Isu Naib Canselor UPM: Mengapa? Oleh Dr Shafie Abu Bakar 1. Pendahuluan
Isu yang paling hangat dalam bidang akademik yang tercetus sejak awal Mei 2005 hingga kini ialah mengenai desakan `Perletakan Jawatan Naib Canselor (NC) UPM`. Akhbar-akhbar perdana membawa judul di halaman depan di dada akhbar-akhbar masing-masing. Antaranya: ``Dr Zohadie didesak letak jawatan Naib Canselor UPM`` (BH, 9 Mei, 2005: 1) `Universiti Putra V-C asked to resign`` (NST, May 9, 2005: 1). Berita-berita berkenaan sememangnya mengejut dan menarik perhatian. Pembaca mahu tahu apakah sebabnya yang mewajarkan tuntutan agar NC UPM tersebut diminta meletakkan jawatan. Sebab nyata yang diberi ialah kerana NC UPM mempersoalkan arahan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr Shafie Mohd. Salleh, iaitu dengan mengirim memorandum membantah arahan penukaran Program Aerospace Engineering yang terbina di UPM ke UKM. Bantahan ini dikatakan mencemarkan nama UPM dan merosakkan hubungan baik UPM dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebab itu beliau telah diminta meletak jawatan NC oleh Pengarah Lembaga Pentadbiran UPM, iaitu Tan Sri DrZainul Ariff Hussain yang telah mengambil keputusan dikatakan melalui mesyuarat mengejut pada Rabu 4 Mei sebelumnya. Pihak Pengarah Lembaga Pentadbiran juga tidak berpuas hati dengan Dr.Muhamad Zohadie yang dikatakan membaca pantun di dalam satu majlis anjuran Alumni di UPM yang ditafsirkan sebagai memperli Datuk Dr. Mohd. Shafie. 2. Pertembungan antara `Budaya PTD` dan Akademik Isu meminta NC UPM meletakkan jawatan yang dibuat oleh Tan Sri Zainul Ariff Hussain berkait dengan arahan pemindahan Program Aerospace Engineering yang dipersoalkan oleh Dr. Muhamad Zohadie adalah merupakan pertembungan antara budaya PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) dan Budaya Akademik. Di dalam budaya PTD yang dilatih dengan mentaliti boss, bahawa arahan `Tuan Pegawai Tadbir` hendaklah dipatuhi, tanpa dipersoal, apalagi menentang, jika tidak ianya akan merosakkan authority, protocol, wibawa dan maruah `Tuan Pegawai Tadbir`. Inilah mekanisme dan formula yang dikatakan dapat melicinkan pentadbiran, walaupun mungkin tidak benar atau tidak tepat Ini bercanggah dengan `Budaya Akademik` yang setiap pelajar dan pengajar yang hidup di dalam alam akademik dilatih berfikir secara kritis. Tiap suatu yang disogokkan hendaklah dinilai, dikaji, dipersoal dan dibukti kebenaran dan kewajarannya. Berhubung dengan kes permintaan supaya Dr.Muhamad Zohadie meletakkan jawatan dari NC jelas memperlihatkan bahawa Zainul Ariff adalah Bekas Ketua Pentadbir diberbagai-bagai Kementerian dan kini Pengarah Lembaga Pentadbiran UPM. Topi PTD di luar universiti masih dipakai di dalam budaya universiti. Arahan memindahkan Program Aerospace Engineering datangnya dari Menteri Pengajian Tinggi Dato'Dr. Shafie Mohd. Salleh Boss Tertinggi di dalam Kementerian Pengajian Tinggi, maka arahan ini sewajibnya dipatuhi tanpa soalan agar aturan dan protokal tidak bercanggahan. Sebaliknya di atas budaya kritis yang diajar di universiti bagi mempastikan kebenaran Muhamad Zohadie, merasakan kewajaran arahan harus dipersoalkan, lantaran ianya bertentang dengan reality kewujudan Program Aerospace Engineering di UPM yang tentu mendapat restu Kementerian Pelajaran. Mengapa ianya harus ditarik dan mengapa pula perlu dipindah ke UKM. Di dalam konteks ini adalah arahan dipersoalkan dan atas alasan-alasan yang wajar, termasuk program telah berjalan dengan baik, akan mengganggu kesinambungan pelajar yang sedang mengikuti kursus, mengganggu kepakaran tenaga pengajar yang ada di UPM, kerjasama yang dilakukan dengan pihak luar dan pengiktirafan yang didapati mewajarkan NC menghantar memorandum kepada pihak Kementerian Pelajaran. Dari segi rasional ianya dilihat sesuatu yang logik, wajar dan tidak boleh diertikan sebagai keingkaran. Ianya merupakan proses mencari kebenaran dan kewajaran hingga arahan tidak dilihat sebagai adhoc dan sembrono ! 3. Mempersoalkan Kementerian Pengajian Tinggi Arahan menukar program adalah rentetan memperlihatkan Kementerian Pengajian Tinggi masih tidak mempunyai Pelan Dasar Tindakan Sepadu Kementerian Pengajian Tinggi yang menjadi rujukan polisi, tindakan dan penilaian. Selama ini terlihat sesuatu polisi, program, arahan dan tindakan dibuat secara adhoc, tidak terancang dan sewenang-wenang. Apabila Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan dan Menteri yang sekarang ini dilantik (Awal April 2004) kita meletakkan harapan yang tinggi, bahawa kementerian ini akan menjadi satu kementerian yang dinamik di dalam merangka dasar, polisi, pendekatan dan pengunjuran pengajian tinggi yang melibatkan semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan galakan pengembangan keilmuan sehingga pencapaian pengajian tinggi dan perkembangan keilmuan di Negara ini memuncak menandingi institusi-institusi pengajain tinggi terkenal di dunia, sesuai dengan keinginan Malaysia menjadi hub keilmuan di rantau ini dan di dunia. Malangnya selepas melihat Kementerian tidak dapat menampilkan satu Dasar Pengajian Tinggi secara Komprehensif, Konkrit dan Bersepadu, sebaliknya Menterinya bercakap mengenai isu-isu yang tidak mencerminkan sesuatu yang sepada dan selaras mengenai ijazah dwi pengkhususan (BH, 22 April 2004: 12) yang merupakan sesuatu yang bukan baru di universiti, Pengajian Ethnik (Sunday Star 18 July 2004: 18) yang juga bukan baru (boleh dimasukkan ke dalam kursus Kenegaraan Malaysia yang sedia ada), Wakil Khas Kementerian Pengajian Tinggi bertaraf Menteri - Effendi Norwawi (BH 18 Ogos 2004: 8) yang fungsinya hingga kini tidak diketahui, penstrukturan semula LAN (BH 23 Ogos 2004: 10) baik, tapi apakah telah dilakukan ? dan sebagainya. Ketidakselarasan dan kecelaruan ini menyebabkan dirasakan, bahkan disuarakan agar Dasar Pengajian Tinggi Negara (DPTN) yang holistic dirangka yang boleh dijadikan panduan tindakan, rujukan dan penilaian. Hasil dari teguran yang pernah dibuat, perkara ini diucapkan oleh Dr. Shafie Mohd Salleh sebagai bahan kempennya sebelum pemilihan Jawatankuasa Tertinggi UMNO yang berlangsung pada 23 September 2004, tetapi buku mengenai DPTN ini masih belum dikeluarkan. Kepentingan dasar ini turut dibangkitkan oleh Pemuda UMNO baru-baru ini. Antara gesaan itu menyebut: ``Putrajaya: Pemuda UMNO menggesa Kementerian Pengajian Tinggi membentangkan rangka tindakan atau blueprint mengenai dasar universiti dan kolej universiti awam supaya orang ramai mempunyai gambaran jelas mengenai sebarang keputusan kerajaan.`` Seterusnya kenyataan menyambung, ``Jika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Salleh bertindak secara sedikit demi sedikit, warga akademik, pelajar dan ibu bapa akan keliru dengan keputusan kementerian itu``. (BH 13 Mei 2005: 17). Dalam kata lain Dasar dan Pelan Tindakan Menyeluruh Kementerian Pengajian Tinggi perlu wujud yang menjadi asas bagi sebarang keputusan dan tindakan yang dibuat. Dalam hubungan dengan arahan memindahkan program Aerospace UPM ke UKM orang mempersoalkan dasar dan kewajaran Kementerian Pengajian Tinggi bertindak sedemikian secara mengejut dan merugikan pelajar, pengajar dan dasar di UPM itu sendiri. Jika dikatakan hendak mengkhususkan pengajian tersebut pada satu universiti sahaja, orang