Mangsa tertimbus lapan hari berjaya diselamatkan pasukan doktor PAS Oleh Zulkifli Sulong, yang baru pulang dari Aceh
BANDA ACEH, 3 Jan 2005 – Usaha tungkus lumus pasukan bantuan kemanusiaan dari PAS ke Aceh memberikan hasil yang memberangsangkan apabila menjadi doktor pertama yang merawat seorang mangsa tsunami yang masih hidup selepas lapan hari terperangkap di bawah tuntuhan. Tengku Sofian, 17 tahun, berjaya dikeluarkan dari dalam sebuah bot yang terdampar di celah-celah runtuhan Banda Aceh kira-kira jam 12 tengahari waktu Malaysia pada 1 Januari semalam. Dr Rani (kanan) dan Dr Ismail (kiri) sedang merawat mangsa tsunami di sebuah pusat pemindahan di Aceh. Mereka antara doktor PAS yang pertama merawat Tengku Sofian yang masih hidup selepas lapan hari terperangkap. “Tekanan nadi dan jantung beliau kuat dan insya Allah beliau akan selamat,” kata Dr Hamdan Mohd Khalib, selepas memeriksa Tengku Sofian sebaik saja di keluarkan dari celah-celah tuntuhan bangunan di tengah banda Aceh. Dr Hamdan adalah salah seorang anggota pasukan lima doktor PAS yang ke Acheh sejak Khamis, 28 Disember lepas. Mereka adalah antara pasukan pertama dari Malaysia yang tiba ke Aceh untuk memberikan bantuan semampu mungkin. Di Aceh, mereka bergabung dengan pasukan bantuan dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang merupakan pasukan yang paling aktif membantu mangsa tsunami di Aceh. Kumpulan pertama misi kemanusiaan ini diketuai oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Doktor yang menyertai misi ini selain Dr Hamdan adalah Dr Haji Abd. Rani Osman (Selangor), Dr Ismail Salleh (Kedah), Dr Syed Ahmad Syed Mohd (Selangor) dan Dr Haji Mamad Puteh (Terengganu). Turut serta adalah wartawan Harakahdaily, Zulkifli Sulong. Sebaik saja tiba dari Medan 29 Disember lepas, pasukan ini telah menjalankan operasi bantuan perubatan di pusat-pusat perpindahan yang berselerak di luar banda Aceh yang hampir 70 peratus musnah. Sebaik saja tiba pada hari Jumaat, mereka memberikan bantuan kepada mangsa yang berpindah ke sebuah masjid dekat Lambaro, Aceh Besar. Di sini, pemeriksaan dibuat oleh para doktor manakala Ketua Pasukan, DR Syeed Azman menyarahkan sedikit bantuan kepada imam masjid itu untuk diagih-agihkan kepada mangsa yang berlindung di situ. Pada hari kedua di Aceh, pasukan ini mula dihantar ke pusat-pusat perpindahana berdasarkan koordinasi yang dibuat oleh Bulan Sabit Merah Indonesia iaitu sebuah badan NGO seakan-akan Persatuan Palang Merah kerana Indonesia satu-satunya negara Islam yang masih menggunakan Palang Merah bukannya Bulan Sabit Merah sebagai badan bantuan perubatan rasmi. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. http://promotions.yahoo.com/new_mail ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Give hope to a child. Helping a needy child is easier than you think. Click here to meet someone who needs your help. http://us.click.yahoo.com/hq3f6C/iJlJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/