Tanggal: Wed, 2 May 2007 00:08:40 +0700 (ICT)
Dari: "ramada agus" <[EMAIL PROTECTED]>
Apa kata cakap Malaysia ?
Oleh. Agus Ramada Setiadi
Situs www.wilkipedia.org, Malaysia bilang cakap Domba dengan
julukan Biri-Biri. Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat
di Malaysia. Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2
jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lebut dan halus dan mempunyai telinga
kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga
biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimport daripada
Hongkong, Singapore atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma
dan India.
Sedangkan Malaysia cakap Kambing ya Kambing, Kambing (bahasa Inggeris: goat)
ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra
aegagrus hircus. Kambing dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan
ternakan. Terdapat juga kambing yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali
sebagai kambing gurun. Kambing gurun merupakan haiwan dilindungi. Kambing
merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama kambing adalah rumput,
kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg
rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ianya
kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada
makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang
perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa
dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih
dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ianya kerana, makanan
yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza. Kambing amat
tidak suka terkena air, sehingga menimbulkan satu peribahasa "Bagai kambing
terkena hujan" atau di Indonesia, "Hujan turun, kambing lari". Kambing turut
menyumbangkan sumber utama daging terutamanya pada musim perayaan. Tapi ada
yang lebih menarik lagi, situs. Agrolink Malaysia:
A - Z SOAL JAWAB MENGENAI BIRI-BIRI
APAKAH DASAR KERAJAAN DALAM PERKEMBANGAN TERNAKAN BIRI-BIRI?
Bersesuaian dengan Dasar Pertanian Negara, keutamaan telah diberikan kepada
pemeliharaan ruminan kecil secara komersial. Bagi mengurangkan kos pengeluaran,
menternak secara integrasi di dalam kebun atau ladang getah, kelapa sawit atau
tananian utama lain.
Bahasa Indonesia disebut Pertanian Organik atau Terintegrasi.
APAKAH KEBAIKAN SISTEM INTEGRASI INI ?
Dapat inenyuburkan tanaman di ladang, mengurangkan kos pengawalan rumpai
antara 20-30%, memberikan hasil pendapatan sampingan yang lumayan.
Peningkatan Kesejahteraan Petani.
BOLEHKAH BIRI-BIRI DIPELIHARA DI KAWASAN SELAIN DARIPADA GETAH DAN KELAPA
SAWIT ?
Boleh, asalkan mempunyai kawasan meragut dan biri-biri tidak merosakkan
tanaman utama berkenaan; contohnya di kawasan tanainan kelapa, kebun
buah-buahan dan koko.
APAKAH SAIZ EKONOMIK PENTERNAKAN BIRI-BIRI ?
Pulangan yang berpatutan, diperolehi dengan memelihara sekurang kurangnya 100
ekor biri-biri betina. Matlamat ini boleh dicapai jika kadar kelahiran 150%
setahun dan kematian tidak melebihi 5% setahun.
BERAPA BANYAKKAH BIRI-BIRI DAPAT DIPELIHARA SECARA INTEGRASI?
Ini bergantung kepada umur tanaman utama dan kesediaadaan rumput/rumpai di
bawah tanaman utama. Amnya getah atau kelapa sawit berumur 2-3 tahun dapat
menarnpung 3-4 ekor biri-biri setiap ekar. Semakin tua tanaman berkenaan,
semakin kurang bilangan biri-biri boleh dipelihara.
Andaikan anggota Millis ada yang bekerja di perkebunan Sawit Astra, Minamas
atau Lonsum barangkali?
APAKAH JENIS TERNAKAN BIRI-BIRI YANG SESUAI DIPELIHARA SECARA KOMERSIAL?
Biri-biri import jenis Polled Dorset atau Dorset Horn didapati dapat
menyesuaikan diri dengan baik di kawasan kelapa sawit dan getah. Ternakan
kacukan Dorset Horn atau Polled Dorset deiigaii biri-biri tempatan sedang
digalakkan dipelihara secara besar-besaran berdasarkan ketahanannya terhadap
penyakit dan pertumbuhan yang lebih baik daripada biri-biri tempatan.
Belum Tahu Domba Indonesia Kualitas TerbaikJ
APAKAH JENIS BIRI-BIRI YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA ?
Ada 3 kumpulan:-
Biri-biri Tempatan (MALIN);
Jenis Exotic (asal dari luar negeri);
Dorset
Wiltshire
Romney
Suffolk
Corriedale
Border Leicester
Kacukan-kacukan di atas.
Pertanyaan lainnya silahkan membaca berikut ini:
BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN BAKA KACUKAN ?
Terdapat 2 cara:
o Penternak boleh membeli baka kaeukan dari pihak swasta, agen
pembekal atau ladang-ladang kerajaan.
o Penternak bolehjuga menghaslikan sendiri dengan mengahwinkan
biri-biri pejantan import dengan betina tempatan atau betina import dengan
pejantan tempatan.