dapat mempersoalkan, banyak lagi kursus-kursus yang bersifat duplikasi dan dianjurkan oleh lebih dari satu buah universiti. Ambil saja contoh Pengajain Bahasa dan Sastera Melayu wujud di UKM, UM, UPM, USM dan UPSI, apakah ianya perlu dipindahkan kepada satu institusi sahaja ? Demikian juga pengajian ekonomi dan perniagaan ada di UM, UKM, UPM dan UUM. Begitu juga dengan pendidikan ada di UM, UKM, UPSI dan USM.. Sebenarnya wujudnya Fakulti, Jabatan, program dan sebagainya berada di lebih dari sebuah universiti bukan persoalan, tetapi lebih kepada keperluan dan kepentingan. Misalnya wujudnya Fakulti Perubatan di lebih dari satu universiti di Malaysia, ialah kerana kepentingan untuk melahirkan pegawai perubatan yang terus tidak kecukupan di negera ini sebab itu Fakulti Perubatan wujud di UM, UKM, USM, UIAM dan UPM. Bahkan satu-satu fakulti, Jabatan dan program perlu wujud sekurang-kurangnya di dua buah universiti di Negara ini, bukan saja bagi menampung pelajar, tetapi juga sebagai ukuran perbandingan mutu yang menjadi penilaian dan pemilihan pelajar. Di dalam kata lain adalah wajar dan releven wujudnya dua Program Aerospace Engineering di UPM dan UKM bagi kebaikan universiti dan bagi peningkatan mutu bagi kedua-dua universiti tersebut. 4. Agenda Tersirat Berhubung dengan arahan supaya NC UPM Dr. Mohamad Zohadie meletakkan jawatan kerana mempersoalkan arahan Menteri Pengajian Tinggi supaya memindahkan pengajian program Aerospace Engineering sebenarnya ada agenda tersirat yang bukan rahsia di kalangan warga akademik di UPM. Antara agenda tersirat ini ialah campur tangan Umno. 4.1. Campurtangan Umno Sebagaimana di UKM dan UM, Umno menggunakan orang-orangnya di universiti memantau penyokong parti lawan di universiti, demikian juga di UPM, dikatakan pekerja yang merisik tentang penyokong-penyokong parti lawan Umno di UPM ini wujud. Pihak talibarut Umno ini dikatakan membawa perkara ini kepada pengetahuan NC UPM. Tetapi pihak NC dikatakan hanya mengambil tindakan menasihat pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja yang terlibat agar tidak keterlaluan hingga mengganggu tugas di universiti. Pihak talibarut berkenaan tidak berpuashati dengan tindakan menasihat sahaja. Ini menjadi salah satu sebab yang dicari-cari bagi menjatuhkan NC UPM tersebut. 4.2. Kepentingan Peribadi Salah satu punca yang membawa ke arah tindakan meminta Mohamad Zohadie meletakkan jawatan, umum dikatakan bahawa semasa Menteri Pengajian Tinggi sekarang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, isteri beliau yang menjadi pensyarah pendidikan di UPM pernah memohon jawatan Profesor di Fakulti Pendidikan. Permohonannya tidak berjaya. Mohamad Zohadie ditanya mengenai keputusan interview berkenaan. Beliau menjawab, keputusan dibuat oleh lembaga penilai tentang kelayakan pemohon dan keputusan bukan dibuat secara berseorangan. Selepas itu calon berkenaan telah berpindah ke KUIM dengan ditawarkan jawatan professor dan kini dengan jawatan itu ia berpindah ke UPSI. Ini menjadi punca terlonggok masalah yang digunakan oleh musuh-musuh beliau. 4.3. Ramai Peminat Untuk Mengambil Alih jawatan NC UPM Jawatan NC di universiti adalah menjadi jawatan tadbiran tertinggi di universiti yang diminati ramai pegawai-pegawai yang menjangka mereka layak. Dikatakan di dalam proses bagi perlantikan timbalan-timbalan NC yang bakal mengambil alih jawatan NC, pihak NC telah menghantar kepada Kementerian nama-nama meraka yang layak dan diberi sokongan, tetapi apa yang berlaku pelantikan yang dibuat bukan dari nama yang dihantar dan diberi sokongan, tetapi Menteri melantik mereka yang bukan berpengalaman. Antaranya baru naik pangkat professor madya dan tidak mempunyai pengalaman mentadbir sama ada di jabatan, fakulti atau kolej. Kenyataan berikut mengukuhkan pendapat berkenaan: ``The rift between the ministry and the Vice-Chancellor was believed to have started following the appointments of UPM deputy Vice-Chancellors Prof. Nik Mustapha Raja Abdullah (development) and Assoc. Prof. Dr. Azali Mohamed (students` Affairs)`` (The Star, 12 May 2005: 6). Jadi usaha mengkesampingkan cadangan NC berlaku dan lantikan dibuat bukan dari mereka yang dicadangkan layak, bahkan sengaja dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi dari kalangan yang tidak sebulu dengannya agar boleh memasalahkan NC dari segi pentadbiran. 4.4. Tindakan Pengarah Lembaga Tadbir UPM Tidaklah dipastikan apakah tindakan Pengarah Lembaga Tadbir UPM Tan Sri Zainul Ariff, mempunyai hubungan dengan mereka yang tidak senang dengan Mohamad Zohadie atau mempunyai hubungan dengan mereka yang berminat dengan kerusi jawatan NC. Tetapi yang nyata arahan yang dibuat oleh Pengarah Lembaga Tadbir ini adalah di luar dari bidang kuasanya. Walaupun Menteri Pengajian Tinggi membelanya dengan mengatakan tindakannya berasas (UM 10 Mei, 2005: 6) Kuasa melantik NC adalah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Kementerin Pengajian Tinggi dan kuasa melantik timbalan-timbalan NC pula pada tangan Menteri Pengajian Tinggi. Oleh kerana menyedari kesilapan ini dan kesilapan keputusan meminta Dr. Mohamad Zohadie meletakkan jawatan dibuat dalam mesyuarat Lembaga Tadbir UPM, pada hal mesyuarat ini tidak diadakan dan ianya merupakan tindakan perseorangan. Sebab itu menyedari kesilapannya yang boleh dibawa kepada `court case` diperbetulkan penjelasan bahawa: ``UPM board did not ask for resignation`` Putrajaya, Friday: The Universiti Putra Malaysia`s (UPM) board of directors had never asked for the resignation of the university`s Vice Chancellor, Professor Datuk Dr. Muhamad Zohadie Bardaie, , it was claimed today. Board Chairman Tan Sri Dr. Zainul Ariff Hussein , who ``briefed`` representatives from the UPM Academic officers` Association, Administrators` Association and the employees Union (Kepertama) on the `leadership crisis` between the Board and its Vice-Chancellor is said to have told them that what was discussed was ``Muhamad Zohadie`s misconduct during an UPM Alumni Function (reading poem) at the University last month.`` (NST, May 14, 2005: 14). Jadi kenyataan awal `minta meletak` jawatan telah diubah, bahkan dinafikan. 5. Kekuatan Muhamad Zohadie Di dalam hal krisis ini Muhamad Zohadie mempunyai kekuatan. Dari segi akademik dan juga dari segi logic dan rasional beliau bagi pihak program aerospace dan universiti keseluruhannya berhak bertanya bagi kepentingan program dan universiti itu sendiri. Ianya adalah bukannya satu kesalahan. Barangkali puisi yang dipetik (dari puisi Usman Awang) dan dibaca di dalam Majlis anjuran Alumni yang dihadiri oleh Pengarah Lembaga Pentadbir yang berbunyi: Siakap senohong Gelama ikan duri Bercakap bohong Bolehkah menjadi menteri adalah merujuk kepada janji yang telah disetujui oleh Kementerian tentang program Aerospace di UPM itu dan sememangnya sedang berjalan, maka sewajarnya tidak ditarik balik. Perkara ini ada kaitan dengan etika dan perkara ini sememangnya kurang manis ditimbulkan. Muhamad Zohadie selain dari mempunyai kekuatan dari segi logik dan kepentingan UPM berautoriti sebagai jurucakap universiti, beliau sebenarnya seorang NC yang berprinsip dan berstrategi dan merupakan orang yang bersifat `action oriented`. Beliau mempunyai hubungan baik dengan tenaga akademik, pentadbir, pekerja