Bapa Ekonomi Ilmu - Memang tepat gelaran yang tidak pernah ujud dalam sejarah dunia ini diberikan kepada Abdullah Badawi. Bapa kepada Kamarudin dan Nori serta Bapa mertua KJ. Ekonomi Ilmu menggali Tahi Hidung Masin untuk di eksport ke seluruh dunia, supaya dunia tahu Malaysia di kuasai oleh perompak dan penyamun. Jamaludin Jarjis layak di anugerahkan Bapa Ekonomi Bodek.
http://www.malaysia-today.net/ Abdullah diberi gelaran Bapa Ekonomi Ilmu KULIM 18 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini diberi gelaran sebagai Bapa Ekonomi Ilmu di atas usaha berterusan beliau membawa transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis berkata, gelaran itu wajar diberi kepada Perdana Menteri berikutan komitmen beliau yang tinggi dan berterusan untuk memajukan K-Ekonomi di kalangan rakyat. Menurutnya, usaha Abdullah itu bermatlamat membawa kesejahteraan dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat. Beliau memberitahu, selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negara, Perdana Menteri telah membuat anjakan baru iaitu semua rakyat perlu mendapat manfaat daripada pelaksanaan agenda teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negara. Beliau tidak mahu wujud satu lagi bentuk kemiskinan era baru iaitu kemiskinan dari segi pengetahuan digital serta tidak mahu wujud jurang digital antara kumpulan berpendapatan tinggi dan rendah dan antara penduduk bandar dan luar bandar. Pada hemat saya, Perdana Menteri wajar diperakui sebagai Bapa Ekonomi Ilmu, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Bandar Siber MSC Malaysia @ Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) oleh Perdana Menteri di sini hari ini. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/