MENGAPA MALAYSIA PERLU MENGIMPORT TERNAKAN BIRI-BIRI DARI LUAR NEGERI?
Bagi mencapai matlamat satu juta biri-biri dalam tahun 2000. Populasi
biri-biri Negara mesti ditingkatkan ke paras sekurangkurangnya 130,000 pada
tahun 1990. Pengimportan bukan sahaja boleh meningkatkan populasi juga boleh
meningkatkan produktiviti ternakan tempatan melalui program pengacukan.
10. SAYA ADA MEMPUNYAI KAWASAN DAN INGIN MENJADI PENTERNAK BIRI-BIRI TETAPI
TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP, BAGAIMANA CARANYA?
Tuan boleh memohon pinjaman bank untuk membina kandang, membeli biri-biri dan
membeli makanan tambahan serta mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada
Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Atau tuan boleh menyediakan segala infrastruktur dan memohon biri-biri pawah
daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SISTEM PAWAH BIRI-BIRI ?
Sistem di mana penternak diberi ternakan biri-biri betina untuk dipelihara,
dan bagi setiap ekor biri-biri yang dipawahkan penternak wajib memularigkan
kepada Kerajaan seekor anak berumur tidak kurang 9 bulan dan ianya harus
diselesaikan dalam masa 36 bulan.
BAGAIMANA PULA DENGAN LATIHAN ?
Latihan ada disediakan di Institut Haiwan Kluang selama 5 hari dan peserta
boleh ditempatkan di asrama Institut tersebut.
Atau tuan-tuan boleh mernohon mendapatkan latihan setempat (in situ) iaitu di
kawasan projek Jabatan, kursus/latihan sebegini hanya boleh diberi 1-2 hari
sahaja.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS SAYA MENERIMA BIRI-BIRI
IMPORT ?
Memberi makan dan minum secukupnya.
Memberi perhatian yang rapi.
Lapor kepada Pejabat Haiwan jika ternampak sebarang tandatanda sakit atau
sebarang keganjilan.
Kurangkan gangguan dalam minggu pertama.
Dicampurkan ubat 'anti stress'dalam air minuman.
Selepas 2 minggu baru diasingkan kumpulan bunting sarat, sakit dan
kumpulan ibu bersama anak.
APAKAH CARA PEMELIHARAAN PALING BAIK DALAM PROJEK INTEGRASI ?
Sistem separuh bebas.
Meragut di waktu teduh dan dikandangkan di waktu panas dan malam.
Petang diberikan sedikit dedak dan malam sedikit rumput potong untuk
bekalan hingga ke pagi sebelum dilepaskan.
Air minum bersih di sepanjang masa.
Kandang di antara tanaman utama perlu mempunyai cukup pengudaraan dan
ruang lantai.
Kandang mudah dibersihkan.
Mempunyai kandang/petak berasingan bagi biri-biri sakit, bunting dan
anak.
APAKAH CIRI-CIRI KANDANG YANG SESUAI ?
Kandang mestilah kukuh.
Mempunyai pengaliran udara yang baik termasuk ruang bumbung yang terbuka.
Terletak di kawasan kering dan berhanipiran dengan kawasan ragutan.
Ruang lantai yang cukup, sekurang-kurangnya 7 kaki persegi (0.65 meter
persegi) bagi setiap ekor.
PERLUKAH RUMPUT POTONG DISEDIAKAN DALAM KANDANG ?
Perlu sekah terutama untuk biri-biri yang tidak dilepaskan. Juga sebagai
tambahan di waktu malam dan pagi semasa biri-biri berada dalam kandang.
BERAPA BANYAKKAH RUMPUT YANG HARUS DIBERI ?
Anggaran berat kering 3-5% daripada berat badan. Contohnya bagi biri-biri
seberat 40 kg dan kandungan berat kering rumput 20%, berat rumput segar perlu
diberikan.tall kurang daripada 10 kg sehari.
BERAPA LAMA DAN BILA MASAKAH BIRI-BIRI SEBAIKNYA MERAGUT ?
Minimum 6 jam sehari, bermula di sebelah pagi sebaik sahaja rumput tidak
terlalu basah. Kebiasaannya pukul 9 atau 10 pagi hingga 3 atau 4 petang untuk
kawasan ladang/Estet. Kawasan padang ragut terbuka, mungkin perlu dibahagikan
waktu meragut kepada dua; contohnya antara 8-11 pagi dan 3.30 - 6.30 petang.
APAKAH NISBAH BIRI-BIRI JANTAN DAN BETINA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN
PERKHIDMATAN HAIWAN ?
Kadar 1 jantan bagi tiap 20-25 ekor betina adalah disyorkan.
