Apakah demokrasi sudah mati?
May 3rd, 2007

IJOK 28 April 2007. Suatu insiden yang tidak dikehendaki telah berlaku pada 
pagi hari mengundi di salah satu pusat pembuangan undi - insiden yang 
mencemaskan - kerana seorang teman petugas KeADILan yang sudah agak berumur 
telah dipukul kepalanya dengan topi keledar oleh seorang Pemuda Umno ketika 
beliau bertugas di awal pagi hari mengundi tersebut. 


"Sakitnya kepala saya!" terdengar rintihannya. Bila ditanya kenapa dia dipukul, 
dia menjawab, "Budak tu kata saya tak boleh berdiri di tempat saya berdiri!" 
Teman petugas ini rupanya, berdegil dan tidak berganjak dari tempat 
bertugasnya. Tindakan itu telah membuatkan Pemuda Umno tadi begitu marah dan 
dengan nafsu amarahnya memukul teman saya tadi sehingga tidak menghiraukan 
bahawa yang dipukul atau dicederakannya merupakan seorang yang sudah agak 
berumur. Mujurlah seorang anggota polis telah menyaksikan insiden tersebut dan 
mengarahkan Pemuda Umno tadi beredar serta tidak mengulangi perbuatannya. 


Kejadian pukul-memukul telah menjadi salah satu ciri pilihanraya kecil DUN N11 
Ijok. Ia tidak langsung melambangkan proses demokrasi yang sihat, aman dan 
bebas sebagaimana yang diungkitkan oleh TPM, Najib Tun Razak.


Ijok tidak akan luput dari kenangan. Ia mendewasakan kita dalam parti yang baru 
berumur lapan tahun kini. Pendewasaan yang pantas dek pelbagai cabaran dan 
asakan serta ketidakadilan pihak-pihak yang diberi amanah yang seringkali 
bersekongkol dengan Umno-BN. 


Apakah tindakan kita selanjutnya? Ianya satu persoalan yang perlu dijawab 
segera kerana pilihanraya umum ke-12 akan berlangsung tidak lama lagi, 
"bila-bila masa," menurut Pak Lah.......seterusnya, baca di sini:

http://fuziahsalleh2.wordpress.com/


[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to