Siapa Paling Sengal
Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia
Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang
dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden
cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu
Maghrib nanti.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti
kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu kesurau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon
daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali
pun tak khusyuk juga lagi.
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok. Tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni
pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yang lain2 pun ikut berhenti sambil ketawa
terbahak2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap
dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan
bongkaknya si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He heee..."

Tok imam pun terkedu dan terpana...t



-- 
*".... I am the KING to my own UNIVERSE that Rule my MIND, BODY and
SOUL!!! ...."
*
**
*- Aga Madjid -*

-- 
-- 
you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups.
to post emails, just send to :
[email protected]
to join this group, send blank email to :
[email protected]
to quit from this group, just send email to :
[email protected]
please visit to www.facebook.com/aga.madjid,
add my Yahoo Messenger at [email protected] or
add my twitter @aga_madjid
thanks for joinning this group.

--- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"aga-madjid" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email 
to [email protected].
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.


Kirim email ke