Alhamdulillah. setelah berjumpa sanak sedara, penat rewang dan jumputan kahwin sana sini di kampung halaman selamat kembali ke lembah kelang semula hari ini... saja nak cerita kalau2 ada yang belum tahu tentang bakso medan istimewa keluaran johor ni... Sebenarnya saya baru sahaja diperkenalkan pada masakan seperti sop dengan bebola daging lembu yang uuuummmmmpppphhhh!!!!! luarbiasa enaknya. kalo tak percaya datang rasa sendiri! dulu-dulu saya phobia dengan bebola daging sebab ragu-ragu dengan sebatian atau campurannya. Kali ini saya tidak akan toleh belakang lagi sebab dah nampak jelas kilang pembuat bebola daging lembu buatan melayu islam tempatan. Rupanya bebola daging lembu bakso medan tu di usahakan sendiri oleh keluarga ustaz adi (kalau tak salah) dan kilang perusahaannya terletak di kampung belahan tampok, rengit, batu pahat. warong jualannya terletak dalam kampung, kecil sahaja dibawah pohon durian tetapi pelanggannya mak oiiii! tak putus-putus dari serata ceruk rantau. orang singapura pun ada masa kami makan tu. kalau orang lain cerita saya macam tak percaya tetapi bila dah datang sendiri menikmati "bakso medan' kat belahan tampok, rengit, batu pahat, johor... citer panjang pun tak gunalah kalo anda masih kat johor masa ni cuba singgah dan buktikan betul tak cerita saya ni.... wassalam http://www.youtube.com/watch?v=87X_dKp_DF0 http://www.youtube.com/watch?v=vpxR8gYYDws http://www.youtube.com/watch?v=IVQ3LGmvLU8 http://www.youtube.com/watch?v=7WsEFQ2wZQ0 http://www.youtube.com/watch?v=M1sanG5Yopc http://www.youtube.com/watch?v=8lX_bj9U0lc http://www.youtube.com/watch?v=k9DfmqGefBA http://www.youtube.com/watch?v=8lX_bj9U0lc
========> ************* <======== Kenal dan ikuti langkah sukses para pelaku bisnis agro Indonesia di: DIREKTORI: http://tiny.cc/direktori BERGABUNG: http://tiny.cc/formulir SMS INFO: 0 8 1 1 1 8 5 9 2 9 ========> ************* <========