BAGAIMANA CARA MEMILIH BAKA BIRI-BIRI BETINA DAN JANTAN YANG BAIK UNTUK
KUMPULAN PEMBIAK ?
Betina
Umur 1 tahun
Tidak cacat dan sihat tubuh badan.
Keturunan yang baik seperti pandai menjaga anak dan dapat rnengeluarkan
susu yang cukup untuk anak.
Jantan:
Umur 2 tahun atau lebih.
Tidak cacat, berbadan tegap dan mempunyai otot-otot bahagian belakang
yang besar dan kuat.
Buah zakar yang sederhana besar dan sama saiz nya.
BAGAIMANA MENGURUSKAN ANAK YANG BARU DILAHIRKAN ?
Pastikan ia mendapat susu awal (kolostrum), kalau perlu ianya harus
dibantu.
Asingkan anak dan ibu daripada kumpulan lain.
Bagi anak yang lemah, badannya perlu dikeringkan dari diletakkan di
tempat kering dan diperkenalkan kepada ibunya.
Tali pusat disapu dengan iodin atau sebarang antiseptik.
MENGAPA KITA PERLU MEMOTONG BULU BIRI-BIRI IMPORT SETIAP 6 BULAN ?
Untuk menyejukkan badan dan juga mengelakkan kekotoran atau Ialat bertelur di
celah-celah bulu yang mungkin lembap di keadaan cuaca seperti Malaysia ini,
BERAPA KERAPKAH UBAT CACING PERLU DIBERIKAN ?
Setiap 3 minggu sekali. Tetapi selepas 2 minggu diberi ubat cacing, clok
kalau diuji selidik najisnya bagi melihat cacing atau telur cacing untuk
tindakan rawatan selanjutnya.
APAKAH PENYAKIT YANG SERING DIJANGKITI OLEH BIRI-BIRI ?
Cacing -- boleh menyebabkan kematian. Beban cacing yang tinggi inenyebabkan
biri-biri kurus, kurang selera makan, lemah, berak cair dan pucat.
Puru - disebabkan oleh virus. Puru tumbuh di sekitar bibir, mulut dan hidung.
Bahagian puru menyebabkan kulit pecah dan memudahkan jangkitan kuman-kuman
lain. Jangkitan yang tidak serious membolehkan penyakit sembuh dan biri-biri
laii dengan sendirinya.
Blue Tongue (Penyakit Lidah biru) - disebabkan oleh virus, mudah terkena ke
atas biri-biri import. Bahagian kulit selaput lidah atau bahagian mulut, bibir
dan gusi merah dan membengkak. Air liur keluar bertali-tali dan ia boleh
menjadi tempang.
Kembong - biasa disebabkan olch memakan rumput muda dan banyak protein
seperti kekacang. la dapat dielakkaii dengan memberi rumput yang cukup.
SEJAUH MANAKAH KESAN PENYAKIT LIDAH BIRU TERHADAP TERNAKAN BIRI-BIRI ?
Tidak boleh dirawat, tetapi boleh dielak dengan suntikan pelali dan boleh lab
dengan sendiri. Kadar jangkitan rnencapai 30% dan kadar kematian antara 5 - 50%
daripada biri-biri yang dijangkiti. Boleh dielakkan jika nyamuk pembawa virus
ini Genis Culicoides) dapat dihindarkan, misainya dengan cara mengasapkan atau
semburan bahan kimia (contoh malathion).
APAKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BIRI-BIRI MATI ?
Ternakan sendiri yang mati perlu diketahui sebabnya, dengan melaporkan kepada
Pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mustahak untuk langkah pencegahan
kematian biri-birl lain atas sebah-sebab yang sama.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan menyediakan sijil kematian, merekodkan
dalam buku rekod pawah dan membuat bedaii siasat. Bangkai tersebut kemudiannya
boleh ditanam sekurangkurangnya 4 kaki dalam atau dibakar.
BAGAIMANA BIRI-BIRI BOLEH DIJUAL/PASARKAN ?
Biri-biri betina pembiak boleh dijual kepada ladang-ladang persendirian yang
memerlukan dan jantan selain dijual sebagai baka pejantan,juga boleh dijual
untuk sembelihan.
Buat masa ini belum ada badan yang menguruskan pemasaran biri. biri ini,
tetapi sedang dirancang oleh beberapa agensi Kerajaan di bawah Kementerian
Pertanian.
MENGAPA REKOD-REKOD PRESTASI TERNAKAN PERLU DISEDIAKAN ?
Berguna untuk rujukan setiap individu biri-biri peliharaan ketika:
jualan atau asingsingkiran
pemeliharaan baka atau pembiakan
membuat rawatan dan kawalan penyakit
Apakah di Indonesia bisa mengarah seperti ini? Salam Bertani Sehat!
---------------------------------
Kunjungi halaman depan Yahoo! Indonesia yang baru!
[Non-text portions of this message have been removed]