PANDUAN MENANAM BUNCIS
 
PENDAHULUAN 

Kacang buncis merupahan sejenis sayur kekacang yang berbuah dan 
sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari 
Amerika tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat 
tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan 
memerlukan pancang untuk memanjat. 

JENIS-JENIS KACANG BUNCIS 

Terdapat dua jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. 
Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat dimana 
terapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu: 

MBK -- Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis 
ini yang biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI. 
MBK-- Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. 
Jenis ini banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan di Melaka.

TANAH 
Kacang buncis boleh ditanam pada pelbagai jenis tanah dari pasir 
peroi hingga ke tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik 
salirannya dan PH 5.5- 6.8 adalah paling sesuai untul penanamannya. 

PENANAMAN 

Bajak dan gemburkaan tanah sedalam 15-22cm untuk pertumbuhan akar 
yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 0.3m tinggi dan 
panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6m.


Menaman 

Tanam 4 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 0.6 m 
antara baris dan 0.45m antara pokok. Setelah anak benih cambah dan 
membesar tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 6 kg biji 
benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha. 

Menyedia junjung 
Untuk mendapatkan hasil yang tinggi kacang buncis perlu diberi 
junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggi dengan 
menggunakan kayu pancang berukuran 1.8-2.4m. 

Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di 
bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut 
yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman meliliti kayu sokongan. 
satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. 
Sambung dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan 
dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai 
sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan 
melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat 
junjung. 

PENJAGAAN 

Menyiram air 
Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan 

Membaja 
Gunakan baja asas, tahi ayam sebanyak 2 tan untuk 0.4 hektar. Tabur 
baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas 
batas dan gaulkan dengan tanah. 

Merumput 
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakan 
persaingan tanaman dengan rumpai.

MEMUNGUT HASIL 

Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menaman. Kutip kacang 
sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2.3 hari sekali 
dalam masa 3 minggu. Hasil Purata di anggarkan 4,800 kg bagi setiap 
0.4 hektar.








REKOMENDASI MILIS:
http://groups.yahoo.com/group/hatihatilah
http://groups.yahoo.com/group/relasimania
http://groups.yahoo.com/group/ebookmaniak
http://groups.yahoo.com/group/agromania
http://groups.yahoo.com/group/katasibijak
http://groups.yahoo.com/group/agromania
http://groups.yahoo.com/group/indogitar
http://groups.yahoo.com/group/sukasukamu
http://groups.yahoo.com/group/indowanted 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/agromania/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke