Kenaikan 60% tol adalah hadiah istimewa untuk
membuktikan Malaysia Boleh membeli lebih banyak C4
bagi digunakan untuk meletupkan lebih ramai pelacur
dan gigolo Para Pemimpin UMNO Barang Naik.

TAHNIAH dan pastikan anda mengundi UMNO Barang Naik
dalam pilihan raya agar anda turut bersama mereka di
Neraka Jahanam.


Tol naik 60 peratus 1 Januari 2007 ini                   
KUALA LUMPUR, 13 Dis  - Jika laporan Reuters akan
menjadi kenyataan, awal tahun hadapan, pengguna lima
lebuhraya di negara ini akan dihadiahkan dengan satu
lagi kenaikan harga, kata Naib Presiden PAS, Dato'
Husam Musa.

Kenaikan harga yang baru itu ialah kadar baru tol,
yang dijangka naik sehingga mencecah 60 peratus,
katanya.

Laporan Reuters menyebut, pengumuman mengenainya akan
dibuat pada jam 3.15 petang 14 Disember, iatu hari
ini.

Menurut Husam, arahan juga telah diberikan supaya
media tidak membesarkan kenaikan besar-besaran kadar
tol itu, untuk membendung kemarahan rakyat.

Reuters menjangkakan kenaikan kadar tol yang luar
biasa tinggi itu akan membangkitkan kemarahan umum dan
meningkatkan lagi kadar inflasi.

Kenaikan setinggi 60 peratus itu akan melibatkan lima
lebuhraya di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur.

Kadar baru yang disifatkan hadiah tahun baru itu
dijangka berkuatkuasa 1 Januari ini.

Dengan kenaikan setinggi 60 peratus itu, jika
diambilkira Lebuhraya Damansara-Puchong, tol yang pada
masa ini dikenakan pada kadar RM1 akan melambung
sehingga RM1.60, satu kadar yang begitu membebankan.

Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu
setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan
tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu,
kata firma penarafan, RAM.

Menurut Reuters, kebanyakan lebuhraya diluluskan dalam
tahun 90an oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad, yang memberikan tumpuan kepada
dan penswastaan projek mega.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru
ini menyatakan, kerajaan terpaksa membayar pampasan
RM2 bilion kepada operator lima lebuhraya itu jika
kadar tol tidak dinaikkan.

Kadar inflasi di Malaysia memuncak sehingga 4.8
peratus Mac lalu, berikutan kenaikan harga minyak. 










 
____________________________________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to