Halang demo anti AS: Sebagai Pengerusi OIC, Malaysia patut malu KUALA LUMPUR, 22 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata sebagai Pengerusi OIC, Malaysia seharusnya malu dengan tindakan ganas polis menyurai perhimpunan aman anti Amerika Ahad lepas.
Perhimpunan yang disertai oleh lebih 500 orang itu ialah bagi mengingati genap dua tahun penjajahan Amerika ke atas Iraq. Polis tidak membenarkan perhimpunan aman itu sebaliknya menggunakan semburan asid dan bom asap ke atas perserta perhimpunan termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua. Menurut Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail , sebagai Pengerusi Pertubuhan Negera-Negara Islam (OIC), Malaysia seharusnya mengambil langkah menerajui bantahan tersebut. "Tetapi malangnya sikap takut pemimpin kerajaan dalam mendepani perkembangan ini dengan serius telah menjadikan semua peserta perhimpunan aman tersebut sebagai mangsa. "Malaysia seharusnya malu dengan langkah ini," kata Azizah. Hampir semua bandar utama di seluruh dunia mengadakan perhimpunan aman pada 19 dan 20 Mac bagi mengingati dan membantah penjajahn Amerika ke atas negara Islam itu. Menurut Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail, hampir semua perhimpunan di seluruh dunia berakhir dengan aman tanpa ada ketegangan serius antara peserta dan pihak berkuasa. Malah di beberapa tempat di Britain dan Amerika sendiri perhimpunan yang diadakan lebih besar dan berakhir dengan aman. "Malangnya di negara ini, perhimpunan yang serupa berakhir dengan keganasan polis. Ini amat memalukan kerana tindakkan ganas yang diberi liputan media seluruh dunia ini akan memperkukuhkan pandangan dunia terhadap pencabulan hak berhimpun dan menyuarakan pendapat di negara ini," katanya. Perhimpunan aman di Kuala Lumpur ini menunjukkan semangat solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Iraq. Tindakan ini telah dianjur oleh pertubuhan-pertubuhan NGO dan parti-parti politik yang cintakan keamanan sejagat. Pemimpin-peminpin yang menyertai perhimpunan aman ini termasuklah Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Faizal Sanusi. Turut serta adalah AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan Ronnie Liu, Setiausaha Antarabangsa DAP. "PKR juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta perhimpunan aman yang berani untuk menunjukkan solidariti menetang peperangan dan penjajahan Amerika ke atas Iraq," kata Azizah. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new resources site! http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/