Bilal seorang hamba yang berkulit gelap, dari Habsyah (Afrika). Beliau merupakan antara sahabat yang terawal menyahut seruan dakwah Rasulullah SAW. Selepas ke-islamannya diketahui oleh majikan (Umayyah bin Khalaf), beliau disiksa dengan amat keji. Akhirnya beliau ditebus oleh Abu Bakar as-Siddiq.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Semua sahabat menangis, bahkan Umar al-Khattab tidak dapat menerima kepergian Rasulullah. Bilal bin Rabbah adalah salah satu sahabat yang paling sedih dengan wafatnya Rasulullah SAW. Lalu sampai waktunya, Bilal mengumandangkan azan. Satu persatu kalimat azan dikumandangkan. Namun, sampai pada kalimat ‘Ashhadu anna Muhammada Rasululullah’ , suara beliau tercekat, tidak dapat meneruskan azan kerana terlalu sedih kehilangan Rasulullaah SAW. Seluruh penduduk Madinah juga menangis menghantar jenazah Rasulullah SAW. Selepas itu, Bilal menolak untuk mengumandangkan azan meskipun diminta oleh Saiyyidina Abu Bakar sendiri. Beliau meminta izin daripada khalifah pada masa itu (Sayyidina Abu Bakar) untuk berhijrah ke Syam. Setelah beberapa tahun berlalu, Bilal bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpinya, Rasulullah bertanya kepada Bilal “mengapa bersikap keras begini? Tidakkah kamu ingin menziarahi aku?” Lalu Bilal bangun dari tidur dan terus menuju ke makam Rasulullah SAW. Beliau duduk di sisi makam baginda, sambil menangis, menangis, dan menangis menghayati hari-hari indah bersama Rasulullah SAW. sampai Hassan dan Hussein datang lalu mereka berpelukan. Hasaan dan Hussien meminta Bilal mengumandangkan seruan azan kembali dan Bilal bersetuju. Azan yang pertama selepas kewafatan baginda. Azan yang dirindui penduduk Madinah al-Munawarah. Apabila seruan azan dari Bilal memenuhi segenap ruang di Madinah, seluruh penduduk Madinah terkejut, lalu menghamburkan air mata, mengenangkan hari- hari indah bersama Rasulullah SAW. Hari itu hari yang paling ramai orang menangis di Madinah. Di situ, ada satu perasaan yang wujud di kalangan para sahabat. Perasaan teramat rindu pada junjungan mulia Rasululullah SAW yang telah banyak berkorban, bersama mereka dalam susah dan senang. Persoalannya, masih adakah wujud perasaan itu dalam hati kita? Kecintaan kita pada Rasulullah Muhammad SAW, meneladani kehidupan beliau?... ------- Do'a hari ke 18: ”Ya Allah sadarkanlah aku untuk mengetahui berkat yang ada pada waktu sahur. Terangilah hati-ku dengan cahaya-Mu yang lembut. Jadikanlah seluruh anggota badanku dapat mengikuti cahaya itu. Wahai Penerang hati sanubari”. *".... I am the KING to my own UNIVERSE that Rule my MIND, BODY and SOUL!!! ...." * ** *- Aga Madjid -* -- you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups. to post emails, just send to : [email protected] to join this group, send blank email to : [email protected] to quit from this group, just send email to : [email protected] please visit to www.facebook.com/aga.madjid, add my Yahoo Messenger at [email protected] or add my twitter @aga_madjid thanks for joinning this group.
