Utusan Malaysia

Jiwa Realiti sasar pasaran OIC

KUALA LUMPUR 20 April - Pengeluar produk kecantikan dan makanan kesihatan, Jiwa 
Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa) melangkah setapak lagi apabila mula menembusi 

pasaran 57 buah negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Ini merupakan satu pencapaian terbaik syarikat tersebut walaupun baru hampir 
sebulan ia ditubuhkan.

Presidennya, Eric Yap berkata, sehingga kini, pihaknya merancang menerokai 
pasaran lima buah negara dan pada akhir Mei ini, ia akan ke pasaran Indonesia.

Menurut beliau, pihaknya akan menggunakan OIC World Trade (OWT) bagi 
mengembangkan pasarannya.

\"Kami yakin produk kami akan mendapat sambutan di luar negara terutamanya 
negara yang menganggotai OIC.

\"Selain luar negara, kami yakin pasaran domestik turut mendapat permintaan 
tinggi,\'\' katanya selepas memeterai perjanjian kerjasama di antara Jiwa 
Realiti 

dan OWT.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh 
Omar dan Pengarah Eksekutif OWT, Robert James Delaney.

Jiwa Realiti merupakan syarikat pengeluar produk kecantikan yang menggunakan 
100 peratus produk halal.

Sejumlah 90 peratus produk kecantikan keluaran Jiwa Realiti adalah berasaskan 
sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan manakala 10 peratus lagi diimport dari 

luar negara termasuk dari Brazil.

Sementara itu, Delaney menambah, pihaknya sedia membantu syarikat-syarikat 
Malaysia untuk memasarkan produk ke negara-negara anggota OIC.

Katanya, sehingga kini, terdapat beberapa syarikat yang ditawarkan untuk 
memasarkan produk masing-masing di bawah OWT.

\"Kami mengutamakan beberapa kriteria penting sebelum membenarkan pasaran 
produk ke negara-negara OIC termasuk status halal,\'\' ujarnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAYANAN SMS 24 JAM AGROMANIA
Kirim permintaan dan penawaran Anda ke:
Agromania: 0 8 1 1 1 8 5 9 2 9 (SMS Only)
Cantumkan nama lengkap & lokasi Anda!
http://www.agromania.co.cc
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


------------------------------------

-----------------------------------------
AGROMANIA BUSINESS CLUB (ABC)
INFORMASI: http://www.agromania.co.cc
FORMULIR: http://www.formulirabc.co.cc
DIREKTORI: http://www.direktoriabc.co.cc
MAILING LIST: http://www.milisabc.co.cc
PUSAT DATA: http://www.agrodata.co.cc
-----------------------------------------Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/agromania/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/agromania/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke