Kehebatan UMNO/BN terserlah dengan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Bayangkan bagaimana jika di adakan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Kerajaan UMNO/BN. Rasuah dan kejahatan UMNO/BN mungkin beribu kali ganda lebih dahsyat dari yang dilakukan oleh Polis. Bijak UMNO/BN menutup kejahatan mereka sendiri dengan menekan kelemahan Polis yang sentiasa terpaksa menjadi hamba-abdi alat UMNO/BN. Maka Malaysia akan terus dijajah oleh Penyamun UMNO/BN hingga Hari Qiamat ...
Suruhanjaya Diraja: PAS simpati pada polis SETIU, 21 Mei – “Kita kasihan pada polis,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai mengulas Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Beliau menerima sebuah buku laporan itu daripada Tun Mohd Salleh Abas, seorang ahli suruhanjaya itu di rumahnya di Kampung Rusila selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat, semalam. Katanya, suruhanjaya diraja yang diwujudkan oleh kerajaan itu adalah bertujuan untuk menyiasat kelemahan-kelemahan polis. “Kerajaan lantik satu suruhanjaya, siasat kelemahan-kelemahan polis, nak suruh polis jadi molek dan kita kena simpati pada polis,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai perobohan rumah peserta RTB Pengkalan Merbau di Pekan Sungai Tong, malam tadi. Katanya, laporan itu telah disiarkan oleh media massa yang mendedahkan kelemahan-kelemahan polis, antaranya terdapat anggota polis yang menerima rasuah sehingga berpuluh-puluh juta ringgit. “Ada yang salah guna kuasa, ini menghina polis kasihan polis, kita kasihan kepada polis. Yang sebenarnya kalau kita nak baiki, tak boleh baiki polis sahaja, kena baiki semua sekali,” ujarnya yang belum meneliti laporan itu sepenuhnya, hanya sempat melihat sedikit sahaja. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan juga perlu mengadakan suruhanjaya bagi menyiasat menteri-menteri, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kastam, Risda dan lain-lain yang terlibat dengan rasuah. “Inilah bala yang menimpa kita sekarang, habis rasuah belaka, bukan polis sahaja. Kalau nak baiki, tak boleh baiki polis sahaja, menteri-menteri pun kena baiki, politik pun kena baiki. “Pasal apa jadi begini, sebab kita buat acuan lagu (macam) ni, acuan yang memerintah negeri kita hari ini acuan rasuah, nak pilih ketua bahagian Umno kena bahagi pitih (duit), nak pilih pemimpin tertinggi Umno kena bahagi pitih, nak menang pilihan raya bahagi pitih,” ujarnya lagi. Tambahnya, apa yang berlaku dalam pemilihan Umno itu adalah rasuah walaupun ada pihak yang mengatakan ianya adalah politik wang. “Politik wang, rasuahlah. Inilah penyakit yang sedang melanda kita pada hari ini,” ujarnya lagi __________________________________ Do you Yahoo!? Make Yahoo! your home page http://www.yahoo.com/r/hs ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/