> 
> Sementara itu Ashraf  pula memohon maaf kepada pihak wartawan tempatan 
yang sudah hampir 3 jam menunggunya di lapangan Terbang Subang sejak jam
1.30 
petang lagi. 
> 
> 
> "Saya minta maaf sangat-sangat di atas kelewatan ini. Apa yang 
berlakunya sebenarnya langsung tidak disengajakan dan ia berpunca daripada
saya 
sendiri apabila visa saya menghadapi masalah kerana tarikh tempohnya sudah
tamat 
sejak 8 November lalu. 
> 
> 
> "Kalau hendak diikutkan, memang saya boleh pulang dengan visa yang 
telah tamat tarikh tempohnya itu. Perkara itu tiada masalah dan pihak
imigresen 
di sana memang membenarkan. 
> 
> 
> "Tapi sekiranya saya pulang begitu saja , saya tidak akan dibenarkan 
masuk semula ke Indonesia lagi. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah saya pergi
ke 
imigresen di sana semula untuk memproses serta memperbaharui visa saya pada
masa 
itu juga. 
> 
> 
> "Proses tersebut ternyata memakan sedikit masa dan sebab itu kita 
bertolak agak agak sedikit lambat iaitu kira-kira jam 2.45 (waktu 
Jakarta)," katanya. 
> 
> 
> Ashraf juga mengakui bahawa dia kini berasa tertekan kerana terpaksa 
memastikan bahawa segala-gala berjalan lancar di majlis resepsi yang 
dikendalikan di sebelah pihaknya.  > 
> 
> 
> "Sebelah pihak perempuan sudah pun selesai. Kini giliran pihak saya 
pula. Memang terasa sungguh tekanan ini. Tapi saya rasa seronok sebab dapat 
melalui budaya yang pelbagai di majlis persandingan saya. 
> 
> 
> "Waktu di Jakarta, majlis persandingannya di buat dengan penuh adat 
istiadat Minang. Di majlis resepi saya yang pertama nanti, ia akan
berkonsepkan 
English Wedding, manakala majlis resepsi yang kedua pula penuh dengan 
adat-istiadat Melayu. 
> 
> 
> Sementara itu Sazzy selaku teman rapat Ashraf pula berkata, dia sangat 
gembira dengan perkahwinan Ashraf. 
> 
> 
> "Sepanjang mengenalinya, saya tahu macam-macam yan telah dilaluinya. 
Akhirnya dia berjaya juga memperisterikan seseorang yang cukup dicintainya. 
Melihat dia melafazkan akad nikah dengan hanya sekali saja, ia membuatkan
saya 
rasa cukup terharu. Saya juga sentiasa doakan yang terbaik untuk 
perkahwinannya," kata Sazzy.




  
 </font


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Anda menerima pesan ini karena berlangganan ke Grup "aga-madjid" Google
Groups.
Untuk memposting ke grup ini, kirimkan email ke
[email protected]
Untuk bergabung dengan grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk keluar dari grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk pilihan lain, kunjungi grup ini di
http://groups.google.co.id/group/aga-madjid?hl=id
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

<<inline: image001.gif>>

Kirim email ke