dan mahasiswa. Mereka menyokong Muhamad Zohadie. Ini terbukti dari kenyataan berikut: Staff and students back varsity VC Petaling Jaya: Many Universiti Putra Malaysia (UPM) staff and students have come toward in support of their Vice-Chancellor Prof. Datuk Dr. Mohd Zohadie Bardie who has been asked to resign by the university`s board of directors The University`s academic staff association president Assoc. Prof. Mansor Ahmad said they were disappointed with the board of directors as the matter should have been settled internally.`` (The Star 12 May 2005: 6). 6. Siapakah Yang Sepatutnya Meletakkan Jawatan? Tercetusnya isu NC UPM adalah dari angkara Pengarah Lembaga Tadbir UPM iaitu Tan Sri Zainul Ariff, beliau terbawa-bawa budaya PTDnya yang tergesa-gesa membuat kenyataan dan arahan. Hingga tercetusnya kekecohan di UPM dan juga di kalangan masyarakat akademik dan warga kampus. Beliau menyangka mempunyai kuasa bertindak sedemikian, tetapi ternyata ia adalah di luar bidang kuasa. Kenyataannya bahawa tindakan diambil melalui mesyuarat Lembaga Tadbir dan ternyata sebenarnya mesyuarat tidak diadakan. Ianya merupakan tindakan berseorangan. Menyedari kesilapan dan kebimbangannya perkara tersebut boleh diseret ke mahkamah, beliau memperbetulkan kenyataan sebagaimana telah diperkatakan. Ini ialah kerana menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UPM mengatakan: ``It looks like the board is taking over the executive. I have never come across anything like this.`` (The Star, 12 May 2005: 6) Kesilapan, bahkan kesalahan nyata datangnya dari Pengarah Lembaga Tadbir UPM. Maka sebab itu dalam keadaan sekarang orang yang sepatutnya diminta meletakkan jawatan ialah Tan Sri Zainul Ariff Pengarah Lembaga Tadbir UPM itu sendiri. 7. Perlu Meredakan Keadaan Walau bagaimana isu Dr. Muhamad Zohadie ini tidak semata berhubung dengan arahan perpindahan Program Aerospace Engineering, ianya berentetan dengan politik, perjawatan yang dipohon, cadangan-cadangan darinya sebagai NC yang tidak dilayan bahkan keinginan pihak-pihak tertentu yang mau mengambil tempatnya di UPM. Beliau sebenarnya dalam keadaan ditekan. Dalam keadaan sekarang, kiranya beliau diminta juga meletak jawatan, orang lebih mentafsirkan bukan setakat mengingkari arahan, tetapi sebagai tindakan balas dendam. Jika sekiranya Dr. Zohadie dapat bertahan atas kebenarannya dan sekongan para akademik, pelajar, pekerja dan warga kampus, beliau juga harus bersedia untuk menyerahkan jawatannya, sekurang-kurangnya bila cukup tempoh perlantikan yang besar kemungkinan sukar untuk disambung perjawatannya, kecuali berlaku perubahan di dalam Kementerian Pengajian Tinggi. 8. Penutup Kekocohan sedemikian agak jarang berlaku di dalam warga kampus. Tindakan membuat arahan agar Program aerospace dipindah dari UPM ke UKM dapat dipersoalkan. Apa salahnya kedua-dua universiti berkenaan memperkembangkan bidang berkenaan di universiti masing-masing sebagaimana bidang yang lain berlaku pertindihan. Dengannya menggerakkan daya persaingan yang sihat memajukan bidang berkenaan. Kita mengharapkan pertemuan secara tertutup antara Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Mohd. Shafie Salleh dengan Dr. Muhamad Zohadie NC UPM kelmarin (25 Mei) diharap dapat menjernihkan keadaan. Tugas semua pihak memperkasakan pengajian tinggi, bukannya mencari kesalahan-kesalahan. Sekian. Terima kasih. 27 Mei 2005 18 R. Akhir 1426. __________________________________ Discover Yahoo! Have fun online with music videos, cool games, IM and more. Check it out! http://discover.yahoo.com/online.html ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/