Dollah Badawi patut letak jawatan sebagai PM dan Menteri Dalam Negeri. Kejahatan pegawai penjara dan polis berleluasa. Dollah terlalu lembik dan lembap. UMNO dan rasuah semakin intim, ibarat tahi dan kentut setelah Dollah berkuasa.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm Ibu minta kematian anak di penjara diberi pembelaan Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID MELAKA 6 Mac - ``Tolonglah mak cik, anak mak cik dibelasah teruk di Penjara Sungai Buloh. ``Kematiannya wajar mendapat pembelaan,'' rintih Zubaidah Ibrahim, 50, ibu kepada seorang remaja yang meninggal dunia sewaktu dalam tahanan semalam, disyaki akibat dibelasah oleh pegawai Penjara Sungai Buloh. Anak bongsu daripada lima beradik, Rastam Talib, 19, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 2 pagi semalam, selepas sebulan koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dipercayai akibat pendarahan teruk pada kepalanya. ``Mak cik amat sedih dengan kejadian menimpa Rastam. Mak cik anggap itu satu perbuatan tidak berperikemanusiaan kepada sesiapa yang menganiaya anak mak cik,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Balai Panjang, Bakar Batu dekat sini, hari ini. Zubaidah yang sesekali kelihatan tercungap-cungap, gagal menahan kesedihan kerana menjangkakan anaknya akan pulih seperti sedia kala kerana mereka sekeluarga telah diyakinkan oleh pihak hospital bahawa keadaan Rastam telah stabil. Ketika diminta menceritakan lebih lanjut, Zubaidah yang berniaga ikan bakar di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur memberitahu, Rastam ditahan di Penjara Sungai Buloh sejak Disember tahun lalu dan kali terakhir dia melihat anaknya itu pada 24 Januari lalu di Mahkamah Majistret Kajang. ``Mak cik lihat dia (Rastam) tertoleh-toleh memandang mak cik sambil mengesat air mata, dia seperti ingin berkata sesuatu, tetapi kami berdua tidak berkesempatan,'' katanya. Katanya, dia kemudian datang ke Penjara Sungai Buloh untuk melawat Rastam pada 7 Februari lalu. Bagaimanapun, katanya, dia tidak dibenarkan oleh pihak penjara dengan alasan Rastam sedang menjalani rawatan lanjut. ``Setelah menunggu hampir lima jam, makcik akur dan balik ke rumah di Keramat. ``Bagaimanapun, kira-kira pukul 11 malam, dua anggota polis datang dan memberitahu makcik bahawa Rastam sedang sakit tenat dan makcik perlu datang ke HUKM untuk membenarkan Rastam dibedah. ``Sejak itu, Rastam tidak sedarkan diri selama sebulan dan setiap hari makcik melawatnya dan berharap agar dia sedar serta boleh berbual, namun harapan itu berkecai,'' katanya. Zubaidah berharap kematian Rastam diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa bagi menyiasat punca kematian anaknya itu. __________________________________ Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday! Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web http://birthday.yahoo.com/netrospective/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/