Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

Ini adalah pertama sekali saya menulis post untuk group ini. Jadi 
saya tidak tahu dari mana saya harus memulakan penulisan saya 
mengenai pertanian ini. Walaubagaimanapun saya cuba juga untuk 
menulis, jadi saya merasakan biarlah untuk pertama kali ini saya 
menulis mengenai pengurusan baja......

Pengurusan Baja

Sebelum kita membincangkan mengenai pengurusan baja ada baiknya 
rasanya kita mengetahui mengenai matlamat pengurusan baja didalam 
bidang pertanian terlebih dahulu.

Seperti mana yang diketahui baja adalah suatu bahan kimia atau bahan 
organik yang banyak digunakan di dalam pertanian sebagai menambah 
kesuburan tanah. Secara ringkasnya 5 matlamat pengurusan baja iaitu:

a)menambahkan hasil
b)mengurangkan kos pengeluaran
c)meningkatkan kualiti hasil
d)mengurangkan risiko serangan penyakit
e)mengelakkan pencemaran alam sekitar


Untuk kali ini saya hanya akan membincangkan dua sahaja matlamat 
pengurusan baja...

a) Menambahkan Hasil

Saya rasa bahagian ini tidak perlu saya huraikan secara lebih 
mendalam kerana ramai pun yang telah mengetahi bahawa pengunaan baja 
adalah untuk menambahkan hasil bagi setiap jenis tanaman yang kita 
tanam. Untuk pengeluaran secara komersil ini adalah penting kerana 
dengan pertambahan hasil maka kita akan mendapat lebih keuntungan.

Untuk lebih memahami tentang meningkatnya keuntungan dengan 
pertambahan hasil pertanian, saya akan memberikan contoh ringkas:

"Sekiranya Abu menanam satu pokok cili tanpa memberikan baja, dia 
akan mendapat hasil sebanyak 3 kilo buah cili untuk satu pokok. Jika 
sekilo dia jual RM5 makan dia akan mendapat RM 15. Tetapi jika Abu 
memberikan baja kemungkinan satu pokok cili akan mengeluarkan buah 
sebanyak 6 kilo, jika dia menjual dengan harga yang sama maka dia 
akan mendapat sebanyak RM30"

Saya harap anda semua boleh faham apa yang saya ingin maksudkan. 
Memang contoh diatas nampak kecil perbezaannya iaitu sebanyak RM 15 
sahaja. Tapi itu untuk satu pokok. Cuba saudara bayangkan jika 
seorang pengusaha ladang itu menanam satu hektar cili maka jumlah nya 
akan mencecah ribuan ringgit.

b) Mengurangkan Kos Pengeluaran

Mengurangkan kos! Tentu ramai yang tidak setuju dengan kenyataan ini. 
Macam mana pulak dengan menggunakan baja dapat kurangkan kos?

Sebenarnya banyak segi yang boleh dibincagkan bagaimana dengan 
penambahan baja dapat mengurangkan kos perusahaan pertanian . Tapi 
saya hanya akan membincangkan satu sahaja buat masa ini. Sebab untuk 
membincangkan dengan detail mengenai pengurusan baja ianya boleh buat 
satu buku tebal!

Antara kos yang dapat dikurangkan ialah kos penyelenggaraan perosak. 
Perkara ni logik sahaja. Jika kita memberikan baja maka pokok kita 
akan lebih subur. Jika pokok itu subur maka perosak akan kurang 
menyerang pokok tersebut. Jika perosak tak serang maka tidak perlu 
pekerja untuk penyelenggaraan.

bersambung.......................

fadhil_azri,
http://infopertanian.blogspot.com/
http://bizinternetmalaysia.blogspot.com/






Kirim email ke